"Ilwoo, jom lepak petang ni." - Mingyu.
"Mian, aku dah janji dengan Irene nak keluar."
"Ilwoo, jom study sama-sama." Wonwoo
"Mian, aku dah janji dengan Irene nak ajar dia."
"Ilwoo.. " Yoona
"Mian, aku ada plan dengan Irene."
"Melampaulah si Irene tu. Susah betul nak lepak dengan si Ilwoo tu. Sikit-sikit Irene. Itu Irene. Ini Irene. Geram betul aku." Rungut Mingyu.
"Kan, pelik la dia tu sejak dua menjak ni. Aku tak sempat nak habiskan soalan, dia dah cakap dia dah ada plan dengan si Irene tu. Dia tak dengar habis pun soalan aku." Yoona pula mengadu. Jujur dia kecewa dengan sikap Ilwoo yang dia rasa sudah berubah sejak munculnya Irene tu.
"Samalah dengan aku. Aku ajak study pun, Irene jugak dia sebut. Takde nama lain dah keluar dari mulut dia tu." Adu Wonwoo pula.
Jihyo mengeluh. Dia juga merasakan semakin hari semakin jauh Ilwoo dengan mereka. "Korang rasa patut ke kita cakap semua ni dekat Ilwoo?" Soal Jihyo.
"Kita patut cakap dengan Irene la. Aku rasa si Irene tu la yang tak bagi Ilwoo campur dengan kita." Tebak Mingyu. "Kau ni, tak baik la tuduh macam tu." Yoona cuba berfikiran positif. "Ye la, cuba kau tengok. Ada ke dia datang sembang dengan kita? Kau tau tak, hari tu aku mintak tolong dia ambilkal buku aku yang terjatuh tu kau tau apa dia buat? Dia jeling aku tau. Nasib tak jatuh butir mata dia tu. Nak cucuk je mata dia tu."Luah Mingyu. Geram betul dia rasa.
"Takpe, biar aku yang cuba cakap dengan Irene." Jihyo menawarkan diri. Yang lain mengangguk tanda setuju.
*********
"Irene, boleh kita cakap sekejap?" Soal Jihyo. Irene menjeling Jihyo. "Uish, dia jeling, aku korek mata baru tahu." Mingyu di sebelah geram. Jihyo menahan Mingyu supaya bersabar. "Aku tunggu kau kat luar." Ujar Jihyo.
Tidak lama kemudian Irene pun keluar. Mingyu duduk jauh sikit daripada mereka. Tak dapat dia bersabar dengan perangai Irene.
"Kau nak cakap apa? Cepat sikit. Ilwoo dah tunggu aku." Ujar Irene.
"Kau kan tak bagi Ilwoo bercampur dengan kitorang?" Soal Jihyo. Irene ketawa sinis.
"Yes, aku yang tak bagi. Buat apa dia nak bercampur dengan orang low class macam kau." Ujar Irene. Jihyo menarik nafasnya menahan sabar.
"Eh, apa hak kau nak sekat dia dari berkawan dengan kitorang? Lagipun kitorang kenal dia dari kau dulu lah!" Perlahan namun tegas.
"Itu dulu, sekarang lain. Lagipun, Ilwoo tak bagi tahu kau ke?" Soal Irene.
"Bagitahu apa?" Soal Jihyo pelik. Irene tersenyum sinis.
"Aku dengan Ilwoo adalah pasangan kekasih. Jadi tolong, bagitahu kawan-kawan low class kau tu, jangan ganggu Ilwoo lagi." Ujar Irene lalu berlalu meninggalkan Jihyo.
Jihyo terkedu. Mereka bercinta? Tapi... Perlahan-lahan airmatanya mengalir. Mingyu menghampiri Jihyo yang keseorangan.
"Jihyo, kau okey?" Soal Mingyu. Jihyo diam lalu berlari meninggalkan Mingyu. Sungguh hatinya kecewa.
"Jihyo!!" Jerit Mingyu.
Tbc....
YOU ARE READING
Painful Love
FanfictionJihyo tinggal berdua dengan appanya. Dia selalu dipukul oleh appanya kerana dia menyalahkan Jihyo atas kematian isterinya semasa melahirkan Jihyo. Jihyo dan Ilwoo adalah kawan rapat dari mereka kecil. Dalam diam Jihyo ada perasaan pada Ilwoo. Namun...