Chapter 12

55 13 7
                                    

"Yoona, apa yang berlaku tadi tolong rahsiakan dari orang lain boleh?" Pinta Jihyo.

"Tapi kenapa? Dia dah melampau tau. Tadi tu kalau aku tak muncul, dah kena penampar kau tadi."Geram Yoona masih belum habis.

"Aku cuma tak nak besarkan masalah ni. Tolong ya." Rayu Jihyo. Kalau boleh dia tidak mahu besarkan hal ni. Yoona mengeluh. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan Jihyo. Teruk kena pun masih boleh maafkan. Masih berfikiran positif.

"Okay, fine. Tapi kalau lepas ni dia buat lagi, bukan dekat cikgu tau aku report, polis aku pergi tau." Ucap Yoona. Jihyo tersenyum. Sayang jugak Yoona dekat dia.

"Yang kau senyum macam tauhu busuk ni kenapa?" Soal Yoona bila melihat Jihyo senyum tiba-tiba.

"Sayang jugak kau dekat aku kan?" Ujar Jihyo sambil memeluk Yoona.

"Gila tak sayang, kau tu kawan baik aku tau. Takde dekat kedai." Ujar Jihyo sambil membalas pelukannya.

              *****************

Wonwoo berdiri seketika di depan locker nya. Dia teragak-agak mahu membuka locker itu. Dilihatnya ada air yang menitis dari dalam locker itu. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan lockernya. Dia menarik sedalam-dalam nafasnya lalu membuka locker itu. Basah. Banjir. Habis, baju sukan, kasut dan bukunya basah. Dia mengeluh. Siapalah yang nak aniaya dia. Setahunya dia tiada musuh.

"Kenapa dengan locker kau? Habis basah." Soal Yoona yang baru sampai. Kesian dia melihat Wonwoo. Habis rosak buku-buku terkena air.

"Aku pun tak tahu la. Sampai je tadi dah basah locker aku." Ujar Wonwoo sambil mengeluarkan baju sukannya.

"Setahu aku kau ni takde musuh. Semua senang dengan kau melainkan..." Ayat Yoona tergantung. Wonwoo memandang Yoona.

"Melainkan?" Soal Wonwoo tertanya-tanya.

"Takde apalah. Meh aku tolong kau kemas." Yoona tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dia juga tidak mahu menuduh. Dia menolong Wonwoo mengemas lockernya yang basah.

"Dah, jom masuk kelas. Nanti kering la locker tu." Wonwoo mengajak Yoona masuk ke kelas.

Dari jauh ada seseorang tersenyum melihat Yoona dan Wonwoo.

'Ini baru sikit. Giliran kau pulak lepasni Yoona.'

                     ************

"Ahhh" Jerit Yoona lalu bangun dari tempat duduknya. Jihyo, Wonwoo, Mingyu dan Ilwoo bergegas kearah Yoona dan bertanyakan apa yang terjadi.

"Kenapa? Apa jadi?" Soal Wonwoo. Yoona menunjuk ke arah laci mejanya. Yang lain berpandangan sesama sendiri. Ilwoo memberanikan diri untuk melihat apa yang ada di dalam laci meja itu.  Ilwoo membongkokkan badannya untuk melihat. Ada sebuah kotak. Dia menarik kotak itu. Sebaik saja dia melihat isi dalam kotak itu terus dia melepaskan kotak itu jatuh ke lantai.

Patung dipenuhi cat merah. Yang lain terkejut melihat isinya.

"Siapa yang buat ni?" Soal Mingyu. Dia mengambil tudung kotak itu lalu menutup kotak itu. Tidak mahu lama-lama tengok.

"Aku..aku tak tahu." Ujar Yoona. Tangannya menggigil. Jihyo perasan itu lalu terus mencapai tangan Yoona.

"Jangan takut, kitorang ada." Jihyo cuba menenangkan Yoona. Wonwoo menghulurkan sebotol air kepada Yoona untuk menenangkannya. Lalu dia mengambil kotak itu.

"Kita kena lapor kepada cikgu. Tak kira la niat orang yang buat ni nak bergurau ke apa, yang pasti gurauan ni dah melampau." Cadang Wonwoo. Yang lain mengangguk tanda setuju.

"Jom." Mereka semua menuju ke bilik guru lalu melaporkan apa yang berlaku pada Yoona. Selesai melaporkan pada cikgu mereka menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kosong.

Yoona sudah bertenang dari kejadian tadi. Cuma otaknya asyik teringat apa yang terjadi.

"Kau jangan fikir sangatlah apa yang jadi tadi. Buat sakit kepala je." Ujar Mingyu bila melihat Yoona yang termenung dari tadi.

"Yelah Yoona. Aku pun terkejut tapi lebih elok kita lupakan." Ilwoo pula berkata.

"Hai korang." Irene tiba-tiba muncul lalu menyapa mereka semua.

"Kenapa muka korang semua macam ada masalah?" Soal Irene sambil tersenyum.

"Takde kena mengena dengan kau." Jawab Mingyu selamba. Irene menjeling tajam ke arah Mingyu. Mingyu mengalihkan pandangannya dari bertembung dengan Irene. Menyeramkan.

"Awak nak apa?" Soal Ilwoo. Lama-kelamaan dia mula menyampah dengan perangai Irene.

"Kenapa awak tak angkat call saya? Mesej saya pun awak tak reply. Saya  rindu awak tau." Ujar Irene sambil mengelus rambut Ilwoo namun ditepis pantas oleh Ilwoo. Irene terkedu.

"Awak ni kenapa? Alang-alang awak dah ada dekat sini, saya nak bagi amaran. Berhenti kacau saya. Saya anggap awak kawan je tak lebih dari tu." Mendengar apa yang Ilwoo katakan membuatkan darah Irene membuak-buak.

"Sebab perempuan ni kan awak  benci saya!" Jerit Irene sambil menunjuk ke arah Jihyo. Ilwoo bangun dari duduknya.

"Dah berapa kali saya cakap, takde kena mengena la dengan orang lain.  Stopla salahkan orang lain. Awak patut salahkan diri sendiri. Awak dah berubah Irene. Awak bukan Irene yang saya kenal dulu." Luah Ilwoo namun tidak diendahkan Irene. Matanya masih tertumpu kearah Jihyo.  Tangannya mencapai segelas air lalu mencurahnya keatas Jihyo. Semua yang ada disitu terkedu.



Tbc..


Painful LoveWhere stories live. Discover now