Chapter 13

56 16 6
                                    

Pang!

Satu tamparan hinggap dipipi Irene.

"Kau dah melampau lah!" Ujar Ilwoo kali ini dia tidak mampu bersabar lagi. Irene terkedu. Tamparan dari Ilwoo membuatkan dia terdiam. Matanya sudah berkaca. Amarahnya semakin membuak-buak.

"Sampai hati awak tampar saya sebab perempuan ni. Awak akan menyesal." Ujar Irene lalu meninggalkan tempat itu. Mingyu yang duduk disebelah Jihyo mengesat muka Jihyo yang basah dek disimbah air.

"Kenapa perempuan tu? Gila ke?" Luah Mingyu tidak puas hati.

"Kau okey?" Soal Ilwoo. Jihyo tersenyum lalu mengangguk tanda okey. "Aku minta maaf, sebab aku kau kena dengan Irene. Aku pun tak sangka dia sanggup buat sampai macam tu." Ilwoo rasa sangat bersalah. Dia merasakan apa yang berlaku adalah sebab dia.

"Bukan salah kaulah. Jangan risau. Aku okey." Jihyo menyakinkan Ilwoo. Sungguh dia tidak menyalahkan Ilwoo.

"Kita kena buat sesuatu la. Aku takut dia buat yang lagi melampau lepas ni." Wonwoo bersuara. Yang lain mengangguk tanda setuju.

"Tapi kita nak buat apa?" Soal Mingyu. Yang lain ligat berfikir apa yang patut dilakukan.

"Aku ada cadangan..." Yoona memberitahu ideanya. Berjam mereka habiskan masa dikantin sampai lupa untuk masuk ke kelas.

                    *************

Mingyu melangkah keluar dari sekolah tiba-tiba..

"Mingyuuu!" Jerit seseorang lalu menarik Mingyu.

"Yoona?" Yoona menarik Mingyu dan mereka terjatuh. Sebuah kereta meluncur laju ke arah Mingyu.

"Kau...kau okey?" Soal Yoona. Dari jauh dia ternampak sebuah kereta memecut laju kearah Mingyu. Nasib dia sempat menarik Mingyu. Kalau tidak, hospital la jawabnya. Tidak lama kemudian Wonwoo, Ilwoo dan Jihyo muncul.

"Kenapa? Apa dah jadi?" Soal Jihyo melihat Mingyu dan Yoona terjatuh di jalan. Yoona dan Mingyu bangun dan cuba untuk bertenang.

"Yoona selamatkan aku dari kena langgar kereta." Terang Mingyu.

"Hah!" Jerit mereka bertiga serentak.

"Kau nampak tak siapa pemandu tu?" Soal Wonwoo. Yoona dan Mingyu menggeleng tidak tahu.

"Dah, jom kita duduk dulu. Biar korang bertenang dulu." Ajak Ilwoo.  Mereka duduk untuk menenangkan diri. Akhirnya seorang demi seorang menceritakan apa yang terjadi pada mereke.

"Kau rasa apa yang terjadi dekat kita semua ni ada kena mengena tak?" Soal Mingyu.

"Aku rasa apa yang terjadi ni ada kaitan la." Ujar Yoona.

"Tapi siapa yang nak buat ni semua dekat kita." Soal Jihyo. Ilwoo diam berfikir sejenak.

"Aku rasa aku tahu siapa." Ilwoo bersuara selepas diam seketika.

"Siapa?!" Soal mereka serentak.

"Irene." Tebak Ilwoo.

"Tapi kita tak ada bukti. Walaupun aku pun yakin dia yang buat semua ni." Ujar Mingyu.

"Kita kena kumpulkan bukti. Korang ingat tak idea yang Yoona cadang tu? Aku rasa kita boleh kumpul bukti dengan idea tu." Ujar Wonwoo. Yang lain mengangguk tanda setuju.

Tbc.

Painful LoveWhere stories live. Discover now