Jihyo asyik merenung bunga didakapannya. Bunga matahari. Bunga kegemaran Ilwoo. Dia teringat perbualan antaranya dengan Ilwoo.
"Jihyo, aku nak tanya ni. Kenapa perempuan suka terima bunga dari lelaki tapi jarang bagi lelaki bunga?" Soalan dari Ilwoo membuatkan Jihyo tergelak.
"Kenapa kau gelak? Kelakar ke soalan aku ni?" Soal Ilwoo tidak berpuas hati.
"Kau suka bunga ke?" Soal Jihyo.
"Ha'ah, aku suka bunga matahari. Cantik." Ujar Ilwoo. Jihyo tergelak sekali lagi.
"Sorry, aku cuma pelik la dengan kau ni dengan bunga ..dengan soalan kau lagi. Soalan apa la kau ni." Jihyo masih tak berhenti gelakkan Ilwoo.
"Fine! Kalau tak nak jawab sudah!" Ucap Ilwoo geram sambil memeluk tubuh.
"Ala merajuk. Okeylah aku jawab. Kenapa perempuan suka terima bunga dari lelaki tapi jarang bagi bunga dekat lelaki? Hurm, macam ni lah. Kau kena tahu tau, bukan sebarangan tau perempuan nak bagi bunga dekat lelaki. Orang tu akan bagi bunga dekat lelaki tu kalau dia betul-betul sukakan orang tu tau. Kiranya macam orang tu istimewa lah dalam hati dia. Kalau perempuan pulak, kau kena tahu tau, tak semua perempuan suka bunga. Pendek kata, setiap orang ada suka masing-masing tau. Tak kisah lah kau bagi bunga ke, emas ke, duit ke, yang penting tu.." Tunjuk Jihyo ke arah dada Ilwoo. Ilwoo memandang dadanya.
"Apa pulak dada aku penting?" Soal Ilwoo hairan. Pelik-pelik je Jihyo ni. Jihyo menepuk dahinya.
"Bukanlah bodoh! Hati tu.. Hati tu yang penting." Ujar Jihyo geram. Ilwoo tersengih macam laksa basi.
"Ooo. Hati. Emm, hati kau macam mana? Ada aku tak?" Soalan Ilwoo membuatkan Jihyo tersipu malu.
"Jihyo? Jihyo... JIHYO!" Jeritan Yoona mematikan lamunan Jihyo.
"Kau menung apa? Cepatlah, kita dah lambat dah ni." Ujar Yoona lalu menarik Jihyo.
"Sori.. Sori.." Ujar Jihyo lalu membiarkan saja Yoona menariknya.
** *******
Hospital
Jihyo meletakkan bunga matahari diatas meja. Dia duduk perlahan. Tangan Ilwoo digenggamnya. Airmatanya menitis.
"Ilwoo.. Aku datang ni.. Aku bawak bunga yang kau suka ni." Ucap Ilwoo. Namun tiada respon dari Ilwoo. Ilwoo hanya terbaring sepi. Wonwoo yang muncul dibelakang meletakkan tangannya keatas bahu Jihyo.
"Sabarlah Jihyo." Wonwoo cuba menenangkan Jihyo.
"Kenapa? Kenapa Ilwoo tak bangun lagi Wonwoo? Doktor cakap dia dah okey. Tapi.. Tapi kenapa dia masih tak bukak mata dia?" Soal Jihyo sambil menyeka airmatanya.
"Kau kena sabar. Kau kena yakin. Kau tahu kan Ilwoo tu kuat. Kau sayangkan dia kan?" Soal Wonwoo.
"Sayang. Aku sayangkan dia.. Sebab tu aku nak dia bangun. Aku tak nak hilang dia lagi." Ujar Jihyo. Dia menundukkan kepalanya. Airmatanya masih lagi mengalir laju.
Tiba-tiba
"Betul ke awak sayangkan saya?"
Jihyo mengangkat kepalanya.
"Ilwoo!"
Tbc....
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...