"Yah Song Ji Hyo! Cepatlah! Dah lewat ni! Aku dah pesan suruh tidur awal kan? Kau ni lah. Cepatlah!" Jerit Ilwoo. Jihyo dan Ilwoo berjiran. Mereka sudah berkawan dari kecil lagi. Setiap hari diorang akan pergi sekolah sama-sama. Walaupun selalu bergaduh diorang sangat ambik berat antara satu sama lain.
"Ish kau ni, sabarlah! Aku dah bangun awal lah. Aku sakit perut lah tadi. Tak sabar lah kau ni." Omel Jihyo sambil memakai kasut.
"Kau kalau kita kena denda siap kau." Ugut Ilwoo
"Eleh, kena denda je pun. Tu pun takut." Cabar Jihyo. Ilwoo menjeling tajam Jihyo. Ada je yang diorang gaduhkan.
*******************************
""Fuh, nasib sempat sampai." Jihyo menarik nafas. Letih betul mereka pecut.
"Yah Song ji Hyo! Kau, sampai hati kau tinggalkan aku." Marah Ilwoo. Termengah-mengah dia berlari kejar Jihyo.
"Korang apsal lambat?" Soal Wonwoo, kawan sekelas mereka.
"Ni la, Ji Hyo ni, bangun lambat. Nasib tak kena denda." Balas Ilwoo. Jihyo menjelirkan lidah kepada Ilwoo. Ada saja benda yang diorang nak gaduhkan. Kalau satu hari tak gaduh tak sah.
*Rehat
"Yah Jihyo, jomlah pergi makan. Diorang dah tunggu tu." Ajak Ilwoo bila melihat Jihyo masih duduk dimejanya.
"Kau pergi jelah. Aku bawak roti ni. Aku makan roti je." Ujar Jihyo. Ilwoo duduk didepan Jihyo. Wajah Jihyo dipandang.
"Appa kau pukul kau lagi kan?" Tebak Ilwoo. Jihyo terkejut.
"Tak payah terkejut sangat. Kau sorok macam mana sekali pun aku tahu la. Tu tangan kau tu lebam, appa kau pukul kan?" Jihyo hanya diam. Mereka sudah kenal lama. Membesar sama-sama. Jihyo adalah jirannya. Sejak omma Jihyo sudah tiada Jihyo tinggal berdua dengan appanya. Appanya selalu mabuk dan setiap kali dia mabuk Jihyo la akan menjadi mangsa. Ada satu kali sampai masuk hospital Jihyo dipukul appanya. Setiap kali dia bergaduh dengan appanya, Jihyo akan kerumah Ilwoo. Keluarga Ilwoo sudah menganggap Jihyo seperti anak mereka. Kadang-kadang Jihyo berasa malu kerana selalu susahkan mereka.
"Kau termenung apa tu?" Soal Ilwoo bila melihat Jihyo termenung panjang.
"Takda apa la. Kau pergilah makan." Ujar Jihyo.
"Aku makan dengan kau dekat sini." Ujar Ilwoo. Jihyo hanya senyum tipis. Walaupun mereka selalu bergaduh mereka selalu ambil berat antara satu sama lain.
Habis je sekolah mereka akan balik sama-sama. Itulah rutin mereka setiap hari. Sejak Ilwoo pindah sebelah rumah Jihyo, hubungan mereka makin rapat. Selalu main sama-sama. Ambil berat antara satu sama lain. Pergi sekolah pun samsama-sama. Walaupun mereka membesar sama-sama tapi kehidupan Jihyo dan Ilwoo sangat berbeza. Walaupun mereka berdua anak tunggal tapi Ilwoo memiliki omma dan appa yang sangat sayang dengannya. Berbeza dengan Jihyo. Ommanya meninggal saat Jihyo dilahirkan. Membuatkan appanya menyalahkannya atad kehilangan isterinya. Sebab itulah Jihyo selalu menjadi mangsa pukul appanya setiap kali appanya mabuk. Jihyo cuba untuk bertahan. Walaupun selalu dipukul tapi dia sayangkan appanya. Itulah satu-satunya keluarga yang dia ada.
"Weh Jihyo, esok kan cuti. Jom jalan-jalan. Ajak Wonwoo, Mingyu dengan yoona sekali. Nak?" Ajak Ilwoo. Wonwoo, Mingyu dan Yoona adalah kawan baik mereka.
"Nantilah aku tanya appa aku dulu." Ujar Jihyo. Walaupun dia tahu appanya tak pernah ambil kisah kemana Jihyo pergi tapi Jihyo selalu minta izin dengan appanya.
"Kalau kau dah cakap macam tu, takpelah. Nanti kau mesej ea. Aku masuk dulu." Ujar Ilwoo lalu beredar. Jihyo masuk kedalam rumahnya. Appanya masih belum pulang. Jihyo masuk kedalam biliknya dan membersihkan dirinya. Selepas itu dia ke ruang tamu. Sementara menunggu appanya pulang dia menonton televisyen. Tidak lama selepas itu appanya pulang.
"Appa, dah balik? Appa nak minum?" Soal Jihyo namun tidak diendahkan sebaliknya appanya mengambil sendiri minumannya.
"Appa, esok Hyo nak keluar boleh?" Jihyo meminta izin appanya.
"Kau nak keluar, keluar jelah! Tak payah nak bagitahu aku! Semaklah!" Tengking appanya. Lalu masuk kebilik. Pintu dihempas kuat. Beberapa minit kemudian appanya keluar.
"Appa, appa nak pergi mana? Appa kan baru balik kerja." Soal Jihyo. Appanya menolak Jihyo hingga Jihyo terjatuh. "Kau jangan nak sibuk boleh tak!? Suka hati akulah nak pergi mana pun!" Sekali lagi Jihyo ditengking. Sebaik saja appanya keluar dari rumah itu airmata Jihyo deras mengalir. Benci sangatkah appanya dengan dia. Tidak lama kemudian loceng rumah Jihyo berbunyi. Pantas airmatanya disapu dan pintu di buka. Muncul Ilwoo didepan rumahnya.
"Jihyo, kau menangis ke? Kau okey tak ni?
Tbc
Terima kasih!
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...