"Bosannya Jihyo takde." Ujar Mingu sambil menongkat dagu. Yoona mengeluh. Dia juga bosan kawan baiknya tiada. "Jom balik nanti kita melawat dia nak?" Cadang Wonwoo.
"NAK!"
Mereka semua menjawab serentak.
Ilwoo merenung ke luar tingkap. Kebiasaanya Jihyo yang ada dengan dia. Gaduh sama-sama. Bergurau sama-sama. Bila Jihyo tak ada terasa kekosongan dalam hidupnya. Yoona yang perasan Ilwoo asyik termenung menegurnya. "Rilekla Ilwoo. Nanti kita pergilah lawat dia dekat hospital." Bagai mengerti perasaan Ilwoo. Ilwoo mengeluh berat."Bosan la Jihyo tak ada." Akhirnya Ilwoo melepaskan apa yang terbuku di hatinya. "Habistu kenapa masa dia ada kau asyik gaduh?" Soal Mingyu. Wonwoo pantas menyiku Mingyu.
Tak lama kemudian cikgu mereka pun datang.
"Okey semua. Duduk tempat masing-masing. Hari ni kita ada pelajar baru." Ujar Miss Lee. Kemudian ada seorang pelajar perempuan masuk ke kelas mereka. Ilwoo terkejut melihat pelajar baru itu.
"Hai nama saya Irene." Dia perkenalkan dirinya.
"Baik awak boleh duduk dekat belakang. Tepi Ilwoo." Irene mengangguk lalu menuju ke tempat duduknya. Ilwoo memandang tempat ke arah Irene. Seseorang yang sangat dia kenal.
"Ilwoo.." Irene menegur Ilwoo. Ilwoo tidak banyak bunyi lalu menarik kerusi menyuruh Irene untuk duduk.
Wonwoo, Mingyu dan Yoona dari tadi tidak berhenti melihat mereka berdua. Sesuatu sangat.
******************
Hospital
Wonwoo, Mingyu dan Yoona melawat Jihyo sebaik habis sekolah. Jihyo tersenyum lebar melihat kawannya datang melawat. Sesungguhnya dia tersangat bosan seharian duduk di hospital tiada kawan.
"Hai Jihyo! Kitorang datang melawat ni!" Jerit Mingyu sebaik masuk kedalam bilik itu. Yoona mengetuk kepala Mingyu. "Ish kau ni, perlahan la sikit suara tu. Hospital ni." Tegur Yoona. Mingyu mencebik bibir. "Ni, kitorang bawak buah dengan makanan kegemaran kau, coklat." Ujar Yoona sambil meletakkan makanan diatas meja.
"Gomawo. Korang datang. Aku bosan sangat tau duduk hospital ni. Eh mana Ilwoo? Dia tak datang sekali ke?" Soal Jihyo. Sedikit hampa bila Ilwoo tiada bersama mereka.
"Hah pasal Ilwoo ni, kau nak tau tak hari ni ada pelajar baru tau dalam kelas kita. Nama dia Irene. Cantik lah jugak tapi nampak macam sombong sikit." Cerita Mingyu.
"Jadi apa kena mengena dia dengan soalan aku tadi?" Soal Jihyo. "Ilwoo dengan Irene tu rupa-rupanya kenal antara satu sama lain. Sesuatu sangat. Tu yang dia tak ikut kitorang. Dia cakap dia nak tunjukkan kawasan sekolah tu dekat Irene." Terang Mingyu. Jihyo mengangguk tanda faham.
'Kenapa Ilwoo tak pernah cerita dia ada kawan nama Irene? Sebelum ni dia cerita je pasal semua kawan-kawan dia. Aku pun kawan jugak dengan semua kawan dia. Tapi tak ada pula nama Irene.' Jihyo bermonolog sendiri.
"Eh Jihyo, kau menung apa tu?" Soal Wonwoo. Jihyo menggeleng-geleng kepalanya tanda tak ada apa-apa. "Eh ni kau bila boleh keluar hospital?" Soal Wonwoo.
"Em, doktor cakap lagi tiga hari aku dah boleh keluar. Tak sabarnya nak pergi sekolah. Aku dah bosan tau duduk hospital ni macam duduk penjara tau tak." Luah Jihyo.
"Kitorang pun bosan tau kau tak ada. Cepat tau datang sekolah." Luah Yoona. Jihyo senyum lalu mengangguk.
Tbc. ......
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...