"Jihyo, gwenchana?" Soal Wonwoo. Dia duduk disebelah Jihyo. Jihyo menyeka airmatanya.
"Aku okey." Ujar Jihyo tersenyum tipis.
"Jihyo, kau jangan tipulah, aku dah tahu semuanya."Ujar Wonwoo. Jihyo berpaling kearah Wonwoo.
"Apa yang kau tahu?" Soal Jihyo.
Wonwoo tersenyum tipis. "Kau suka Ilwoo kan?" Soalan Wonwoo membuatkan Jihyo terdiam. Macam mana Wonwoo boleh tahu?"Yoona bagitahu?" Tebak Jihyo. Kerana Yoona seorang je yang tahu perasaan dia terhadap Ilwoo.
"Tak, aku dah tahu lama dah. Bila kau dengan dia, aku dah boleh agak yang kau ada perasaan dekat Ilwoo. Jihyo, kenapa kau tak berterus-terang je dari awal yang kau sukakan Ilwoo?" Soal Wonwoo.
"Aku...aku.. Aku tak nak sebab perasaan aku ni, aku hilang kawan yang aku sayang. Aku tak nak hilang Ilwoo. Aku dah kawan dengan dia sejak kecil. Masa aku ada masalah dengan appa aku, masa aku kena pukul dengan appa aku, dia selalu tolong aku. Aku tak nak dengan perasaan aku yang tak guna ni boleh jejaskan persahabatan kami." Jelas Jihyo.
Wonwoo mengeluh kecil. "Aku cuma kecewa. Dia boleh berubah disebabkan yeoja tu. Dia abaikan kita semua sebab yeoja tu." Ujar Wonwoo. Jujur dia sangat kecewa dengan Ilwoo. Seratus peratus dia berubah sejak Irene muncul.
"Apa kita nak buat? Supaya Ilwoo tak berubah dan lupakan kita, kawan dia?" Soal Wonwoo. Mereka berdua ligat berfikir macam mana cara nak "selamatkan" Wonwoo.
*********
Jihyo, Yoona, Mingyu dan Wonwoo duduk berkumpul di tepi sungai Han.
"Cadangan?" Soal Yoona. Dah sejam mereka duduk disitu tapi tiada langsung idea yang datang.
"Senang-senang, kita cakap jela dengan si Ilwoo tu apa yang si Irene tu cakap dekat Jihyo." Cadang Mingyu sambil menyuapkan roti kemulut.
"Kalau kita terus-terang kau ingat Ilwoo tu percaya ke?" Soal Yoona.
"Aku rasa dia takkan percaya la sebab dia kan tengah angau dengan Irene." Ujar Wonwoo pula.
"Aku rasa.. Aku.." Jihyo teragak-agak mahu bercakap.
"Kau rasa apa?" Soal Mingyu tidak sabar.
"Aku rasa.. Aku nak berterus terang dengan Ilwoo. Apa nak jadi, jadilah." Ujar Jihyo. Kali ni dia tekad nak luahkan perasaan dia terhadap Ilwoo.
Yoona dan Wonwoo menepuk-nepuk bahu Jihyo.
"Kau jangan risau, apa-apa jadi kitorang ada dengan kau." Ujar Yoona. Dia tahu apa yang Jihyo ingin berterus-terang dengan Ilwoo.
"Terima kasih." Ujar Jihyo tersenyum tipis.
"Jap, terus terang apa ni, kenapa aku tak tahu apa-apa ni?" Ujar Mingyu. Yoona dan Wonwoo ketawa melihat Mingyu yang pura-pura merajuk. Jihyo ketawa kecil. Sekurang-kurangnya dia masih lagi ada kawan-kawan yang memahami.
*********"Ada apa kau nak cakap dengan aku?" Soal Ilwoo. Jihyo menarik dalam nafasnya.
"Kau.. dengan Irene... bercinta ke?" Soal Jihyo. Dia cuba berhati-hati dengan soalannya.
Ilwoo ketawa. Entah apa yang kelakar pun tak tahulah. "Apa yang kau merepek ni Jihyo. Kan aku dah bagitahu kau, kitorang tak ada apa-apa." Jelas Ilwoo.
"Tapi kau dah tak macam dulu. Setiap kali kitorang ajak kau keluar macam-macam alasan kau bagi. Masa rehat pun kau dah tak makan dengan kitorang." Luah Jihyo.
"Jihyo..sebenarnya aku kerja untuk Irene." Terang Ilwoo.
"Kerja?" Terkejut Jihyo mendengarnya. Kerja apa pulak?
"Irene mintak aku jadi bodyguard dia. Upah yang dia bagi pun boleh tahan. Tak kan aku nak tolak kan. Sebabtu aku kena ada dengan dia selalu." Terang Ilwoo lagi
"Dahtu kenapa kau tak terus-terang je dari awal? Tahu tak macam-macam kitorang fikirkan pasal kau. Kitorang ingat kau dah tak nak kawan dengan kitorang." Ujar jihyo membuatkan Ilwoo tertawa kecil.
"Aku tahu salah aku, takpe nanti aku dapat gaji aku yang pertama aku belanja korang semua." Janji Ilwoo.
"Janji?" Soal Jihyo sambil menghulurkan jari kelingkingnya. Ilwoo mengangguk lalu menyambut jari Jihyo.
"Emm, Ilwoo, aku sebenarnya ada benda penting nak cakap dekat kau." Jantung Jihyo berdebar-debar. Cuba untuk menyusun ayat.
"Aku... Sebenarnya...suka.."
"Ilwoo!" Belum sempat Jihyo menghabiskan ayatnya, Irene teriak memanggil Ilwoo.
"Jihyo, aku kena pergi dulu ni, nantk kita sambung tau." Ilwoo pergi meninggalkan Jihyo. Jihyo mengeluh kecil.
"Aku suka kau Ilwoo."
Tbc
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...