" Irene!!!"
"Ap.. Appa.." langkah Irene terhenti. Appanya muncul di pintu dengan wajah yang kecewa. "Kenapa?.."Kenapa Irene sanggup buat macam ni?" Soal Appa Irene kecewa. Dibelakangnya ada dua orang anggota polis sudah menunggu.
"Appa.. Appa Irene.. Mintak maaf." Ujar Irene sambil mendekat Appanya. Ilwoo dan Jihyo hanya memerhati tanpa bicara. Tahu betapa kecewanya seorang ayah bila anaknya sendiri melakukan kejahatan.
"Appa kecewa." Pendek jawapannya lalu pergi tanpa mengendahkan Irene yang sudah meraung memanggil appanya.
"Appa!! Appa? Mianhae!" Jerit Irene. Dua orang anggota polis itu tanpa lengah terus menggari tangan Irene. Irene memandang Jihyo dan Ilwoo.
"Ilwoo, Jihyo! Aku mintak maaf. Tolonglah lepaskan aku." Jerit Irene sebelum dibawa pergi.
"Kau okey?" Soal Jihyo yang masih menekup lengan Ilwoo yang berdarah. Ilwoo hanya mengangguk tanda okay. Tidak lama kemudian muncul Mingyu, Wonwoo dan Yoona. Mereka bergegas menuju kearah Ilwoo dan Jihyo.
"Korang okay?" Soal Wonwoo. Mereka mengangguk tanda okay.
"Kau cederalah Ilwoo. Jom, cepat kita pergi hospital." Mingyu yang melihat lengan Ilwoo yang berdarah mulai kelam kabut.
"Tenang. Aku okaylah. Jom kita keluar dulu dari sini." Ilwoo menyakinkan mereka dan mengajak mereka keluar dari bilik itu.
**************
Mereka semua berkumpul di sebuah restoran yang biasa mereka lepak. Masing-masing berselera sekali makan.
"Akhirnya selesai jugak semua ni." Ujar Mingyu menarik nafas lega. Jus oren dihirupnya panjang.
Burppppp. Panjang sendawanya. Yoona mengetuk kepala Mingyu.
"Yahhh!" Jerit Mingyu tidak puas hati.
"Tak senonohlah kau ni. Semua orang pandang tau." Tegur Yoona.
"Tu la, lega dah bila selesai semua ni. Tapi tak sangka kan Irene sanggup buat macam tu." Ujar Yoona.
"Tapi kesian pun ada." Ujar Wonwoo pula.
"Nak kesian apa? Baguslah apa yang dia dapat. Dah jadi gila. Ha tu la balasannya buat orang. Hampir mati aku tau tak." Geram Mingyu.
"Kau ni Mingyu, tak bertapis kan? Tak sangka pulak sampai gila dibuatnya." Balas Yoona.
"Kau okey?" Soal Jihyo bila melihat Ilwoo yang diam. Hanya mendengar. Ilwoo mengeluh panjang.
"Kau kenapa?" Soal Wonwoo.
"Entahlah. Aku rasa semua ni salah aku. Apa yang terjadi dekat Jihyo, Mingyu, Yoona, kau Wonwoo, Irene, semua tu salah aku. Sebab aku Irene sampai jadi gila." Ujar Ilwoo. Sungguh dia rasa bersalah sangat.
"Ilwoo, semua ni bukan salah kau. Semuanya sudah tertulis nak jadi macam ni. Bukan kita minta tau." Wonwoo cuba menyakinkan Ilwoo.
"Dahlah Ilwoo. Kau tak payah nak rasa bersalah. Semua yang dia buat tu pilihan dia sendiri tau. Dia yang pilih jalan yang buruk ni, terpaksa lah dia hadap." Yoona pula cuba menyakinkan Ilwoo.
Jihyo meletakkan tangannya diatas tangan Ilwoo. Ilwoo terus mengangkat mukanya memandang Jihyo. Terkejut Ilwoo dibuatnya. Jihyo memandang tepat ke arah Ilwoo.
Dup dup dup
Entah kenapa jantung Ilwoo berdegup kencang. Berdebar-debar sekali.
"Cinta tak semestinya memiliki dan cinta bukan bermaksud menguasai. Ya dia cintakan kau tapi cara dia tu salah dan apa yang dia buat tu tak ada kena mengena pun dengan kau. Jadi jangan rasa bersalah." Kata-kata Jihyo menenangkan Ilwoo. Ilwoo tersenyum. Jihyo membalas kembali.
"Wow!!" Jerit Mingyu. Yoona, Mingyu dan Wonwoo menepuk tangan mengusik mereka.
"Apa?" Soal Jihyo. Tahu mereka sedang mengusik.
"So sweet!" Usik Yoona pula.
Jihyo terus mencubit manja Yoona. Yoona menjelir lidahnya. Mereka semua ketawa. Lega semua telah selesai.
'BERITA TERKINI! KERETA POLIS YANG MEMBAWA BANDUAN TELAH MENGALAMI KEMALANGAN. SUSPEK TELAH BERJAYA MELARIKAN DIRI'
Tbc.
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...