"Jadi kau nak periksa tempat yang email tu bagi?" Ejen Zackwan bertanya kepada Ejen Aisya. Ejen Aisya mendengus lagi.
"Ya, Ejen Syed Zackwan, ya. Buat kali ke seratus, ya, aku nak kita periksa kawasan tu." Ejen Aisya berkata sambil memicit dahinya.
"Kau tak rasa macam perangkap ke? Dahlah dia tahu tentang status kau ni seorang Ejen Identity, siap tahu dari Core mana lagi. Rahsia boleh dikira sudah terbongkar sekarang ni." Ejen Imran berkata sambil memegang dagunya. Ejen Aisya hanya mengeluh lemah.
"Aku sedar akan hal tu. Aku ada juga cuba jejaki email ni, tapi tempat - tempat yang aku dapat semuanya tidak masuk akal." Ejen Aisya berkata lagi.
"Tidak masuk akal?" Ejen Arif bertanya pula.
"Yup! Tengah - tengah lautan Pasifik contohnya." Ejen Aisya berkata dengan nada lemah. Ejen Arif dan Ejen Imran sedikit terkejut apabila melihat lokasi asal email tersebut dihantar.
"Jangan risaulah. Nanti aku bagi email ni dekat korang berdua untuk jejaki. Buat masa sekarang ni, kita cuba satukan kesemua klu yang kita boleh daripada semua mangsa, suspek, lokasi yang berkait dengan misi kita." Ejen Aisya berkata sambil memaparkan pelbagai profil tentang individu yang dikesan terlibat dalam misi mereka serta lokasi - lokasi yang berkaitan.
"Untuk mangsa kita, kita ada dua orang pengawal peribadi dan seorang pemandu peribadi Tan Sri Mustafa yang ada di hospital sekarang ni. Ejen Identity ada sedanhg jaga mereka memandang mereka ada bersama Tan Sri Mustafa ketika serangan penculikan Tan Sri itu berlaku. Kita akan pergi ke sana untuk menyoal mereka tentang kejadian yang berlaku itu." Ejen Aisya berkata sambil memaparkan profil tiga orang yang disebutkannya itu.
"Kemudian kita ada suspek kita iaitu usahawan - usahawan yang tersenarai dalam senarai usahawan terkaya di Bandar Putra. Antara mereka berlima yang berada dalam senarai baru itu, kita dapat kenal pasti Tan Sri Eric mempunyai banyak rekod jenayah. tapi, kita masih tak boleh abaikan usahawan yang lain, walaupun ianya Tan Sri Sulaiman dan Dato' Mustaqim sendiri." Ejen Aisya berkata sambil memandang ke arah Ejen Arif, Ejen Imran dan Ejen Imani.
Mereka bertiga sedikit tersentak apabila melihat pandangan yang diberikan oleh Ejen Aisya itu.
"Hey, kami tahulah. Walaupun agak kurang percaya, tapi keadilan tetap perlu ditegakkan." Ejen Arif berkata sambil mengangkat salah satu keningnya. Ejen Aisya membuat muka curiga sebelum menyambung penerangannya.
"Dan kita akan teruskan dengan lokasi kita. Kita ada buat masa ini dua lokasi, kilang terbiar tempat salah seorang mangsa kita dijumpai dan kawasan selatan Bandar Putra yang ada dalam lokasi yang disertakan dalam email tu." Ejen Aisya berkata.
"Kau masih lagi nak pergi dekat kawasan tu?" Ejen Zackwan bertanya lagi. Ejen Aisya mula menjadi berang apabila mendengar soalan yang sama ditanyakan berulang kembali.
"Which part of 'YES' that you don't understand, Ejen Syed Zackwan?" Ejen Aisya bertanya sambil merenung tajam ke arah lelaki awal 20-an itu. Ejen Zackwan hanya tersengih sumbing sambil mengangguk beberapa kali.
"Okay, okay. Faham, faham." Ejen Zackwan berkata sambil mengangguk. Ejen Aisya hanya mendengus geram.
DING!
Pandangan mereka teralih kepada skrin monitor mereka. Kelihatan tiga notifikasi baru memasuki sistem pasukan mereka. Ejen Aisya segera menekan beberapa kunci di atas papan kekunci itu, memeriksa notifikasi tersebut.
"Sampai pun, aku ingatkan sampai bilalah laporan diorang nak siap." Ejen Aisya berkata dnegan lemah.
"Laporan daripada Core A - Bomb, Core A - Cid dengan Core Invent?" Ejen Imani bertanya. Ejen Aisya hanya mengangguk. Salah satu daripada laporan itu dibuka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]
Teen Fiction[Sequel daripada Secret Identity : MEMORY (2)] Setelah mereka berjaya menumpaskan sindiket yang berbahaya itu, kejadian lain pula yang berlaku menyebabkan kekecohan di Bandar Putra. Pembunuhan beberapa orang koporat yang misteri menjadi menyebabkan...
![Secret Identity : SILHOUETTE [BOOK 3]](https://img.wattpad.com/cover/264121760-64-k56067.jpg)