"Ye abah... nanti Fahmi tolong carikan," kata ku kepada ayahku, Datuk Fauzi. Abah seorang pengusaha beberapa buah company engineering. Muhd Fahmi bin Fauzi nama diberikan kepadaku 30 tahun lepas merupakan anak bongsu dari 2 beradik. Namun kakak sulungku, Nurul Halawatul binti Fauzi telah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya. Dia merupakan orang yang banyak menolongku sekali gus banyak menyokong diriku selama ini. Disebabkan minatnya lebih kepada dunia masakan, dia dan suaminya, membuka sebuah hotel yang kini bertaraf 5 bintang. Jadi kak Hawa memberi sepenuhnya tanggungjawab kepadaku untuk meneruskan sekali gus menguruskan syarikat-syarikat abah.
Sejak kebelakangan ini, abah sering mengadu sakit belakang. Namun keadaan tersebut menjadi semakin teruk dari hari ke hari sehingga aku mengambil keputusan untuk membawa abah ke hospital pakar. Semasa berjumpa dengan pakar orthopedic, ayah terpaksa menjalani ujian Magnetic resonance imaging (MRI) untuk mengenal pasni apa masalah yang berlaku. Selepas keputusan MRI kluar, doctor pakar mengesahkan abah menghadapi masalah Herniation of the Disc kat bahagian bawah tulang belakangnya. Doktor pakar menyarankan untuk abah menjalani rawatan susulan dengan pihak hospital atau mana-mana pusat physiotherapy.
Sejak dari hari tu dah dua hari diriku mencuba mencari pusat rawatan fisioterapi yang terbaik untuk abah kerana mamaku, Datin Azlina seorang yang memilih orang. Walaupun abah dah bersetuju, namun mama yang akan menentukan segalanya. Ini menambahkan pening kepalaku selain dari kerja di pejabat yang melambak.
"Haa Fahmi... macam mana? Ada jumpa tak center yang okay dan mempunya kemudahan yang abah awak perlukan?" tanya mama.
"Belum lagi ma... Fahmi tengah cari lagi... nanti kalau Fahmi dah jumpa Fahmi bagitau mama la." Jawabku selamba
"Mama bukan apa Fahmi... mama nak yang terbaik untuk proses treatment abah awak". Sambung mama lagi.
"Fahmi faham ma... Nanti la Fahmi try tanya kawan-kawan Fahmi. Mana tau dorang ada yang kenal". Jawabku dan terus meninggalkan mama di ruang tamu.
Tiba-tiba handphone ku membuaikan ringtone Jomblo Happy dari Gamma1. Terusku gapai handphone ku dan tertera nama sahabat rapatku, Marvin.
"Hello Mar. Ada apa awak call ni?" Tanya ku
"Nak call pun tak boleh ke? Sombong nampak." Jawab Marvin terus ketawa.
"Bukan tu maksud aku ngok... sebab awak pun busy memanjang. Ni pun baru tengok awak nak contact." Jawabku.
"Sorry la bro... busy kot... biasa la say ani kuli bukan macam awak... Boss" terus Marvin ketawa dengan kuatnya. "Saya dengan Felix nak ajak awak lepak ni kalau awak free" sambungnya lagi.
"Laaa... Felix pun ada ke... Aku on bro... nak lepak kat mana? Saya pun tengan free dan pening ni... elok la juga korang ajak lepak..." jawabku penuh semangat. Ye la. Bukan selalu nak jumpa dua orang sahabatku sejak kolej lg. Mereka la yang selalu bersamaku pada suatu masa dulu. Walaupun kami berlainan agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kami menjadi seperti adik beradik. Dorang dua tu budak offshore tambah lagi asal Sarawak. Jadi memang susah la nak selalu jumpa.
Selepas Marvin menyatakan tempat untuk kami bertiga untuk melepak. Terus ku gapai kunci kereta BMW ku. Apabila diriku melangkah keluar dari bilikku, ku lihat rumah sunyi sepi, sekali ku lihat kelibat Mak Kiah, orang gaji di rumahku.
"Mak Kiah, mana abah dengan mama?" Tanya ku.
"Ow... datuk dengan datin baru je keluar... katanya ada hal sikit" Jawab Mak Kiah ringkas.
"Baik la Mak Kiah. Nanti kalau dorang balik just bagitau yang Fahmi keluar dengan kawan kejap. Dan mungking fahmi akan balik kat condo fahmi malam ni." Kataku kepada Mak Kiah dan terus menuju ke pintu rumah. Tanpa membuang masa, terus ku pandu pacuan empat rodaku ke tempat yang telah dijanjikan. Meninggalkan perkarangan rumah agama abah.
YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...