9

452 15 5
                                    

"Fahmi... sudikah awak menerima Darren seadanya, dikala susah, sakit dan sampai selama-lamanya?". Aku menatap wajah jejaka yang aku idamkan selama ini akhirnya tercapai jua. "Saya setu...". Belum sempat aku menghabiskan ayat tersebut. Satu suara yang amatku kenali bersuara di belakang. "Saya tidak setuju! Fahmi, adakah awak lupa janji kita berdua? Awak milik saya sorang Fahmi. Oi perampas... jangan mimpi untuk bersama Fahmi!!!" Aku menoleh ke belakang. Ya! Memang betul. Itu suara Adam. Suara insan yang pernah bertakhta di hatiku. Suara yang sangatku rindu. Belum sempat aku melalukan apa-apa. Tiba-tiba aku terjaga dari semuanya. Rupanya itu hanya lah satu mimpi.

Apakah maksud semua ini? Apakah Adam akan Kembali ke dalam hidupkan dan akan Kembali Bersatu denganku. Tapi kalau Adam Kembali, apakah yang akan terjadi antara aku dengan Darren. Insan yang sudah mulai mengisi isi hati ini. Mampukah aku membuat keputusan yang betul jika keadaan membuatkann aku harus memilih diantara mereka?

"Amboi... Jauh anak abah termenung. Memikirkan siapakah itu? Tak kan baru semalam jumpa dah jadi macam ni kot?" Perli abah yang menyebabkan lamunan aku terhenti. Mama hanya tersenyum melihat telatah kami berdua.

"Eh. Tak ada la abah. Ke situ pula. Berapa lama meeting harini abah?" Tanyaku cuba untuk mengalihkan topik yang sedang berlangsung. "Tak pasti lagi. Kenapa? Ada temu janji dengan sapa-sapa ke?" Tanya abah. "Bukan la. Fahmi tak berapa nak sihat. Pening sikit." Jelasku. "Baru jumpa semalam dah demam angau. Belum lagi kalau berjauhan yang betul-betul. Ke Fahmi tau yang Dr. Darren bertugas kat hospital harini?" Perli abah lagi. "Abah ni ada-ada je la." Jawabku

Meeting pada harini membuatkan otakku mejadi tepu apabila berlarutan selama 4 jam tanpa henti. Sebaik sahaja meeting habis. Terus ku gapai phoneku. Senyuman terukir di bibirku apabila ku lihat terpampang nama "Dr Darren (love)" yang menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp. "All the best untuk meeting nanti. Make sure jangan tidur ye. Stay fokus. Take care." Begitu lah bunyi pesanan yang di hantar oleh dia. Perkara tersebut sudah cukup untuk menyerikan hariku walaupun pesanan tersebut semasa meeting tengah berlangsung.

"Hello awak... dah masuk lunch hour ke tu?" Tanyaku ku menghubungi Darren. Kedengaran suara yang sangat merdu di telingaku. "Hello... belum lagi. Masih ada sikit lagi benda yang nak kena settlekan. Awak ni tengah curi tulang ke?" Tanyanya sambil ketawa.

"Sampai hati tuduh saya macam tu. Tak kesian ke kat saya yang baru habis meeting ni. Otak tengah tepu ni. Nak lunch sama tak?" Jawabku dengan beriya. "Boleh je. Tapi awak ambil saya kat hospital dan belanja sekali ya." Jawabnya. Mendengar jawapan itu membuatku semakin bersemangat. Tanpa membuang masa, aku terus mematikan talian dan terus menuju ke keretaku dan terus menuju ke tempat keberadaan orang yang sangat aku rindu. Dalam perjalanan, tiba-tiba playlist aku memainkan lagu "Merindukanmu" yang dinyanyikan oleh Dash Uciha. Aku hayati setiap satu liriknya. Buat masa sekarang ni, siapakah yang aku rindui? Adakah insan yang akan aku jumpa sebentar sahaja lagi? Atau insan yang bernama Adam? Ya Tuhan, Kau berikanlah petunjuk kepada hambaMu ini. Doaku dalam hati.

Sesampainya di tempet kerja Darren. Aku melihat susuk tubuhnya menunggu lobi hospital. Berbaju kemeja putih, tali leher biru berbelang ungu, berseluar slack hitam menyerlarkan lagi warna kulitnya yang putih itu. Sungguh menawan di depan mata. Mataku tidak berkelip melihat betapa sempurnanya insan yang bernama Darren ini.

Sekali lagi lamunan aku terhenti apabila orang mengetuk tingkap kereta ku. Tanpa membuang masa, aku unlock pintu kereta. Tampaklah sekujur tubuh Darren masuk ke dalam kereta. "Amboi... mengelamun ke mana pula tengah hari macam ni? Punya balik kali orang ketuk tingkap kereta pun tak sedar lagi." Bebel Darren sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

"Termenung melihat awak yang handsome tu la. Siapa lagi yang ada dekat sini kan selain awak sayang." Balasku selamba. Muka dia bertukar menjadi merah apabila panggilan sayang ku berikan. Wajah itu membuatkan aku tenang. Segala benak di mindaku hilang. Fikiranku menjadi sangat tenang. "Thanks awak sebab sudi teman saya makan." Ucapku untuk memecahkan kesunyian. "Sokay je... awak belanja kan..." gelaknya.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now