Nama aku Yoona. Seorang gadis biasa. Kawan baik aku Song Ji Hyo. Macam-macam dia lalui dalam hidup dia. Setelah bermacam dugaan yang dia lalui akhirnya semuanya telah berakhir dan dia kini bahagia dengan lelaki yang dia cintai, Ilwoo. Kisah aku? Ini kisah aku.
******
"Jihyo yah! Palli!" Panggil Yoona. Jihyo bergegas mengunci pintu.
"Cepatlah, kau ni selalu lambat tau. Diorang dah tunggu kat sana tau." Ujar Yoona. Jihyo membetulkan bajunya yang selekeh.
"Ya, ish kau ni pun, sabarlah. Tak lari pun panggung wayang tu. Ke kau rindukan Wonwoo." Usik Jihyo. Yoona menjegilkan matanya. Jihyo ketawa kecil. Ya. Dia memang sudah lama menyimpan hati pada Wonwoo. Tapi dia takut untuk meluahkan perasaannya kerana takut ditolak. Lagipun dia pernah bertanya pada Wonwoo ciri-ciri wanita idaman Wonwoo, jauh betul dengan dia.
"Kau ni, perlahan la sikit. Nanti orang dengarlah." Pesan Yoona.
"Ala, biarlah orang dengar. Kalau Wonwoo dengar lagi baik. Nak tunggu kau beritahu dia susah sangat. " Usik Jihyo. Yoona mengeluh.
"Aku bukan tak nak luah tau tapi kau tahu tak ciri-ciri wanita idaman dia tu jauh betul dengan aku tau. Jadi biarlah. Aku kawan dengan dia pun aku dah suka tau. Dekat dengan dia, keluar tengok wayang dengan dia walaupun korang ada sekali pun aku tak kisah tau. Aku tak nak bila aku luahkan, dia tak terima, lepastu persahabatan yang ada ni jadi kekok. Jadi aku selesa dengan keadaan sekarang ni." Terang Yoona. Jihyo mengangguk faham.
"Takpelah, kau buatlah apa yang kau rasa baik untuk diri kau. Aku akan sentiasa ada di depan, kiri, kanan, belakang, atas, bawah kau tau." Ujar Jihyo. Yoona senyum lebar. "Thank you! Aku sayang kau." Ucap Yoona.
"Dah, jom. Lambat dah ni." Ujar Yoona lalu menarik tangan Jihyo.
***
Panggung wayang
"Ala, lambat betul diorang ni. Memang semua perempuan lambat ke?" Ujar Mingyu geram. Padahal dia pun baru sampai.
"Cuba kau duduk diam-diam. Kau tu pun baru sampai tau. Mengada je."Sembur Ilwoo. Mingyu tersengih malu. Wonwoo tenang menunggu. Sesekali matanya melirik kiri kanan mencari Yoona dan Jihyo.
"Haa tu diorang dah sampai." Tunjuk Ilwoo kearah Yoona dan Jihyo yang berlari kearah mereka.
"Sorry korang, ni Jihyo ni haa, lambat tunggu dia." Ujar Yoona sambil menarik nafas. Penat betul dia berlari. Wonwoo menghulurkan sapu tangannya kepada Yoona. Yoona teragak-agak mahu mengambilnya. Melihatkan Yoona yang teragak-agak mahu mengambilnya, Wonwoo mengesat peluh di dahi Yoona. Sungguh kencang jantungnya berdegup.
"Ehem, ehem." Ilwoo berdehem. Wonwoo terus memberikan sapu tangannya kepada Yoona. "Terima.. Kasih.." Ucap Yoona.
"Merah betul muka kau." Bisik Jihyo. Yoona mengipas-ngipas mukanya yang terasa panas.
Mereka semua masuk ke panggung wayang. Setelah dua jam akhirnya mereka selesai menonton wayang.
Mingyu melompat-lompat keluar dari panggung wayang. Seronok betul dia. Yoona menepuk dahi. Ada je hal budak ni.
"Yah Kim Mingyu! Terencat ke?! Malu lah orang tengok!" Jerit Yoona. Jihyo dan Ilwoo ketawa.
"Yoona.." Tegur seorang namja. Yoona terkejut melihat lelaki itu yang tiba-tiba muncul.
"Joshua..." Lelaki itu senyum bila Yoona memanggil namanya.
"Korang jom kita pergi." Ujar Yoona sambil menarik tangan Jihyo. Jihyo menarik tangan Ilwoo, Ilwoo menarik tangan mingyu dan mingyu menarik tangan Wonwoo. Berbaris panjang dah macam keretapi. Semua memandang pelik mereka.
"Yoona. Yoona. Sekejap." Joshua menahan Yoona dari pada pergi. Serentak itu semua berhenti.
"Kau nak apa?" Soal Yoona. Walaupun perlahan namun marah nadanya. Joshua senyum.
"Rileksla. Kenapa awak marah sangat ni?" Soal Joshua sambil mencuit dagu Yoona. Pantas Yoona menepis tangan Joshua.
"Yoona, siapa dia ni?" Soal Mingyu. Yoona mengangkat bahu tanda tidak tahu. Joshua tersenyum sinis.
"Hai. Aku EX BOYFRIEND Yoona." Sengaja ditekankan perkataan tu.
"Oh, ex boyfriend je pun. Ingatkan suami. Berlagak betul." Mingyu cakap lepas membuatkan Joshua bengang. Dia terus mencekak baju Mingyu tanda tidak puas hati. Yoona segera meleraikan mereka.
"Hei Joshua! Awak ni kenapa? Awal nak apa sebenarnya?!" Marah Yoona. Sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi.
"Fine, sorry. Saya nak jumpa awak. Saya ada benda nak cakap dengan awak." Rayu Joshua. Yoona tersenyum sinis.
"Aku dah tak ada benda nak cakap dengan kau." Ujar Yoona. Joshua menggenggam tangan Yoona kuat. Yoona cuba untuk meleraikannya tiba-tiba Wonwoo menolak Joshua.
"Kau apahal?!" Soal Joshua tidak puas hati. Wonwoo tidak menghiraukan Joshua lalu menarik tangan Yoona untuk beredar dari situ. Tidak puas hati Joshua menolak Wonwoo hingga terjatuh.
"Kau nak apa ha! Jangan melampau boleh tak?!" Jerit Yoona. Ilwoo dan Mingyu membantu Wonwoo untuk bangun.
Joshua terus menarik tangan Yoona tanpa menghiraukan orang lain.
"Lepaslah Joshua!" Ronta Yoona.
Dush!
Satu tumbukan hinggap dipipi Joshua. Terus jatuh tersungkur.
"Sekali lagi kau kacau Yoona, tahulah nasib kau." Wonwoo memberi amaran.
"Kau siapa nak halang Yoona dari jumpa aku?! Kau tak de haklah!" Jerit Joshua sambil memegang pipinya yang sakit.
"Aku teman lelaki Yoona dan aku rasa aku ada hak untuk halang Yoona dari berjumpa namja penyangak macam kau." Ujar Wonwoo.
"Tunggu apa lagi? Blah lah! Ke kau nak aku pulak tumbuk belah satu lagi tu?!" Ugut Mingyu pula. Joshua terus lari situ.
"Kau okey?" soal Wonwoo. Dia memegang lembut tangan Yoona sambil melihat kot kot ada kecederaan.
"Aku..aku okey." Ujar Yoona tergagap-gagap.
"Lepas ni kalau dia kacau kau lagi bagitahu aku tau." Pesan Wonwoo. Tangannya masih lagi memegang tangan Yoona.
'Sekarang aku tak okey. Haish lembutnya tangan Wonwoo. Aduh jantung aku ni. Pelan la sikit, nanti dia dengarlah!' Monolog hati Yoona.
"Ehem ehem." Jihyo berdehem.
"Dari mata jatuh ke hati ke?" Usik Jihyo. Yoona terus melepaskan tangan Wonwoo lalu menarik Jihyo pergi dari situ. Merah padam mukanya. Jihyo hanya gelak melihat Yoona yang kelam-kabut menahan malu.
Ilwoo memandang Wonwoo.
"Apa?" Soal Wonwoo.
"Kau suka Yoona kan?" Wonwoo tidak menjawab soalan itu lalu beredar dari situ. Ilwoo tersenyum penuh makna.
"Hoi! Habis tu aku macam mana?" Jerit Mingyu lalu berlari kearah mereka.
Tbc....
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...