"Tak apa la mama, biar la Fahmi yang hantar abah ke klinik tu. Bukan menjadi satu masalah pun." Jelasku.
"Kenapa pula engkau tiba-tiba semangat nak hantar abah engkau pula ni Fahmi? Tak pernah-pernah pun ko nak volunteer nak hantar sebelum ni? Asyik dengan keje engkau ke. Tak pun dengan "BF" ko yang keliling pinggang tu" Leter mama.
Aku hanya mampu tersengih. Mana tak semangat nak hantar kalau tujuan untuk kesana untuk menambat hati seseorang. Memang tidak dinafikan bukan senang untuk menambat hati insan yang bernama Darren Ng itu. Sebelum ni, saya petik je jari mesti datang terus. Mungkin dia seorang yang berharta kot. Sebab tu dia tak pandang orang macam saya ni. Tambah lagi harta miliknya sendiri sudah mengalahkan harta keluargaku dan keluarganya sendiri. Ya memang keluargaku mengetahui bahawa aku mempunyai hubungan songsang. Tetapi mereka tidak pernah untuk menghalang sebaliknya mereka memberi dorongan kepadaku mencari teman yang betul-betul setia dan boleh menjagaku di hari tuaku.
Dalam ramai-ramai yang dah kutemu. Hanya Dr Darren la yang lain daripada yang lain. Itu yang membuatkan hatiku semakin tertawan. Tapi masalahnya macam mana hendakku tawan hatinya yang keras seperti batu, yang mempunya tembok yang sukar untukku tembusi.
"Fahmi? Mengelamun ke mana tu? Tak kan la Fahmi dah tertarik dengan anak Tan Sri Daniel tu? Sergah abah. Lamunan aku terhenti di situ. "Fahmi jangan la nak mainkan perasaan anak orang. Kalau boleh Fahmi cari la yang betul-betul boleh hidup dengan Fahmi. Abah bukan apa. Abah tak nak anak abah jadi bahan bualan orang sebab asyik tukar-tukar pasangan. Kalau Fahmi dah tertarik dengan anak kawan abah tu. Abah setuju sangat. Abah tenguk dia tu baik orangnya." Sambung abah lagi. Aku agak terkejut mendengar apa yang abah katakana.
"Betul ni abah?" Jawabku terkejut lalu menguntumkan senyuman. Tak sangka yang abah dan mama mengetahui niat hatiku.
Semenjak perbualan itu, kini session yang ke-3 treatment abah di klinik tempat crush aku. Kenapa aku katakana crush? Sebab still tak ada apa-apa perkembangan lagi dalam hubungan kami berdua. Walaupun baru treatment yang ke-3, sakit abah dah tiada. Namun begitu, Darren menyarankan untuk abah datang berkala untuk melalukan treatment supaya sakit tersebut tidak datang balik. Hatiku berbunga-bunga apabila dia mengatakan perkara tersebut. Mana tak nya. Boleh tengok muka dia yang comel tu.
Aku masih mencari cara untuk menawan hatinya. Siap bertanya kepada Marvin dan Felix lagi. Tapi jawapan mereka tidak membantu langsung. Tapi yang penting mereka menyatakan, "masa lampau dia menjadi kunci kepada hatinya". Aku tertanya-tanya kenapa dengan masa lampaunya? Apa yang terjadi sehingga dia menutup hatinya serapat ini. Mampukah untuk aku membuka kembali pintu tersebut dan menjadikan dia milikku selamanya.
Tiba-tiba handphone ku berbunyi menunjukkan message dari applikasi topeng kuning. Well bila hidup "single" macam ni la keadaannya. Kebanyakkan scandal aku jumpa melalui applikasi ini. Semuanya aku anggap scandal sebab semuanya hanya inginkan harta tapi bukan hatiku. Semuanya menginginkan "fun". Tapi kalau dah panggilan untuk bayar bil air tu datang. Aku layan juga tambah lagi bila yang handsome dan comel mendatang. Tapi hatiku kini telah ditambat oleh jejaki yang menjadi therapist kepada abah.
Tipu kalau hati ini tidak menginginkan satu hubungan yang kekal seperti yang pernah aku miliki suatu masa dulu bersama seorang insan yang bernama Adam. Namun hari yang ku fikirkan panas berpanjangan namun hujan di tengah hari. Tanpa kusedari, Adam berlaku curang dan melakukan hubungan intim dengan lelaki lain. Tidak ku sangka air mata lelakiku menitis. Bermula dari hari itu, hubungan aku dengan Adam berakhir. Kadang-kadang kami masih berhubungan. Tipu la kalau cakap tak sayang. Kalau dia menginginkan aku kembali, sudah semestinya aku akan membuka tanganku luas-luas untuk menerimanya kembali. Tapi aku tahu dia sedang bahagia dengan scandal yang dia ada sama seperti diriku juga.
"Okay Uncle, sebab uncle dah tak sakit. Jadi lepas nib oleh buat process maintainence la. Jadi lepas ni boleh la uncle datang sebulan sekali. Darren tau uncle busy kat pejabat tu. Tapi Darren nak uncle buat apa yang dah diajar kat rumah." Jelas Darren Panjang lebah serta menghentikan lamunanku. Alaaaa... sebulan lagi baru boleh tengok muka comel crush aku ni ke. Tak ada cara lain ke aku nak jumpa dia. Kalau aku ajak keluar makan bukan dia nak pun. Hatiku sedih memikirkan perkara tersebut. Sedangkan whatsapp pun dia kadang-kadang balas dengan blue tick sahaja. "Terima kasih Doktor. Lain kali jumpa lagi. Kirim salam kat daddy awak ye." Jawab abah lalu meninggalkan bilik. Aku hanya mengikut dari belakang. Sebelum aku keluar, sempat ku tatap muka dia. Tenangnya rasa hati. Disebabkan dia aku mampu untuk mengurangkkan activiti "memancing" sekali gus Adam.
Selepas balik dari klinik. Aku dan abah terus ke pejabat untuk meneruskan kerja yang sudah lama tertinggal terutama abah. Sampai di office, aku terus mengeluarkan phoneku dari poket seluarkan ku. Terus ku buka applikasi whatsapp, dan ku cari nama My Crush Dr Darren (Love).
"Terima kasih Doktor kerana dah merawat abah sampai dia dh sihat balik macam ni. Lepas ni susah la saya nak jumpa tengok muka dokor yang comel tu. Nanti kalau saya rindu kat Dr mcm mana? Tak kesian ke kat saya? Kalau tak pun boleh tak kalau saya nak ajak doctor keluar makan sebagai tanda terima kasih kerana dah merawat abah?". Terus ku tekan butang send. Kira-kira 5 minit kemudian ku lihat nama orang aku tunggu-tunggu terpampang di skrin phone ku.
"Welcome En Fahmi. Dah memang tugas saya untuk merawat pesakit. Macam encik bahagian engineer fixed benda. Jadi kami sebagai doctor ni boleh dikatakan sebagai engineer manusia la. Tambah lagi, En Fahmi tak payah nak mengayat sangat. Scandal sekeliling pinggang still lagi nak mencari ke? Cukup la mempermainkan perasaan orang tu encik. Kalau encik fikir ayat encik tu berkesan kepada saya, encik boleh mimpi 10 tahun lagi. Sebab saya tak termakan pun umpan encik. Pasal makan-makan tu tak payah kot. Seperti yang saya katakana tadi. Dah memang tanggungjawab saya untuk menjaga Datuk Fauzi. Thank you and have a nice day En Fahmi." Begitu la apa yang dia reply kepadaku. Hatiku sedikit terguris. Aku nak buat benda tu sebab aku ikhlas dan memang sebagai tanda terima kasih kot. Bukan untuk mengambil kesempatan.
Aku balik ke rumah abah dan mama harini. Mood ku sedikit swing harini sehingga semua kerja yang aku lakukan tergantung begitu. Fikiranku penuh dengan nama Darren. Aku tak tahu kenapa. "Engkau fikir pasal apa tu Fahmi? Fikir pasal kerja ke? Tengah makan tu jangan la buat muka stress tu. Tak elok." Tegur mama.
"Eh... Fahmi okay je ni ma. Mungkin stress sikit kot. Ye la. Projek besar tengan berlangsung. Banyak lagi yang Fahmi tak settlekan." Jawabku bersahaja.
"Ye ke pasal keje? Ke Fahmi fikir pasal Dr Darren tu? Sebab abah tengok masa dia expain dan bagitu yang sekarang ni treatment abah Cuma sebulan sekali terus air muka kamu berubah. Abah tahu anak abah macam mana. Bukan senang nak tambat hati seseorang kalau dengan sikap Fahmi yang tak pernah nak berubah. Jangan nak kenal dia kerana nafsu. Kenal dia kerana Fahmi nak bersama dengan dia seumur hidup Fahmi. Bukan untuk sebulan dua tapi untuk selama-lamanya. Nescaya perubahan Fahmi akan membukakan jalan dan pintu hati dia untuk menerima Fahmi sekiranya Fahmi ikhlas." Leter abah panjang. Mama melihatku sambil tersenyum. Aku hanya mampu memberikan senyuman seperti kerang busuk.
"Kalau Fahmi betul-betul nakkan dia. Mama boleh tolong. Hujung minggu ni kita ajak dia datang rumah untuk makan-makan." Tambah mama. Hatiku berbunga. "I love you ma" sambil aku memeluk mama. "Tapi mama hanya mampu tolong sampai situ je. Selebihnya Fahmi kena buat sendiri." Tambah mama lagi. "Okay ma. Serahkan selebihnya kepada Fahmi." Jawabku terus menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Seleraku yang tadinya hilang kini kembali. Abah dan mama hanya mampu tersenyum melihat telatahku. Tidak sabar untuk ku tunggu hujung minggu ni walaupun masih berbaki 3 hari lagi sebelum melangkah ke hari sabtu.

YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...