"Cepat hantar files ni!"
"Bawa barang - barang tu ke tingkat atas, lepas tu turun bawah tanya kaunter barang order dah sampai ke belum."
"Banyak benda nak kena buat hari ni."
"Kita kena uruskan hal tu dulu sebelum buat keputusan."
"Tumpang lalu!"
"Alamak! Cop nama lupa nak bawa."
"Mana pula pergi budak ni? Dari tadi tak muncul - muncul."
"Kerugian yang kita alami tak sekecil yang kau sangkakan, ramai askar yang terkorban."
*Havoc* *Busy* *Loud* Suasana dalam bangunan Persatuan Magic Bersatu, PMB sangat bising. Kelihatan para penjawat sedang sibuk hulu ke hilir untuk menyiapkan, mengemas dan menghantar laporan yang terkini.
Terdapat dalam kalangan mereka
sedang berlari sambil membawa timbunan kertas dan files, berteriak memberi arahan, berdebat, dan sebagainya.Mereka terdiri daripada penjawat awam dan juga swasta.
Selepas tamat peperangan, tugasan mereka semakin bertambah. Setiap tingkat menghadapi krisis dan tiada waktu rehat bagi mereka sehingga isu yang dibangkitkan selesai.
Mereka dikehendaki mencari punca peperangan berlaku, kenapa pihak atasan lambat bertindak, berapa banyak kerugian dan cara untuk mengatasinya.
Mesyuarat agung yang melibatkan 3 buah negara besar bakal bersidang beberapa hari lagi maka mereka perlu bertindak segera.
Di dalam sebuah bilik pejabat tingkat atas, kelihatan seorang gadis kecil sedang sibuk menandakan sesuatu di atas kertas dengan reaksi muka bimbang seolah - olah dia telah melakukan kesalahan besar dan cuba memikirkan alasan untuk mengelak daripada dimarahi oleh ibu bapanya.
Gadis kecil itu duduk di atas kerusi yang lebih besar daripada tubuhnya manakala atas meja penuh dengan buku, risalah dan timbunan kertas yang berselerak.
Jikalau dilihat dari pintu masuk, kewujudannya tidak disedari kerana dirinya telah dihalangi oleh buku - buku tebal yang tersusun tinggi.
Rambutnya bewarna ungu dan dalam keadaan kusut masai, pakaiannya besar dan lusuh, penampilannya itu menampakkan seperti anak kecil terbiar.
Terdapat beberapa almari panjang dan tinggi yang dipenuhi dengan buku - buku tebal dibahagian kanan dan kirinya manakala di tengah ruangan tersebut terdapat dua sofa panjang dan meja untuk para tetamu.
Dibelakangnya tergantung beberapa potret tokoh terdahulu yang disanjungi.
Kesemua perabot berkualiti tinggi dan berharga, sesiapa yang memasuki bilik dapat berasakan bahwa ia kepunyaan pegawai tinggi yang memikul tangungjawab mentadbir bandar.
*Busy* *Work* Sedang gadis kecil itu sibuk bekerja, dia didatangi tetamu.
*Knock* TUK! TUK!
"Masuk." Arah gadis itu sambil cuba mengeraskan suara tetapi gagal dan perbuatannya menghiburkan tetamu tersebut.
*Giggle*
*Ignore* Gadis itu mengabaikan kelakukan tetamunya kerana sudah lali menghadapi situasi tersebut lalu kembali bekerja walaupun dia sedari bahwa tetamu itu sudah memasuki bilik dan sedang mencarinya.
Dia dapat berasakan bilangan tetamunya bukanlah seorang kerana kedengaran bunyi dari arah sofa dan juga tapak seseorang berjalan menghampirinya.
"Mira, mana kau?"

YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...