"Ilwoo!" Jerit Jihyo lalu memeluk Ilwoo yang sudah sedar. Lama selepas itu Jihyo meleraikan pelukkannya.
"Kau tahu tak setiap hari aku tunggu kau sedar?" Soal Jihyo. Ilwoo tersenyum.
"Tahu, setiap hari jugak kau menangis sebab aku. Aku mintak maaf tau." Ujar Ilwoo.
"Kau dengar ke apa yang aku cakap?" Ilwoo mengangguk.
"Sebenarnya.. Aku dah sedar lama. Cuma aku berpakat dengan Yoona, Wonwoo dengan Mingyu sebab aku nak tengok kau betul atau tak sayangkan aku." Apa yang dikatakan Ilwoo membuatkam Jihyo geram. Terus dia berpaling kearah Wonwoo. Wonwoo mengangkat kedua belah tangannya.
"Sorry. Aku terpaksa. Aku blah dulu." Ujar Wonwoo lalu berlari keluar meninggalkan mereka berdua.
"Jadi betul ke kau sayangkan aku?" Soal Ilwoo inginkan kepastian. Jihyo geram lalu memukul lembut lengan Ilwoo. Ilwoo mengaduh kesakitan.
"Dah, tak payah berlakon. Yang sakit tu perut kau tu bukan lengan." Ucap Jihyo. Ilwoo ketawa kecil.
"Aku mintak maaf. Kalau aku tak buat macam ni, aku tak kan dengar tau kau cakap kau sayangkan aku." Jihyo mengeluh berat. Dia menarik panjang nafasnya.
"Kau tau, bila kau kena tikam, masa tu aku rasa macam aku ni turut tertikam tau. Rasa sakit kau tu aku boleh rasa. Aku tak dapat bayangkan kalau kau tinggalkan aku. Aku tak dapat bayangkan yang aku perlu jalani hari-hari aku tanpa kau. Sebab tu setiap hari aku doa yang kau akan cepat-cepat sedar." Luahan Jihyo membuatkan Ilwoo tersenyum. Begitu dalam sayang Jihyo terhadapnya. Cuma dia je yang tak sedar.
"Ilwoo.. Janji dengan aku.. Janji dengan aku yang kau tak akan pernah tinggalkan aku lagi." Jihyo menghulurkan jari kelingkingnya. Ilwoo menyambut jari Jihyo.
"Aku janji." Jihyo tersenyum.
"Yeay!!!" Jerit Mingyu yang tiba-tiba muncul. Wonwoo dan Yoona menepuk tangannya.
Jihyo bangun lalu menghampiri Mingyu. Dia senyum kepada Mingyu lalu Jihyo menarik telinga Mingyu."Aduh.. Sakit.. Sakitlah Jihyo!" Jerit Mingyu kesakitan.
"Oo, pandai berlakon tipu aku kan. Tak boleh hidup lama lah. Kritikal lah. Ada sehari jelah lagi masa. Nah ni makan dia." Jihyo melepaskan geramnya. Tidak cukup telinga, rambut Mingyu ditariknya. Yang lain ketawa melihat gelagat Mingyu dan Jihyo bergaduh. Tiba-tiba pintu bilik dibuka seorang nurse.
"TOLONG DIAM SIKIT! KAMU INGAT NI ZOO KE?" Jerit Nurse itu lalu berlalu pergi. Mereka saling berpandangan dan masing -masing tidak dapat menahan tawa mereka.
***
"Sampai bila-bila Jihyo tak pernah lupakan appa. Hati ni tak pernah sekelumit pun ada perasaan benci. Sampai bila-bila Jihyo akan sayangkan appa. Selamat tinggal appa."
"Everyone says that love hurts, but that's not true. Loneliness hurts. Rejection hurts. Losing someone hurts. Everyone confuse these things with love, but in reality, love is the only thing in this world that covers up all the pain and makes us feel wonderful again."
The End
**********Akhirnya habis jugak cerita ni tapi jangan pergi dulu tau sebab ada special story untuk Yoona, Mingyu dan Wonwoo. Terima kasih!!
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...