Chapter 14

57 14 4
                                    

Jihyo memasuki bilik muzik yang tidak digunakan lagi.

"Irene?" Panggil Jihyo. Matanya melilau di sekitar bilik itu.

"Irene?" Panggil Jihyo sekali lagi bila nama yang diseru tidak muncul.

"Kau nak jumpa aku buat apa? Tak cukup lagi kena penampar? Nak rasa lagi?" Soal Irene yang tiba-tiba muncul. Jihyo pantas berpaling ke arah belakang. Dia melangkah setapak ke belakang. Irene tersenyum sinis.

"Rilekslah. Takkan kau takut dengan aku?" Gertak Irene. Dia duduk dibirai meja.

"Cepat! Jangan buang masa aku! Kau nak apa?" Jerit Irene. Terkejut Jihyo mendengar jeritan Irene.

"Kau kan.. Kau kan yang buat semua ni?" Soal Jihyo. Sekali lagi Irene tersenyum sinis.

"Buat apa?" Soal Irene buat-buat tidak tahu.

"Kau kan yang basahkan locker Wonwoo, kau jugak yang letak patung dalam laci meja Yoona." Tebak Jihyo. Geram betul bila Irene buat-buat tidak tahu. Irene ketawa sinis.

"Kau ada bukti ke?" Soal Irene.

"Hei jangan buat-buat tak tahulah! Selama ni kau je yang tak puas hati dengan kitorang. Kau je yang dendam dengan kitorang!" Marah Jihyo. Geram betul bila di ingat balik apa yang dah terjadi pada mereka.

Irene menepuk-nepuk tangannya lalu ketawa sinis. "Bijak betul korang kan? Boleh teka. Eh tapi satu kau tertinggal. Kalau kau nak tahu aku yang upah orang untuk langgar Mingyu. Tapi si Yoona bodoh tu boleh pulak muncul. Kalau tak dah mati si bodoh tu. Bongkar Irene. Jihyo terkedu. Tidak dia sangka Irene sanggup bertindak sejauh itu.

"Kenapa? Kenapa kau sanggup bertindak sejauh ni? Kau tau tak apa yang kau buat tu salah? Kau dah gila ke hah!" Jerit Jihyo. Kali ini dia betul-betul geram.

"Ya! Memang aku dah gila! Semuanya sebab kau! Kau rampas Ilwoo dari aku." Irene bagaikan orang gila yang mengamuk.

"Tak ada siapa yang rampas siapa la. Kau tak boleh paksalah orang untuk saya kau." Jihyo cuba untuk bertenang.

"Tak! Tak! Ilwoo milik aku!" Jihyo melihat Irene yang bagaikan histeria. Irene menerpa ke arah Jihyo lalu mengcekiknya.

"Irene!" Jerit Ilwoo. Dari awal lagi dia bersembunyi di dalam bilik itu dan mendengar semua perbualan diantara Jihyo dan Irene.

Ilwoo bergegas meleraikan Irene dari Jihyo.

"Apa yang kau dah buat ni? Kau nak jadi pembunuh ke?" Geram Ilwoo. Tidak menyangka sejauh itu Irene sanggup bertindak sedemikian.

"Ya! Aku nak bunuh perempuan ni!" Semakin lama Irene bertindak semakin ganas. Dia mengeluarkan pisau lipat dari poket bajunya. Lalu dia berlari kearah Jihyo. Ilwoo pantas melindungi Jihyo. Pisau itu tertoreh di lengan Ilwoo. Darah mengalir keluar dari lengan Ilwoo. Irene tidak menyangka pisau itu akan terkena Ilwoo.

"Ilwoo, lengan awak, berdarah." Ujar Jihyo panik.

"Kenapa Irene? Kenapa? Saya dah anggap awak macam kawan saya tapi kenapa awak sanggup buat macam ni? Sampai sanggup bahayakan nyawa orang lain?" Soal Ilwoo. Jihyo cuba menghentikan pendarahan di lengan Ilwoo dengan menekup sapu tangannya. Sungguh dia terkejut.

"Kau tak akan terlepas Irene." Ujar Jihyo. Irene tiba-tiba ketawa bagaikan orang gila.

"Tak akan terlepas? Apa bukti yang kau ada? Setakat pisau ni?" Soal Irene lalu mencampak pisau itu keluar dari tingkap.

"Kau ingat kitorang bodoh macam kau ke?" Soal Jihyo lalu menunjukkan sebuah video perbualan diantara dia dengan Jihyo.

"Kau!" Jerit Irene lalu menerpa ke arah Jihyo.

"Irene!!!"

Tbc. .

Painful LoveWhere stories live. Discover now