Chapter 4

61 14 6
                                    

"Appa, mianhae. Jihyo tak sengaja" Rayu Jihyo apabila appanya memukulnya menggunakan tali pinggang. Hanya kerana dia tak sengaja tertumpahkan air minuman atas baju kerja appanya.

"Kau ni sejak lahir tak pernah nak menyenangkan aku. Asyik menyusahkan aku je!" Tengking appanya. Puas melepaskan amarahnya, dia keluar dari rumah meninggalkan Jihyo yang masih kesakitan. Jihyo menyeka air matanya. Lengannya berbirat kemerahan akibat dipukul. Dia bingkas bangun bersiap untuk ke sekolah. Walaupun sakit dia tetap ke sekolah.

*****************

Jihyo sampai awal dari kebiasaanya. Biasa dia akan pergi dengan Ilwoo tapi hari ini mental dan fizikalnya sakit teramat membuatkan dia lupa semuanya. Jihyo merenung ke luar tingkap. Pandangannya kosong. Memikirkan nasibnya.

"Ji hyo?" Panggil Yoona bila melihat Jihyo yang asyik termenung. "Kau okey?" Soal Yoona risau. "Appa kau pukul kau lagi kan?" Soal Yoona bila Jihyo tidak menjawab. Dia sudah tahu apa yang terjadi kalau Jihyo datang awal ke sekolah dan termenung panjang. Pasti ada masalah dengan appanya.

"Aku okey. Jangan risau lah." Ujar Jihyo tersenyum tipis. Namun Yoona masih tidak berpuas hati. Dia menarik tangan Jihyo lalu menyelak lengan baju Jihyo membuatkan Jihyo tersentak.

"Aku dah agak. Macam ni kau kata okey? Berbirat macam ni? Appa kau dah melampau lah!" Yoona tidak berpuas hati. Jihyo pantas menarik tangannya. "Aku betul okeylah. Jangan risau." Jihyo menyakinkan Yoona. Yoona mengeluh panjang. "Aku bukan apa, aku tengok asyik kena pukul, aku pun ikut sakit tau." Ujar Yoona.

Jihyo berasa beruntung kerana ada Yoona sebagai kawan baiknya. Yang sentiasa ada saat susah senanng, sakit sihatnya. "Terima kasih sebab risau pasal aku. Kau ada dengan aku pun dah buat aku rasa lega sangat. Automatik rasa sakit tu hilang." Sempat lagi Jihyo bergurau.

"Jihyo, aku nak kau tahu, kalau suatu hari nanti kau dah tak mampu nak bertahan, aku akan selalu ada dengan kau." Ujar Yoona membuatkan Jihyo tersenyum.

*******************/

"Eh Yoona, kenapa dengan Jihyo tu? Soal Mingyu yang baru tiba bersama Wonwoo. "Macam biasalah." Jawab Yoona. Mingyu dan Wonwoo bagai mengerti dengan jawapan Yoona.

"Melampaulah. Apa dia nak Jihyo tu mati ke baru dia nak berhenti?" Ujar Mingyu sambil berbisik takut didengari oleh Jihyo. Ilwoo yang baru sampai terdengar perbualan mereka. Dia memandang kearah Jihyo yang asyik memandang ke luar tingkap. Dia berjalan lalu duduk disebelah Jihyo. Dia mengetuk perlahan meja Jihyo membuatkan Jihyo berpaling.

Ilwoo tersenyum tipis. "Wae?" Soal Jihyo. Pelik. Sampai-sampai je ketuk meja dan senyum kepadanya. "Gwaenchana?" Soal Ilwoo. Jihyo hanya mengangguk lalu tersenyum tipis. "Nah" Ujar Ilwoo sambil menghulurkan sekotak susu strawberry kepada Jihyo. Jihyo mengeluh kecil lalu tersenyum. Ilwoo sentiasa tahu macammana untuk tenangkan hatinya. Susu strawberry kegemarannya. "Kau ni tahu-tahu je kan." Ujar Jihyo.

"Lepasni kalau kau ada masalah bagitahu je. Satu lori aku bawak nanti." Seloroh Ilwoo membuatkan Jihyo ketawa kecil.

"Gomawo." Ucap Jihyo.

********************

Rehat

"Korang tahu tak, esok ada pelajar baru masuk kelas kita tau." Ujar Wonwoo.

"Pelajar baru? Perempuan ke lelaki?" Soal Mingyu sambil mengunyah makanan didalam mulutnya.

"Yahh! Boleh tak kau habiskan makanan dalam mulut kau tu baru kau cakap? Kotorlah!" Marah Yoona. Mingyu hanya menjelirkan lidahnya. Yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka.

"Aku dengar perempuan." ujar Wonwoo lagi.

"Macam mana kau tahu? Kau curi dengar ea?" Soal Jihyo. Wonwoo hanya tersengih. Malu mungkin bila terkantoi curi dengar perbualan orang.

"Wah Wonwoo! Sejak bila kau dah pandai curi dengar ni? Ni mesti Mingyu yang ajar kau buat jahat kan?" Usik Ilwoo sambil mengaitkan Mingyu.

"Yah! Apahal aku pulak?!" Soal Mingyu tak puas hati bila namanya dikaitkan.

"Jihyo, kau nak tahu tak? Susu strawberi kau tumpah haritu habis satu beg kau melekit tu kerja siapa? " Ujar Wonwoo. Mingyu yang sedang minum tersedak lalu menunjukkan isyarat tanda menyuruh Wonwoo diam.

"Siapa?" Soal Jihyo. Geram pula dia apabila teringatkan kejadian tu. Dahla tumpah. Kena beg dia. Bila ditanya tiada yang mengaku.

"Mingyu yang tumpahkan." Bongkar Wonwoo.

"Aish, apahal kau bocorkan rahsia aku." mingyu menyedut minumannya lalu bangun.

"MIANHAE JIHYO YAH!" Jerit mingyu lalu melarikan diri.

"YAH MINGYU! TUNGGU! TAK GUNA! BERANI KAU TIPU AKU!" jerit jihyo lalu bangun dan berlari mengejarnya. Semua yang berada di kantin hanya memandang mereka. Ilwoo, Wonwoo dan Yoona hanya gelak melihat gelagat mereka.

Tbc

Painful LoveWhere stories live. Discover now