Kesunyian di ruang kecil itu membuatkan Imani hanya mampu meneguk liurnya akibat terlalu gugup dengan situasi mereka ketika itu. Amani yang berada di sebelahnya hanya menikmati minumannya sambil membuat wajah kosong seperti biasa.
Arif dan Imran yang berada bersama mereka di kerusi yang lain turut berasa sedikit kurang selesa dengan situasi sunyi dan tegang yang berada di ruang itu. Bersama mereka ialah enam orang manusia yang sempurna anggota badan serta akal fikiran.
Jadi kenapa tiada siapa pun yang bersuara sekarang?!!
"Ehem!" Salah seoarang daripada tetamu 'istimewa' mereka malam itu berdehem, membuatkan Imani, Imran dan Arif tersentak. Insan itu hanya menjeling ke arah Arif dan Imran namun sebaik sahaja mata mereka bertembung, mereka berdua segera melarikan mata mereka.
Insan itu hanya mengeluh perlahan. Gadis yang berada di sebelah lelaki itu hanya tertawa kecil melihat perkara itu.
"Kenapa takut sangat ni?" Sang gadis itu bertanya kepada Imran dan Arif. Badan mereka terus menjadi tegak apabila mendengar pertanyaan itu.
"Eh, tak...tak...ermmmm..." Mereka berdua berkata serentak namun kehilangan kata - kata sebaik sahaja membuka mulut mereka.
Si gadis itu hanya tertawa besar. Lelaki yang berada di sebelahnya hanya menggeleng sambil mengeluh lagi. Amani masih setia menikmati minumannya tidak memberi sebarang reaksi tentang perkara yang berlaku antara mereka itu.
"Kau memang tak bagitahu mereka berdua yang kita sepupu, Im?" Si gadis itu mengalihkan pula perhatiannya kepada Imani yang kelihatan agak tidak keruan di situ. Imani bagaikan ingin menangis.
"Aku tak sangka pula Uncle nak datang malam ni. Aku tak tahu pun ada orang nak datang malam ni!" Imani berkata dengan nada sedikit marah dan panik. Meter paniknya malam itu hampir mencapai tahap yang tertinggi.
"HAHAHAHAHAHAHAHA! Abah dapat tahu kau demam, itu yang datang nak tengok kau malam ni. Abang Ikh kau siap cakap tadi kau nak pengsan tadi, makin risaulah abah tu nanti." Gadis itu berkata.
"Ni kau dah makan ubat belum? Tadi dah makan, kan?" Lelaki itu pula bertanya sambil menyilangkan tangannya ke dada dan mengerutkan dahinya, bagaikan menuduh Imani mengelak mengambil ubatnya seperti sebelum ini.
"Dah makan dah tadi." Imani berkata dengan nada geram. Dia merenung tajam ke arah lelaki itu.
"Terima kasih beritahu kitorang hari tu pasal Imani demam tu. Kalau tak, entah sampai bila dia ni nak sakit macam tu." Gadis itu berkata kepada Arif dan Imran.
"Eh, tak apa, tak apa. Lagipun, Imani memang dah teruk sangat hari tu. Kepala dia pun boleh tahan biul." Arif berkata sambil tersenyum.
"Hey!" Imani menggerutu marah ke arah Arif.
"Nampaknya satu lagi rahsia Orked Imani terbongkar lagi." Lelaki itu berkata dengan nada kosong, membuatkan Imani kembali risau tentang rahsia yang disimpan olehnya daripada ahli pasukannya.
"Zack, kau jangan nak galakkan mereka korek habis cerita aku. Nanti, nanti..." Imani bagaikan ingin menangis di situ.
"Rileklah, kitorang ada untuk back up kaulah. Tapi lepas apa yang diorang tahu malam ni, aku tak rasa diorang berani buat apa - apa." Zack berkata sambil menjeling ke arah Arif dan Imran yang agak terkejut apabila mendengar nama mereka disebut.
"Kitorang pun memang tak tahu pula Ejen Zi dengan Ejen Zack ni sepupu Imani. Maaflah kalau selama ini kami ada silap cakap atau apa - apa saja." Imran berkata sedikit gugup. Arif yang berada di sebelahnya hanya mengangguk.
"Bukan setakat sepupu, tapi anak Ejen Sky, Headcore Ace pula itu." Arif menambah lagi.
"Kami kalau boleh tidak mahulah orang lain tahu tentang hubungan antara kami berdua, Imani, Amani dengan Ejen Sky. Jika ramai yang tahu, pastinya akan ada yang memberi 'layanan istimewa' kepada kami nanti. Ini kamu berdua sudah tahu ni, kami minta tolong jangan sebarkan kepada ejen - ejen yang lain selain daripada ahli pasukan kamu semua nanti." Zack berkata sambil merenung tajam ke arah dua makhluk itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Fiksi Remaja[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)