Di tangan ketua mereka, terdapat foto Tan Sri Eric yang kelihatan seperti sedang bertemu dengan seorang ejen Identity dan seorang ahli PURES di sebuah tempat yang tersorok.
"K-kami rasa kemungkinan besar Tan Sri Eric nak jual nama kita sebab nak kurangkan hukuman dia nanti. Bos, apa yang kita nak buat sekarang ni?" Anak buahnya berkata dengan sedikit risau.
Ketua sindiket itu menjadi sedikit berang. Baginya, jika ada 'pelanggan'nya yang ingin melarikan diri daripada mereka, ingin menyelamatkan dirinya dengan menyebabkan mereka menjadi lebih sengsara, maknanya mereka sudah menghancurkan kontrak antara mereka berdua, dan menjadi antara musuh mereka yang akan diingati untuk jangka masa yang lama.
"Jika dia nak tikam belakang kita, kita tikam dia depan - depan. Biar dia tahu apa yang akan terjadi kalau dia berani nak cari pasal dengan kita. Bukan saja - saja kita dilabel sebagai sindiket senjata haram No.1 dekat Bandar Putra." Ketua sindiket itu berkata dengan marah. Wajahnya merah akibat menahan amarahnya.
Gambar - gambar yang berada di tangannya dicampakkan ke lantai. Anak buahnya mengelak sedikit daripada wajahnya dicederakan dengan bucu - bucu gambar yang tajam itu.
"Dalam masa dua hari, dengan masa dan tempat yang sama dengan perjumpaan mereka. Kita kena hapuskan Tan Sri Eric, sebelum dia berjumpa dengan dua organisasi tak guna tu!" Ketua sindiket itu berkata dengan penuh amarah.
TOK TOK TOK!
"Masuk!"
Setelah mendengar jawapan daripada orang yang berada di dalam bilik tersebut, seorang wanita mula melangkah masuk ke dalam bilik pejabat itu. Tan Sri Eric memberhentikan kerjanya sementara waktu dan mula mengangkat kepalanya.
"Ya, Nita? Ada apa - apa yang saya boleh bantu?" Tan Sri Eric berkata sambil memandang ke arah setiausahanya.
"Ada orang yang datang, katanya kenalan Tan Sri." Wanita itu berkata dengan wajah keliru. Tan Sri Eric yang juga tidak berapa memahami maksud setiausahanya itu hanya mengangguk dengan kerutan di dahinya.
"Kenalan?" Tan Sri Eric bertanya. Dahinya dikerutkan.
"Ya. Saya pun tak pasti macam mana dia boleh lepas sampai dapat naik atas ni. Saya tengok dia tu macam pelik saja. Tan Sri nak saya bawa masuk jugak ke?" Wanita itu bertanya kembali, ingin mengetahui keputusan majikannya.
"Bawa sajalah dia masuk. Tapi bersedia untuk panggil pengawal jika dia ada buat apa - apa perkara yang berbahaya nanti." Tan Sri Eric berkata dengan malas setelah mengambil beberapa ketika untuk berfikir. Dia sudah mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan. Jika ada orang luar yang mahu berjumpanya, dia sendiir sudah malas nak fikir siapa yang mahu bertemu dengannya itu.
Setelah beberapa ketika, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Tan Sri Eric yang melihat gerangan lelaki itu agak terkejut apabila mengenali bahawa lelaki tersebut merupakan salah seorang ahli Geng Angkor.
"Eh, kenapa tak bagitahu saja nak jumpa? Tak payah susah - susah nak datang pejabat." Tan Sri Eric berkata dengan sedikit kalut, segera menunjukkan kerusi yang boleh diduduki oleh lelaki itu.
"Bos tak nak kita jadi lebih terbongkar. Lagipun, Identity dan PURES nampaknya dah mula bergabung tenaga. Baru - baru ni Tan Sri Halim sudah diberkas oleh PURES dengan bantuan ejen Identity. Bos jangka tak lama lagi kita pula akan jadi sasaran mereka." Lelaki itu berkata dengan wajah serius. Tan Sri Eric mulai pucat apabila mendengar kata - kata lelaki itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)