Chapter 5

54 14 5
                                    

Habis sekolah mereka berlima duduk melepak di tepi sungai sambil makan kacang.

"Eh korang, nanti habis sekolah korang nak buat apa?" Soal Yoona sambil meneguk air.

"Buat apa lagi, goyang kaki, makan dan tidur la." Selamba Mingyu menjawab sambil menyuapkan kacang ke mulutnya. Yoona yang bengang terus mengetuk kepala Mingyu.

"Yah! Aku tanya betul-betul la! Eh tapikan, kalau kau mungkin betul kot, goyang kaki, habiskan beras mak bapak." Balas Yoona membuatkan Mingyu bengang. Yang lain hanya menggelengkan kepala. Sudah biasa. Kalau tak gaduh tak sah.

"Korang ni tak habis-habis kan? Asyik gaduh je. Haa gaduh la banyak-banyak. Nanti berjodoh baru tau." Usik Ji hyo. Mingyu dan Yoona mencebik bibir.

"Ee, mintak simpang la. Memang takla aku nak dengan mamat ni." Jawab Yoona.

"Eh aku pun tak hingin la!" Balas Mingyu. Yang lain hanya ketawa.

"Takla, nanti kalau dah habis sekolah, masing-masing mesti dah ada plan sendiri kan? Aku tak tahu lagi nak buat apa. Aku ingat aku tak nak sambung belajar. Nak kerja terus." Ujar Yoona. Dia lebih suka bekerja, cari duit sendiri.

"Emm, aku kerja dengan appa aku kot. Lagipun memang dah impian aku nak cipta game aku sendiri." Ujar Mingyu. Dalam kalangan mereka Mingyu yang boleh dikatakan kaya sebab appanya ada syarikat GAME sendiri. Tak hairanlah kalau dia boleh goyang kaki lepas habis belajar.

"Kau Jihyo? Lepas habis sekolah kau nak buat apa?" Soal Wonwoo.

"Aku dah lama rancang sebenarnya.  Lepas habis sekolah aku nak kerja. Aku nak berdikari. Aku nak sewa rumah sendiri." Ujar Jihyo.

"Eloklah kau duduk sendiri dari kau duduk dengan appa kau tu. Tak habis-habis pukul kau,  apa dia ingat kau tu punching bag ke?" Ujar Mingyu. Yoona terus menepuk Mingyu. "Apa? Betul lah apa aku cakap. Eh,  kalau aku jadi kau dah lama tau aku keluar dari rumah tu. Aku yang tengok kau pun aku terasa sakit tau." Jihyo diam. Pandangannya dilemparkan kearah sungai. Bukannya dia tak pernah fikir apa yang diucapkan Mingyu cuma dia berfikir yang appanya itu darah dagingnya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Mingyu memandang Jihyo yang terdiam. Tahu dia tersalah cakap. Rasa bersalah pulak. "Jihyo, aku mintak maaf. Aku bukan nak memburukkan appa kau. Aku tahu dia seorang je ahli keluarga kau. Tapi jujur aku cakap, tak adil lah appa kau buat kau macam ni." Terang Mingyu.

"Jihyo, ada betul apa yang Mingyu cakap. Sampai bila appa kau nak buat kau macam ni? Kau anak dia tau. Tapi dia buat kau macam apa? Tak ubah macam orang asing dalam rumah tu." Ilwoo menyokong kata-kata Mingyu. Jihyo menarik sedalam-dalam nafasnya.  Tidak dia nafikan pernah dia fikir untuk keluar dari rumah itu tapi dia tidak sampai hati nak tinggalkan appanya sorang diri.

"Walaupun appa aku selalu pukul aku, tak anggap aku sebagai anak dia, tapi hakikat yang dia tu appa aku tak pernah berubah dan tak akan boleh ubah. Selagi aku boleh bertahan aku akan bertahan." Jihyo cuba untuk senyum walaupun dalam hatinya sedikit terluka.

"Jihyo, kalau suatu hari nanti kau dah tak mampu nak bertahan. Kitorang selalu ada dengan kau." Ujar Wonwoo. Jihyo hanya tersenyum. Yang lain mengangguk tanda setuju.

***////*******///////

"Appa? Appa baru balik ke?" Soal Jihyo yang terjaga dari tidur. "Appa nak air?" Soal Jihyo lagi. Appanya diam memandang tajam ke arah Jihyo. "Appa okey?" Soal Jihyo lagi tidak berputus asa.

"Kenapa? Kenapa kau hidup? Patutnya kau yang mati!" Jerit appanya tiba-tiba membuatkan dia tersentap. "Appa? Appa.. Appa mabuk ke?" Soal Jihyo memberanikan diri padahal dia terkejut melihat keadaan appanya yang tiba-tiba.

"Sebab kau! Sebab kau orang yang aku sayang mati!" Dia menghampiri Jihyo lalu menarik kuat rambut Jihyo. "Appa.. Sa.. Sakit!" Airmatanya deras mengalir. Sungguh sakit.

Tidak hiraukan Jihyo yang sakit dia terus menampar pipi Jihyo membuatkan Jihyo hilang imbangan lalu terjatuh. Kepalanya terasa berdenyut akibat tamparan yang kuat. Dia cuba untuk bangun larikan diri. Belum sempat dia lari kepala sudah dipukul dengan botol arak. Darah mengalir dikepalanya. Matanya gelap. Jihyo rebah.

*****

Hospital

"Jihyo?" Suara sayup-sayup memanggil nama Jihyo. Perlahan-lahan dia cuba membuka mata. Kepalanya terasa sakit sangat.  Dia cuba untuk memegang kepalanya yang berdenyut tapi dihalang oleh seseorang. 

"Kau tak boleh banyak gerak tau. Kau kena rehat."

"Ilwoo?" Panggil Jihyo.

Ilwoo tersenyum kecil.

"Kau dekat hospital. Kau bernasib baik tau sebab aku dengan Wonwoo tergerak hati nak pergi rumah kau semalam. Sampai je kami tengok kau terbaring berlumuran darah kepala kau tu." Terang Ilwoo. Nasib baik dia dan Wonwoo tiba-tiba tergerak hati nak kerumahnya. Kalau tak mungkin dia dah takde.

"Ap.. Appa?" Soal Jihyo lagi.

"Appa kau.. Appa kau dah kena tahan polis." Airmata Jihyo mengalir. Sungguh dia terkejut dengan tindakan appanya.

"Jihyo, mungkin itu yang terbaik. Kau jangan risau. Kitorang semua ada dengan kau tau." Ilwoo cuba yakinkan Jihyo. Jihyo mengangguk kecil.

"Takpelah, kau rehat tau. Aku tak nak ganggu kau. Aku balik dulu tau. " Ilwoo mengusap lembut kepala Jihyo. Membuatkan dia sedikit tenang.

'Terima kasih sebab kau selalu ada waktu aku susah'

Tbc......

Painful LoveWhere stories live. Discover now