22

243 16 4
                                    

Kini hampir satu tahun aku menuntut di US. Banyak up and down yang aku rasa. Hubungan aku dengan Desmond pun semakin rapat tapi hanya sebagai seorang sahabat. Aku tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap orang lain. Mungkin hatiku masih lagi terkunci rapat dan mungkin juga sudah tidak akan terbuka lagi. Marvin dan Felix juga seperti biasa, mereka tidak pernah gagal untuk menghubungiku.

Fahmi? Fahmi kini sudah banyak berubah selepas apa yang terjadi di antara dia dengan Adam. Namun aku masih merahsiakan keberadaanku. Aku tidak mahu dia untuk menghubungiku kerana aku tidak tahu apa reaksiku jika aku bertemu dengannya. Walapun tiada perasaan benci dalam diriku namun aku masih tidak mampu untuk berhadapan dengannya.

Seperti biasa, hari-hariku dihabiskan dengan kerja di hospital. Aku masih lagi tinggal kurang dari 7 bulan untuk menghabiskan specialization ku. Namun aku masih lagi belum mempunyai apa-apa kata putus samada aku akan pulang ke Malaysia atau aku akan menetap di sini untuk beberapa tahun. Prof Edward juga menyarankan aku untuk stay lagi satu tahun untuk membantunya menguruskan medical student yang akan mengadakan housemanship di hospital sekaligus untuk memperbaiki rehabilitasi yang sedia ada di hospital.

Namun setelah berbincang dengan Daddy dan Mummy. Dorang membenarkanku untuk berada di sini untuk setahun lagi. Business ku? Aku mempunyai staff yang boleh dipercayai. Mereka sudah seperti keluargaku sendiri malah mereka menyokong setiap keputusan yang aku lakukan. Aku cukup bersyukur kepada Tuhan dengan setiap berkat yang dia berikan kepadaku sehingga aku menjadi seorang yang boleh dibanggakan.

Pada keesokan harinya, Prof Edward memintaku untuk membantunya dengan urusan anak-anak yatim di St. John. Setiap tahun pihak hospital akan membuat satu program amal di rumah anak yatim tersebut. Pihak hospital akan menghulurkan sebahagian dana sekaligus membuat medical checkup untuk mereka. Aku tanpa membuang masa bersetuju dengan Prof Edward untuk membantunya.

Sewaktu keberangkatan ke sana, aku melihat kelibat Desmond. "Eh, Des... ko pun join?" Ujarku sedikit memerli. Setahuku, Desmond bukan jenis yang menggemari aktivti seperti ini. "Eh Ren... haa"... HOD yang suruh. Kalau tak memang tak la aku nak join benda macam ni. Ko pun tau kan... banyak lagi benda yang nak kena buat at hospital tu. Tapi apakan daya, dah kena suruh kan... kita buat je la." Omelnya panjang. Aku hanya mampu gelak sahaja mendengar luahannya.

Keakraban kami memang tidak dinafikan. Dah hapir satu tahun kami saling mengenali, kehadiran Desmond sangat menyenangan diriku. Namun hubungan kami tidak la sampai ke hubungan untuk menjadi pasangan. Kami sentiasa menjaga batas masing-masing. Hubungan kami hanya ku bataskan kepada seorang sahabat or adik beradik. Hatiku masih tertutup rapat lagi dan mungkin tidak akan terbuka lagi.

Kami menggunakan bus yang telah disediakan oleh pihak hospital untuk bergerak ke lokasi yang dituju. Di dalam bus tersebut terdiri daripada beberapa orang doctor dan juga jururawat. Setibanya di tempat yang dituju, kami terus melakukan apa yang patut. Rumah anak yatim tersebut terletak kira-kira 15 minit dari hospital tempaku bekerja. Aku melihat rumah anak yatim tersebut dijaga dengan baik kerana keadaannya yang rapi.

Rumah anak yatim ini didiami oleh beberapa orang helper dan juga kanak-kanak yang berusia dari bayi sehingga umur mereka mencecah usia 18 tahun. Selain bantuan dari pihak hospital, rumah anak yatim ini juga mendapat bantuan dari mereka yang pernah menetap di sini pada masa dulu sehingga mereka menjadi seorang yang Berjaya sekarang. aku tersentuh apabila mendengar cerita tersebut. Walaupun kali pertama menjejakkan kaki ke sini namun aku dapat merasakan sebuah kasih sayang yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Keadaan disini juga mengingatkan aku kepada adik beradik arwah Syafiq. Walaupun mereka bukan anak yatim namun apabila mereka kehilangan arwah Syafik, kehidupan mereka kelihatan seperti itu. Seperti kehilangan tempat kebergantungan seperti diriku. Pada masa itu, aku tahu yang aku harus bangkit untuk memberikan sinar dan harapan baru kepada mereka. Kini mereka sudah menjadi insan yang Berjaya. Kadang-kadang bila ada waktu lapangku, aku akan menghubungi mereka untuk bertanya khabar sekaligus untuk bertanyakan tentang pembelajaran mereka.

"Eh... mengelamun apa pula siang-siang macam ni." Sergah Desmond yang mengejutkanku dari lamunanku. "Eh... Mana ada. Tak termenung pun... just terfikir kan orang tinggal kat kampung." Balasku bersahaja. "Fikir pasal sapa tu? BF ke?" Sakatnya lagi. "Eh dia ni... ke situ pula. Cepuk kang. Ha... ni kenapa ke? Kalau ko cari aku ni mesti ada something kan?" Ucapku lagi. "Macam tau-tau je. Tadi Prof Edward cari ko. Tapi tak jumpa. Tu yang aku tolong cari sekali. Rupanya, ko di sini mengelamun. Hahahaha..." Ucapnya sambil gelak.

Tanpa membuang masa, aku terus mencari Prof Edward. Rupanya Prof Edward memanggilku bersebab. Setibanya di tempat keberadaan beliau. Aku melihat seorang bayi yang berusia kira-kira 8 bulan. Aku seperti jatuh cinta pandang pertama dengan bayi lelaki tersebut. Aku menghampiri bayi tersebut dan hatiku berasa sangat tenang. Rambut blonde dan mata birunya menyerikan lagi kecomelannya.

Prof Edward terkejut dengan tindakkan ku yang terus mendukung bayi tersebut. Aku bertanyakan bagaimana bayi tersebut boleh berada di tempat seperti ini. Helper yang mengendalikan bayi tersebut menyatakan bahawa bayi tersebut baru sahaja kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan. Ahli keluarganya yang lain tidak mampu untuk menjaganya kerana kekangan kewangan. Jadi mereka menyerahkan bayi tersebut ke pusat anak yatim.

Sekali lagi perkara itu mengingatkan aku kepada arwah Syafiq. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir ke pipiku. Aku tidak dapat menahan sebak di dadaku. Aku terus mencium pipi bayi tersebut dan aku mendengar satu gelak yang telah mencuri hatiku. Setelah selesai semua urusan di rumah anak yatim terebut. Kami pulang ke rumah masing-masing. Aku menghabiskan shiftku pada hari tersebut atas arahan Prof Edward.

Aku masih lagi tidak dapat melupakan bayi laki-laki yang aku jumpa di rumah anak yatim tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku masih lagi tidak dapat melupakan bayi laki-laki yang aku jumpa di rumah anak yatim tadi. Patutkah aku mengambilnya sebagai anak angkatku. Aku tidak tahu jika daddy dan mummy akan bersetuju dengan tidakkan aku. Namun pada suatu Ketika dahulu aku pernah menyuarakan tersebut kepada mereka tapi tiada sebarang tentangan. Aku risau kerana sekarang aku berada di tempat orang. Aku mohon kepada Tuhan untuk membimbingku dalam keputusan yang bakal aku lakukan. Patutkan mengambilnya sebagai anakku? 

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now