"Dah lama kan kita tak keluar berdua macam ni?" Soal Ilwoo. Mereka berjalan di tepi sungai Han. Baik Jihyo mahupun Ilwoo sangat suka dengan pemandangan di Sungai Han. Sangat menenangkan.
"Yela kan, biasa kalau keluar mesti dengan diorang." Ujar Jihyo sambil menyuapkan tteokbokki ke mulutnya. Mereka duduk menghadap sungai.
"Oh ya! Kenapa kau ajak aku keluar? Macam ada hal penting je." Soal Jihyo hairan.
"Jihyo, sebenarnya kan.. Betul ke.. Erm.." Ilwoo tidak dapat mengeluarkan ayat yang betul. Jihyo gelak kecil.
"Kau ni pahal? Tanya betul-betul boleh tak?" Soal Jihyo geram membuatkan Ilwoo mengeluh kecil.
"Jihyo, betul ke kau suka aku?" Soal Ilwoo terus terang membuatkan Jihyo terdiam.
"Mingyu bagitahu aku." Ujar Ilwoo.
'Ish tak guna betul Mingyu ni. Macam mana dia tahu? Takkam Yoona bagitahu pulak.' Omel Jihyo. "Kau cakap apa? Aku tak dengarlah." Soal Ilwoo bila tidak mendengar apa yang dikatakn Jihyo. Jihyo mengeluh berat.
"Aku.. Aku minta maaf. Ya, aku memang suka kau. Dari dulu lagi." Terang Jihyo.
Ilwoo tergelak kecil melihat reaksi Jihyo. Comel sangat.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku dulu?" Soal Ilwoo.
"Aku dah pernah nak bagitahu kau dulu tapi terhalang. Tapi anggap jela luahan aku tu tak penting." Mendengarkan jihyo membuatkan Ilwoo tergelak lagi yang membuatkan Jihyo geram.
"Kau ni kenapa? Gelak je dari tadi?" Soal Jihyo geram.
"Tak, kau comel sangat. Gelabah macam ni." Kata-kata yang membuatkan Jihyo terasa malu. Merah padam mukanya. Terus dia bangun dan melarikan diri. Ilwoo mengejar Jihyo.
"Yah! Song Ji Hyo!" Jerit Ilwoo memanggil nama Jihyo. Jihyo menghentikan langkahnya.
"Kenapa kau lari." Soal Ilwoo. Jihyo memandang tepat kedalam mata Ilwoo.
"Ilwoo, aku tak mengharapkan kau akan balas balik perasaan aku. Aku tahu yang perasaan kita ni tak sama. Cuma aku harap, kita boleh kawan macam biasa. Lepak, ketawa macam biasa. Aku tak nak sebab perasaan aku ni, kau jauh dari aku." Luah Jihyo.
Ilwoo memegang bahu Jihyo.
"Aku pun sukakan kau." Luah Ilwoo. Jihyo ternganga.
"Aku cintakan kau." Luah Ilwoo sekali lagi bila tiada respon dari Jihyo.
"Tapi.. Tapi..." Jihyo tidak dapt meneruskan kata-katanya.
"Aku pun dah lama sukakan cuma aku tak pasti dengan perasaan aku. Sebab tu masa kau masuk hospital aku takut sangat. Aku takut aku akan kehilangan kau." Luah Ilwoo.
Kata-kata Ilwoo membuatkan Jihyo tersenyum.
"Terima kasih." Ucap Jihyo.
"Mine?" Soal Ilwoo.
"Yes!" Angguk Jihyo. Ilwoo terus menarik Jihyo ke pelukkannya.
"Love is true when it gives you the freedom to be the perfect reflection of your real self, doing exactly all you've ever wanted to be."
************"Hello Ilwoo! Kau dekat mana?" Sebaik Saja Ilwoo mengangkat panggilan terus Yoona memekik.
"Eh kau ni, perlahan la sikit suara kau tu. Pekak telinga aku."
"Jihyo dalam bahaya kau tau tak!"
"Apa maksud kau? Aku baru je hantar dia balik. Dah masuk dalam rumah dah pun."
"Appa Jihyo dah larikan diri. Dan aku rasa dia mesti cari Jihyo."
"Apa maksud kau? Macam mana boleh lepas?"
"Kereta polis yang bawak appa Jihyo Accident. Lepastu dia ambikla peluang tu larikan diri. Ni kitorang tengah on the way pergi rumah dia. Ilwoo? Ilwoo!"
Ilwoo terus mematikan panggilan telefon. Dia terus berlari menuju kerumah Jihyo.
****** ******* ******
"Appa..appa.. Kenapa.. Kenapa buat Jihyo macam ni?" Soal Jihyo. Tangannya diikat. Kepalanya masih lagi terasa sakit akibat dipukul. Sebaik saja dia masuk kerumah terus kepalanya dipukul. Terus pengsan. Appanya duduk menghadapa Jihyo. Membelek-belek pisau di tangannya.
"Appa.. Kenapa appa? Jihyo sayangkan appa.." Ucap Jihyo sambil cuba untuk melepaskan ikatan ditangannya.
Tiba-tiba appanya ketawa. Jihyo terkejut melihat keadaan appanya.
"Sebab kau.. Sebab kau orang yang aku sayang mati.. Yang patut mati tu kau!" Jerit appanya. Dia menghampiri Jihyo. Pisau yang tajam diletakkan dipipi Jihyo. Jihyo memejam rapat matanya.
"Appa.. Walaupun sejuta kali appa bencikan Jihyo, walaupun berkali-kali appa sakiti Jihyo tapi hati Jihyo tak pernah berubah, Jihyo tetap sayangkan appa. Satu-satunya appa Jihyo." Ucap Jihyo. Perlahan-lahan airmatanya mengalir. Hatinya tak pernah membenci. Tidak pernah putus dia mengharapkan supaya suatu hari nanti appanya berubah dan menerima dia.
"Diam!!!" Jerit appanya lalu menghalakan pisau kearah Jihyo untuk menikam Jihyo.
"Jihyo!" Jerit Ilwoo menerpa masuk kerumah.
"Ilwoo!"
Tbc...
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...