Nama aku Wonwoo. Dulu aku tak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling aku tapi bila aku jumpa kawan-kawan baik aku, aku berubah. Hidup aku dah tak hidup dalam dunia aku yang bosan. Ini semua kerana kawan-kawa baik aku dan terutamanya, dia. Ini kisah aku.
***
Pagi-pagi lagi Yoona dan Mingyu sudah bergaduh. Bergaduh kerana perkara yang remeh.
"Korang ni, asyik gaduh je. Orang cakap kalau kita asyik gaduh dengan orang tu, dia jodoh kita tau." Usik Jihyo.
Wonwoo yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap dengarkan apa yang dikatakan Jihyo.
"Kau ni Jihyo, mengarutlah! Memang tak lah!" Ujar Yoona sambil duduk di tempat duduknya untuk menenangkan diri. Jihyo yang perasan dengan perubahan Wonwoo mengambil tempat duduk di depan Wonwoo. Sebenarnya dia saja je cakap macam tu sebab nak tengok reaksi Wonwoo. Jihyo tahu Wonwoo juga punya perasaan yang sama terhadap Yoona.
Jihyo mengetuk meja Wonwoo. Wonwoo berpaling ke arah Jihyo. Jihyo tersenyum.
"Wae?" Soal Wonwoo.
"Kau suka dia kan?" Tebak Jihyo. Wonwoo terus menekup mulut Jihyo.
"Ish kau ni, perlahan la sikit. Kalau dia dengar macam mana?" Bisik Wonwoo geram.
"Eh aku tak faham la korang ni, kalau dah suka sama suka kenapa tak terus terang je? Kenapa nak kena pendam? Kenapa nak kena sakitkan hati tu?" Soal Jihyo tidak faham dengan tindakkan mereka. Kalau dah suka tu bagitahu jelah.
"Kejap, kau cakap apa? Suka sama suka?" Soal Wonwoo. Jihyo menutup mulutnya. Tahu dia sudah terlepas cakap.
"Oops, eh aku pergi dulu, Ilwoo dah panggil, bye!" Ujar Jihyo lalu melarikan diri.
"YAH SONG JI HYO!" Jerit Wonwoo memanggil Jihyo.
"Yoona suka aku?" Wonwoo ligat berfikir. Macam-macam bermain difikirannya.
***
Wonwoo menguis-nguis nasi di pinggannya. Ilwoo yang sedari tadi memerhati mulai geram. Dia mengambil Pinggan Wonwoo namun tidak diendahkan Wonwoo. Geram dengan Wonwoo dia terus mengetuk kepala Wonwoo.
"Aduh, sakitlah! Kau ni kenapa?" Soal Wonwoo sambil menggosok kepalanya yang sakit.
"Haa padan muka kau. Yang kau mengelamun je ni kenapa? Geram betul aku." Ujar Ilwoo.
"Takde apalah." Jawab Wonwoo malas sambil menghirup minumannya.
"Kau ni, kalau dah suka tu bagitahu jelah. Nanti melepas baru tahu." Usik Ilwoo. Tersembur air yang dihirupnya.
"Apa kau cakap ni?" Soal Wonwoo buat-buat tidak faham.
"Jihyo dah bagitahu aku semuanya." Terus-terang Ilwoo.
"Ish Jihyo ni, tak boleh simpan rahsia langsung la." Dengus Wonwoo.
"Kau rasa patut ke aku terus terang?" Soal Wonwoo.
"Kalau dua-dua diam, dua-dua tak nak luahkan apa isi hati masing-masing tak menjadi tau." Nasihat Ilwoo. Wonwoo mengeluh berat.
***
"Yoona, meh duduk sini kejap." Panggil Wonwoo lalu menepuk kerusi disebelahnya. Yoona mnegangkat kening tanda tanya.
"Duduk la kejap." Panggil Wonwoo lagi. Yoona melabuhkan punggungnya di sebelah Wonwoo.
"Ada apa?" Soal Yoona. Jantungnya berdegup kencang. Duduk sebelah menyebelah pun dah berdebar-debar.
"Joshua ada kacau kau lagi?" Soal Wonwoo. Yoona menggeleng kepalanya. Wonwoo mengangguk faham. Keadaan senyap sepi. Yoona bangun dari duduknya ingin berlalu pergi namun Wonwoo pantas menarik tangan Yoona.
"Mian." Ujar Wonwoo bila dia bertindak luar kawal. Yoona duduk semula.
"Yoona..." Wonwoo cuba menyusun ayat. Susah betul dia ingin mencari ayat yang betul.
"Kau nak cakap apa ni?" Soal Yoona geram. Wonwoo masih lagi teragak-agak.
"Dahla kau ni, buang masa aku betul." Ujar Yoona lalu bangun. Namun belum sempat dia ingin pergi Wonwoo menarik Yoona berpusing menghadapnya.
"Yoona, aku dah fikir sebelum ni dan aku tak dapat nak tipu hati aku lagi..." Ucap Wonwoo dengan nada yang serius.
"Kau kenapa ni? Serius je tiba-tiba?" Soal Yoona hairan.
"Aku suka kau!" Luah wonwoo membuatkan Yoona tergamam.
"Aku tahu kau tak kan percayakan aku tapi.. Tapi aku nak kau tahu yang.. Aku.. Aku dah lama sukakan kau.. Sejak kali pertama Jihyo kenalkan kau.. Aku dah jatuh hati dekat kau.. Kau tak sama dengan perempuan yang pernah dekat dengan aku...kau lain... Bila aku dengan kau.. Aku jadi diri aku sendiri... Kau yang buat aku sedar tu semua..." Luah Wonwoo. Kata-kata Wonwoo membuatkan Yoona tersenyum. Dia memegang erat tangan Wonwoo.
"Pabo, nado saranghae. Aku pun dah lama sukakan kau. Gomawo Wonwoo." Ucap Yoona. Mereka berdua tersenyum kemudian tergelak kerana merasakan situasi itu sangat kelakar buat mereka berdua.
Ilwoo, Jihyo dan Mingyu keluar dari tempat persembunyian mereka sambil menepuk tangan. Dari awal lagi mereka bersembunyi dan mendengar semuanya dan ini semua adalah idea Mingyu.
"Tahniah." Ucap Ilwoo.
"Yeay!" Sorak Jihyo sambil memeluk Yoona. Mingyu mengesat airmatanya. Terharu mungkin.
"Korang semua dah ada pasangan, aku jugak yang forever alone. Nak terjun bangunan la macam ni." Mingyu buat-buat mahu terjun dari bangunan itu namun yang lain hanya melihat. Tiada yang menghalang.
"Eh korang memang nak tengok aku terjun ke? Sampai hati korang tak halan aku." Mingyu buat-buat merajuk.
"Dahla, jangan nak mengada. Dah jom aku belanja kau aiskrim." Ujar Jihyo membuatkan mata Mingyu bersinar-sinar kembali.
"Aiskrim? Belanja?" Soal Mingyu sekali lagi. Jihyo mengangguk tanda ya. Mingyu meluru kearah Jihyo lalu memeluk lengan Jihyo lalu menarik Jihyo daripada Wonwoo. Tidak sabar mahu makan aiskrim.
"Yah! Tu yeojachingu aku lah!" Jerit Ilwoo buat-buat marah tapi dia tak marah pun dan dia tak cemburu pun sebab namja tu Mingyu. Kalau orang lain memang dia marah. Mahu mengamuk dia. Yoona dan Wonwoo hanya ketawa.
End.
*****
Tiada yang lebih sakit dari sebuah kehilangan. Kehilangan cinta, cinta pada keluarga, kawan, pasangan. Hargailah sesebuah hubungan itu sebelum terlambat.
***
Belum habis lagi tau. Ada satu lagi special chapter untuk Mingyu. Tunggu tau!
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...