Chapter 10

55 16 4
                                    


"Itulah yang dia bagitahu aku." Cerita Jihyo. Dari A sampai Z dia ceritakan apa yang Ilwoo cerita pada dia.

"Tapi peliklah, kenapa si Irene tu bagitahu yang dia bercinta dengan Ilwoo?" Soal Yoona.

"Aku rasa si Irene tu syok sendiri lah. Lagipun aku tengok si Irene tu peliklah. Korang tak rasa ke apa yang aku rasa?" Soal Mingyu. Entah kenapa dari mula Irene muncul dia dapat rasakan sesuatu yang pelik dengan Irene.

"Apa yang pelik?" Soal Wonwoo.

"Kau tau tak? Haritu aku ternampak Irene tu letak something dalam beg Ilwoo. Lepastu dua hari lepas aku nampak Irene letak something dalam locker Ilwoo. Tak ke pelik? Lagi satu aku perasan, kemana saja Ilwoo pergi dia ikut. Bila Ilwoo berbual atau dekat dengan kita, mesti dia jeling macam nak terkeluar biji mata."Ujar Mingyu.

"Hurm, aku pun perasanlah." Yoona pun perasan dengan perangai Irene.

"Aku rasa dia mesti obses dengan Ilwoo." Wonwoo memberi pendapatnya.

Jihyo berfikir sejenak. Dia pun perasan dengan sikap Irene. Setiap kali dia dekat atau berbual dengan Ilwoo, Irene mesti muncul.

"Kau rasa orang macam Irene ni bahaya tak?" Soal Jihyo. Risau juga dia dengan Ilwoo.

"Aku ada baca tau, orang yang obses dengan seseorang ni boleh bertindak di luar kawalan." Ujar Wonwoo.

"Contoh?" Soal Yoona.

"Ada satu kes yang aku baca ni, dia sampai cederakan orang yang dia obses dan orang yang berada disekeliling dia. Sebabnya, dia takut kehilangan orang tu." Terang Wonwoo.

"Korang rasa Irene sampai tahap macam tu tak?" Soal Mingyu.

"Aku rasa tak mustahil Irene akan jadi macam tu kalau Ilwoo tak layan dia." Ujar Wonwoo.

"Habistu apa kita nak buat ni?" Soal Jihyo risau.

"Takpe, kau jangan risau. Kita tengok dulu keadaan dia macam mana. Kalau ada sesuatu yang tak kena terjadi, baru kita buat sesuatu." Cadang Wonwoo. Yang lain mengangguk tanda setuju.

                  **************

"Irene, saya rasa saya nak berhenti la jadi bodyguard awak." Luah Ilwoo.

"Kenapa? Sebab Song Ji Hyo?" Soal Irene.

"Ini tak ada kena mengena dengan Jihyo. Saya memang dah lama nak bagitahu awak. Lagi pun saya rasa saya dah makin jauh dengan kawan-kawan saya. Sejak saya jadi bodyguard awak, saya dah tak ada masa untuk kawan baik saya." Luah Ilwoo.

"Tapi saya perlukan awak. Awak je yang buat saya selamat." Rayu Irene.

"Macam nilah, saya boleh tolong tengokkan awak tapi untuk kerja dengan awak, saya rasa tak kot. Lagipun syarat yang awak letak tu saya rasa merepek la. Awak tak bagi saya bergaul dengan kawan-kawan saya, sedangkan diorang kawan saya." Ilwoo suarakan apa yang dia rasa selama ni.

"Please Ilwoo, saya tak nak kehilangan awak. Cukuplah dulu saya terpisah dari awak." Rayu Irene. Tangan Ilwoo ditariknya membuatkan Ilwoo tidak selesa.

"Apa yang awak merepek ni?" Soal Ilwoo kerana dia merasakan Irene sudah lari jauh dari tajuk mereka tadi.

"Saya.. Saya mengaku yang saya saja upah awak jadi bodyguard saya, sebab.. Sebab saya sukakan awak Ilwoo. Saya sukakan awak." Luah Irene. Ilwoo terkedu. Tidak sangka selama ini dia ditipu.

"Jadi awak tipu saya selama ni?" Soal Ilwoo.

"Maafkan saya. Saya terpaksa. Saya cintakan awak." Rayu Irene lagi. Makin kuat dia mengenggam tangan Ilwoo. Ilwoo pantas merentap tangannya membuatkan Irene terkedu.

"Saya kecewa la dengan awak. Selama ni saya percayakan awak. Saya anggap awak kawan saya. Saya sanggup tolak permintaan kawan-kawan saya semata-mata nak lindungi awak. Jadi awak tipulah yang selama ni ada orang ikut dan ganggu awak?" Sungguh dia tak menyangka. Hidup-hidup dirinya ditipu.

"Maafkan saya." Tangis Irene sambil cuba mencapai tangan Ilwoo namun pantas Ilwoo mengelak.

"Dengar sini Irene, saya tak pernah dan tak akan sukakan awak sampai bila-bila." Ujar Ilwoo lalu beredar dari situ. Sungguh dia kecewa dengan tindakan Irene.

"Ilwoo!!" Jerit Irene memanggil Ilwoo namun tidak diendahkan.

"Ahhhhhh" Jerit Irene. Bagai orang gila dia menjerit.

"Song Ji Hyo tak guna! Ini semua sebab kau! Kau tunggulah nasib kau!" Jerit Irene seorang diri.

Tbc.

Painful LoveWhere stories live. Discover now