Chapter 11

58 14 5
                                    

"Oo macamtu cerita dia tapi tak sangka kan sampai macamtu sekali dia obses dengan kau." Ujar Mingyu setelah Ilwoo menceritakan semuanya.

"Aku pun tak sangka. Kau tau tak betapa kecewanya aku bila kena tipu hidup-hidup." Luah Ilwoo.

"Habistu Irene macam mana sekarang?" Soal Yoona.

"Entahlah. Hari-hari dia mesej aku. Call aku tapi aku tak angkat. Aku tak sangka sampai macam tu sekali.  Serabut jugak aku." Rungut Ilwoo.

"Tapi aku risaulah. Macam mana kalau dia apa-apakan kau?" Soal Jihyo.

"Kau jangan risau, aku ni lelaki, black belt taekwondo." Sempat lagi berlagak.

"Ceh berlagak kau kan, tapi kitorang happy tau akhirnya kau kembali juga pada kitorang." Jihyo berdrama. Yang lain hanya ketawa.

"tapi aku nak mintak Yoona dengan Jihyo kalau boleh korang hati-hatilah dengan Si Irene tu. Kalau boleh korang elakkan jumpa dengan Irene tu. Aku risau diorang apa-apakan korang." Pesan Ilwoo.

"Yoona dengan Jihyo je? Habistu aku dengan Wonwoo macam mana? Korang tak risau ke? Macam mana kalau aku diapa-apakan?" Kali ni Mingyu pula berdrama. Gaya mengalahkan perempuan.

"Eh, mengada la kau ni. Kau tu jantan tau. Perangai tu." Ujar Yoona tapi dibalas jelingan oleh Mingyu. Mereka ketawa melihat keletah mereka berdua. 

Tanpa mereka sedari ada yang memerhati mereka semua.

"Korang gelaklah puas-puas. Lepas ni aku akan pastikan korang semua meraung!"

           *********************

Selesai menggunakan tandas, jihyo mencuci tangannya. Tiba-tiba ada seseorang yang menegurnya.

"Hai Jihyo." Tegur orang itu.

"Irene, hai." Sapa Jihyo nak layan tak nak layan je. Jihyo mencapai tisu lalu bergegas mahu keluar dari tandas itu namun disekat oleh Irene.

"Kau nak apa?" Soal Jihyo geram bila dia disekat.

"Puas hati kau? Ilwoo dah benci aku. Itu yang kau nak kan?" Soal Irene. Matanya penuh dengan kebencian.

"Hal kau dengan Ilwoo tak ada kena mengenalah dengan aku. Ilwoo benci kau pun sebab sikap kaulah." Serang Jihyo balik.

Irene senyum sinis. Setapak dia kehadapan. Dua tapak Jihyo kebelakang hingga belakangnya terlanggar dinding. Terperangkap dia dipenjuru.

"Kau nak apa sebenarnya ni?" Soal Jihyo. Dia mula rasa tidak sedap hati. Teringat akan amaran Ilwoo supaya dia tidak bertemu dengan Irene.

"Tenang. Kenapa kau takut sangat dengan aku ni?" Ujar Irene sambil mengusap lembut pipi Jihyo namun pantas dia tepis.

"Kau ni dah kenapa? Gila ke?" Ujar Jihyo sambil cuba menolak Irene untuk keluar dari situ tapi ditolak balik Irene.

"Ya! Aku memang dah gila. Semuanya sebab kau! Ilwoo tinggalkan aku sebab kau!" Jerit Irene.

"Aku dah cakapkan, itu semua sebab diri kau sendiri. Rumah kau takde cermin ke? Cerminlah diri kau tu!" Geram Jihyo dengan Irene.

"Kurang ajar!" Jerit Irene lalu mengangkat tangannya untuk menampar Jihyo.

"Kau buat apa ni?!" Belum sempat Irene berbuat demikian Yoona menjerit membuatkan Irene terkejut. "Aku tak habis lagi dengan kau!" Dengus Irene lalu keluar dari tandas itu. Yoona pantas menuju kearaha Jihyo yang masih terkejut

"Kau okey?" Soal Yoona. Nasib dia masuk ketandas untuk mencari Jihyo. Kalau takde Yoona mesti dah berbirat pipi Jihyo kena pelempang.

"Aku okey." Ujar Jihyo sambil mengurut dadanya. Terkejut lagi dengan kejadian tadi.

"Eh minah ni dah melampau lah. Kita kena report dekat cikgu ni!" Cadang Yoona. Namun dihalang oleh Jihyo. Masih terlalu awal untuk mereka membuat laporan. Lagipun mereka takde bukti yang kukuh.

"Jom kita keluar dari sini dulu." Ujar Jihyo lalu menarik tangan Yoona.

Tbc.

Painful LoveWhere stories live. Discover now