Chapter 17

61 16 4
                                    

"Ahjussi, sabar ahjussi." Ilwoo cuba untuk menenangkan appa Jihyo.

"Jangan dekat kalau tak aku bunuh dia!" Jerit appanya lalu mengacukan pisau ke leher Jihyo.

"Ap.. Appa.." Rintih Jihyo. Lehernya terasa pedih. Matanya terpejam rapat. Sampai tahap begini Appanya bencikan dia.

"Ap.. Appa.. Kenapa? Kenapa appa bencikan Jihyo sangat? Omma pergi bukan Jihyo yang mintak.. Jihyo pun sedih.. Tapi Jihyo lagi sedih bila... Bila satu-satunya keluarga yang Jihyo ada.. Yang Jihyo sayang.. Buang Jihyo... Benci Jihyo.. Tapi Jihyo nak appa tahu yang Jihyo tak pernah benci appa... Walaupun seribu kali appa sakitkan Jihyo.. Perasaan benci tu tak pernah hadir... Sebab.. Appa.. Appa Jihyo..." Kata-kata Jihyo menusuk masuk ke hati Appanya. Buat kali pertama.

"Ji.. Jihyo... Ap.. Appa.." Namun sebaik saja appanya mahu berkata sesuatu, terus datang kata-kata jahat di mindanya. Kata-kata yang selalui menghantui akal dan fikiran appanya. Kata-kata yang membuatkan appanya bencikan dia.

'Pembunuh, dia yang bunuh orang yang kau sayang. Dia yang patut mati!'

Kata-kata inilah yang selalu bermain di minda appanya. Yang membuatkan appanya ssmakin hari semakin benci dengannya.

"Diam!! Diam!! Aku benci kau!! KAU PATUT MATI! AKU BENCI KAU! AHHHHH!" Jerit appanya lalu mengangkat pisau mahu menikam Jihyo namun Ilwoo bertindak pantas. Dia terus menolak Jihyo jauh dari appanya. Ilwoo bergeluk dengan appa Jihyo.

"Ilwoo!!" Jihyo hanya mampu menjerit kerana tangannya berikat. Pergelutan antara Ilwoo dan appanya masih lagi berlaku.

Tiba-tiba....

"ILWOO!!" Jerit Jihyo bila pisau yang dipegang appanya tertusuk Ilwoo.

BANG!!

Satu tembakan tepat terkena appa Jihyo. Dia terus rebah. Semuanya berlaku sekelip mata. Ilwoo tertusuk pisau. Appanya ditembak polis. Nasib polis sampai kalau tidak mungkin Jihyo juga akan ditikam.

Jihyo terus bergegas menuju ke arah Ilwoo dengan tangan yang berikat.

"ILWOO!!" Jerit Jihyo.

"JIHYO!" Jerit Yoona lalu berlari kearah Jihyo. Yoona, Wonwoo dan Mingyu lah yang menelefon polis. Yoona pantas meleraikan ikatan tangan Jihyo. Terus Jihyo mengangkat kepala Ilwoo lalu diletakkan diribanya. Airmatanya mengalir laju.

"Ilwoo... Tolong.. Jangan.. Jangan tinggalkan aku.." Tersekat-sekat dia mahu bercakap. Sebak. Ilwoo tersenyum kecil.

"Jihyo...aku... Sayangkan...kau..." Ucap Ilwoo. Jihyo mengenggam erat tangan Ilwoo. Jihyo mengangguk.

"Jaga...diri..." Ucap Ilwoo. Perlahan-lahan matanya tertutup. Genggaman tangannya makin lemah.

"Ilwoo.. Ilwoo.. Bangun... Jangan tinggalkan aku...." Rintih Jihyo. Makin laju airmatanya. Yoona juga tidak dapat menahan sebak. Deras airmatanya mengalir. Mingyu tak payah cakap lah. Macam budak-budak tak dapat gula-gula dia menangis.

"Ilwoo bangunlah! Jangan tinggalkan aku! Nanti aku nak gaduh dengan sape?!" Jerit Mingyu.

Wonwoo mengesat matanya yang basah. Dia juga tidak dapat menahan sebak.

"ILWOO!!!" Jerit Jihyo.

Tbc......

Painful LoveWhere stories live. Discover now