Selepas 3 hari akhirnya Jihyo sudah boleh keluar dari hospital. Bersemangat betul dia hari ni. Tak sabar dia nak ke sekolah. Bosan betul dia duduk si hospital. Makanan pun tak sedap.
Sebelum masuk kedalam kelas Jihyo menarik sedalam dalamnya nafasnya. Berdebar betul dia nak masuk kedalam kelas. Pintu dibuka. Kelas yang tadinya bising, sepi seketika. Semua mata memandang kearah Jihyo.
"Wae?" Soal Jihyo bila semua memandangnya.
"Jihyoooooo!!!" semua menjerit lalu menerpa ke arah Jihyo untuk memeluknya. "Kitorang rindu kau." Ujar salah seorang rakan dia.
"Aku pun rindukan korang sangat-sangat." Ujar Jihyo lalu memeluk mereka. Jihyo duduk di tempat duduknya. Rindu betul dia dengan suasana di sekolah.
"Amacam? Seronok?" Soal Mingyu.
"Gila tak seronok, mestila seronok dapat datang sekolah balik." Ujar Jihyo.
"Orang lain malas datang sekolah, kau rajin kan?" Ujar Mingyu
"Yang malas tu kau je. Orang lain tak." Selamba Jihyo menyindir Mingyu. Mingyu mencebik. Yoona dan Wonwoo tergelak.
"Eh mana Ilwoo? Tak datang lagi ke? Aku pergi rumah dia tadi, omma dia cakap dia dah pergi sekolah." Soal Jihyo. Mingyu, Wonwoo dan Yoona mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak lama kemudian Ilwoo masuk ke kelas bersama Irene.
"Selamat kembali ke sekolah." Ujar Ilwoo. Jihyo tersenyum.
"Kenalkan ini classmate baru kita. Irene." Ilwoo memperkenal Irene.
"Annyeong!" Tegur Jihyo ceria. Irene hanya tersenyum sinis.
"Ilwoo, saya duduk dulu." Ujar Irene lalu duduk di tempat duduknya. Ilwoo mengangguk. "kau tau tak aku sunyi betul bila kau tak ada." Ujar Ilwoo.
"Aku pun bosan tak datang sekolah, eh korang, petang ni lepak jom?" Ajak Jihyo.
"On!" Jerit Mingyu. Diikuti Yoona dan Wonwoo. Ilwoo terdiam. Jihyo memandang Ilwoo. "Kau?" Soal Jihyo bila tiada jawapan darinya. "Aku tak boleh lah petang ni sebab aku dah janji dengan Irene nak teman dia pergi bookstore." Terang Ilwoo.
"Oh, kalau kau tak boleh takpe." Ujar Jihyo walaupun dia sedikit kecewa.
Rehat
"Korang, Ilwoo mana? Tak rehat ke? Cepat sangat dia keluar tadi." Soal Jihyo bila kelibat Ilwoo tidak kelihatan.
"Ilwoo makan dengan si Irene tu. Eh menyampah la aku dengan si Irene tu. Muka cantik tapi sombong." Ujar Mingyu tidak puas hati.
Engkau ni, perlahan la sikit. Kalau dia dengar macam mana?" Ujar Yoona sambil menepuk peha Mingyu. Mingyu membalas dengan jelingan. Jihyo mengeluh. Dia perasan perubahan Ilwoo sejak Irene muncul.
"Aku tahu apa yang kau fikirkan. Mesti kau fikir kenapa Ilwoo dah lain sejak Irene muncul kan?" Tebak Wonwoo. Macam tahu je apa yang dia fikirkan. "Kau mind reader ke? Boleh tahu apa aku fikir ni." Ujar Jihyo membuatkan Wonwoo tersengih.
'Kau dah berubah ke Ilwoo?'
****"Ilwoo, tunggu kejap!" Jerit Jihyo memanggil Ilwoo yang sedang melangkah keluar dari kawasan sekolah untuk pulang.
"Kenapa Jihyo? Aku dah lambat ni. Aku dah janji dengan Irene ni. Dia dah tunggu tu." Soal Ilwoo. Jihyo masih lagi tercungap-cungap. Letih berlari kejarkan si Ilwoo ni. "Aku nak tanya kau sikit ni." Ujar Jihyo setelah nafasnya sudah stabil.
"Kau dengan Irene tu ada apa-apa ke?" Soal Jihyo. Ilwoo mengerutkan keningnya. "Aku dengan dia kawan lah. Kenapa?" Soal Ilwoo hairan bila Jihyo menanyakan soalan yang dia rasa pelik. "Emm, tapi, sejak dia muncul kau dah lain." Jihyo berterus terang.
"Lain macam mana? Aku masih Ilwoo yang dulu. Dah lah kau ni merepek je. Aku pergi dulu." Ujar Ilwoo sambil menepuk bahu Jihyo dan beredar daro situ. Jihyo mengeluh berat.
Tbc.
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...