Special Part 3: Mingyu x Jisoo

38 5 0
                                    

"Yeay! Balik kampung!" Sorak Mingyu sambil melompat-lompat. Yoona mengetuk kepala Mingyu. Mingyu berhenti melompat. Digosok kepalanya yang sakit.

"Sopan sikit ea. Ni bukan kampung kau tau. Perangai beruk kau tu sorok sikit." Pesan Yoona. Mereka berlima bercuti di kampung Jihyo, Pohang.

"Ala kau ni, orang nak seronok sikit tak boleh, kalau aku ni beruk kau pun beruk jugak la. Kita semua ni beruk jugakla. Sebab kita ni kan sama je." Balas Mingyu. Yoona menjeling. Wonwoo disebelah menenangkan Yoona yang tengah panas.

"Dah, jom masuk." Jihyo mempelawa mereka semua masuk kedalam rumahnya. Besar. Kampung tapi moden.

"Masuklah, rumah ni takde orang duduk tapi, 3 kali sebulan akan ada orang datang bersihkan." Terang Jihyo. Sejak Ommanya meninggal dan appanya berubah dia tidak pernah pulang ke kampung lagi. Ini kali pertama dia pulang.

Sedang asyik mereka berbual datang seseorang mengetuk pintu rumah mereka.

"Jihyo unnie!" Panggil seseorang lalu datang memeluk Jihyo.

"Jisoo yaa! Bogoshippeo!" Jihyo membalas pelukannya. Jisoo adalah sepupu kepada Jihyo.

"Macam mana tahu unnie balik ni?" Soal Jihyo.

"Omma yang bagitahu. Nanti omma jemput datang rumah." Jisoo menyampaikan pesan ommanya.

"Oh ya! Ni kawan-kawan unnie." Jihyo memperkenalkan kawan-kawannya seorang demi seorang. Tiba giliran Mingyu.

"Ha ni pulak Mingyu. Jisoo kena hati-hati tau. Dia ni tak betul sikit." Sengaja Jihyo mengusik Mingyu.

"Kau tu yang tak betul!" Balas Mingyu geram membuatkan Jisoo tersenyum. Mingyu tersengih-sengih macam kerang busuk melihat senyuman Jisoo.

"Yang kau senyum macam kerang busuk ni dah kenapa?" Soal Yoona. Mingyu menjeling Yoona.

"Takpela unnie, Jisoo balik dulu ya." Jisoo meminta diri untuk pulang.

"Eh Mingyu kau nak kemana? Jangan nak menggatal ea." Soal Ilwoo bila melihat Mingyu yang mengikut di belakang Jisoo. Mingyu mencebik.

"Nak try pun tak boleh." Ujar Mingyu.

"Dah, korang rehatlah dulu, nanti petang sikit aku bawak korang pergi rumah makcik aku." Ujar Jihyo.

"Maksud kau rumah Jisoo ke?" Soal Mingyu.

"Yelah, rumah sape lagi, dahla kau ni, macam-macamlah." Ujar Jihyo lalu pergi dari situ malas mahu melayan Mingyu. Mingyu tersengih lagi.

Yoona dan Wonwoo melihat perangai Mingyu lalu berpandangan antara satu sama lain lalu mengeleng-geleng kepala mereka. Sah! Dah angau si Mingyu ni.

***

Mereka semua menjamu selera di rumah makcik Jihyo.

"Ahjumma, gomawo sebab masakkan untuk kami semua." Ucap Jihyo.

"Takpe, lagipun dah lama ahjumma tak masak untuk kamu. Suka ahjumma tengok kamu semua makan." ujar Ahjumma sambil tersenyum. Mingyu makan dengan gopoh sekali. Sesekali Yoona menyiku Mingyu yang duduk disebelahnya supaya dia sedar sikit.

"Yah Mingyu! Sopanlah sikit. Kita ni kat rumah orang tau. Malu sikit dengan ahjumma dengan Jisoo tu." Bisik Yoona. Mendengarkan saja nama Jisoo terus Mingyu kembali ke realiti. Dia membersihkan mulutnya yang comot dan makan dengan penuh tertib. Jihyo, Ilwoo dan Wonwoo tergelak kecil. Yoona menggeleng-geleng kepalanya. Usai makan mereka semua berjalan-jalan di pantai ditemani Jisoo.

"Wah lama betul tak ke pantai!" Jerit Mingyu lalu meluru kearah air pantai

"Jisoo jangan hiraukan dia tau, walaupun dia tak betul sikit tapi dia baik tau." Ujar Yoona. Yang lain pun turut menuju ke arah pantai.

"tak pe, seronok tengok korang semua enjoy kat sini." Ujar Jisoo.

Mingyu seronok bermain air pantai. Tiba-tiba matanya terarah ke arah Jisoo yang duduk memandang mereka yang sedang bermain air. Mingyu meninggalkan mereka dan menuju ke arah Jisoo.

"Hai, boleh duduk sini?" Soal Mingyu sambil menunjuk disebelah Jisoo. Jisoo hanya mengangguk tanda boleh. Mingyu terus duduk disebelah Jisoo. Tersengih-sengih macam kera.

"Seronok la duduk dekat sini. Aman je." Mingyu memulakan perbualan. Namun tidak disambut Jisoo. Dia mencuba sekali lagi.

"Tenang je suasana dekat sini. Rasa macam tak nak balik je." Ujar Mingyu sekali lagi namun Jisoo masih lagi diam. Jisoo bangun lalu pergi dari situ. Mingyu terpinga-pinga.

"Aik, aku ada buat salah ke?" Soal Mingyu hairan. Lalu mengeluh.

"Sila cuba lagi." Ujar Ilwoo yang lalu didepannya. Mingyu menunjukkan penumbuknya.

"Jihyo!" Panggil Mingyu.

"Apa?!" Balas Jihyo yang sedang seronok bermain air pantai.

"Sini lah sekejap!" Jerit Mingyu. Dengan terpaksa Jihyo menuju ke arah Mingyu.

"Ha nak apa?" Soal Jihyo malas melayan Mingyu.

"Sini lah duduk, aku nak kau sesuatu ni." Jihyo dengan terpaksanya duduk jugak disebelah Mingyu.

"Ha nak cakap apa?" Soal Jihyo lagi.

"Err, Jisoo tu dah ada teman lelaki ke?" Soal Mingyu.

"Kau ni, soalan pun, kenapa tak tanya dia je?" Soal Jihyo.

"Ala, kau kan sepupu dia, tolongla aku." Pinta Mingyu.

"Jap, yang kau tanya ni kenapa? Kau suka dia ke?" Usikan Jihyo membuatkan Mingyu tersipu malu.

"hurm, kalau kau nak aku tolong kau boleh, tapi belanja aku makan." Cadang Jihyo. Mingyu mengangguk deras.

"Ni setakat yang aku tahu la. Jisoo ni tak pernah ada teman lelaki sebab Jisoo ni pemalu sangat. Kalau ada lelaki yang nak dekat dengan dia, cepat-cepat dia mengelak. Sebab tu aku terkejut bila tengok kau duduk tepi dia tadi, dia tak lari pun." Jelas Jihyo. Mingyu mengangguk-angguk tanda faham.

"tapi kalau dia pemalu dengan lelaki macam mana aku nak dekat dengan dia?" Soal Mingyu buntu. Otak Jihyo ligat berfikir.

"Hah macam ni, apakata kau cuba buat benda yang dia suka atau kau bagi makanam kegemaran dia." Cadang Jihyo.

"Tapi aku kan baru jumpa dia, mana aku tahu benda apa yang dia suka. Apa makanan kegemaran dia." Jihyo menepuk dahinya.

"Ish kau ni apa ke bengap sangat kau ni, apa guna aku ni sepupu dia." Mingyu tersengih. Dia lupa Jihyo adalah sepupu Jisoo.

***
Tbc.

Painful LoveWhere stories live. Discover now