Hari-hariku kini busy di hospital. Kadang-kadang hanya mampu balik ke rumah selepas untuk mandi dan tidur sahaja. Aku tidak menyangka akan sibuk seperti ini. Aku cuba untuk berfikiran positif. Ye la... sebab aku sendiri yang pilih untuk letak nama sentiasa ada dalam list kalau ada kes emergency. Namun harini shift ku hampir berakhir. Aku mampu untuk menghebuskan nafas lega selepas bertarung dengan dua surgery pada hari ini. Aku hanya mampu berhuhuhu sahaja.
"You did a pretty good job Darren. You never fail to impress me with what you do." Ucap Prof Edward. "Only in three months you already this good. I can't imagine what you can achive in years to come." Sambung nya lagi. "Everything because of you Prof. Thanks for your guidance." Balasku. Memang aku banyak pelajari dari beliau. Tak heran la kalau orang lain takut kepadanya kerana cara bimbingannya sangat luar biasa, namun semuanya untuk kebaikan kita juga. Aku cukup bersyukur kerana aku mengambil satu keputusan yang bagus untuk datang ke sini.
Selepas selesai semuanya. Aku bersedia untuk balik ke condoku. Tiba-tiba... Bam! "I'm sorry. Are you okay?" Aku berlanggar dengan seseorang. "I'm fine. Thank you. How about you?" Balasku. "I'm fine. Sorry for my recklessness. I'm in hurry." Ucapnya tunduk dan terus berlalu pergi. Aku pun tidak kisah sangat. Belum sempat aku bertanya siapakah gerangan tapi dah pegi dulu. Tanpa membuang masa aku terus mengorak Langkah untuk pulang. Namun langkahku terhenti apabila namaku di panggil oleh satu suara yang amat aku kenal. Prof Edward. "Yes Prof? Anything that I can help?" Ucapku. "Nah... I want you to take some rest for two days. You been work so hard. Remember this, Doctor also a human." Ucapnya terus meninggalkan aku. Nak rasa happy ke tak. Dua hari tu dah cukup banyak buatku. Selalunya aku hanya mengambil cuti selama satu hari. Namun haritu aku akan gunakan untuk meeting bersama para physioku.
Sesampai di rumah, belum sempat lagi aku melabuhkan tubuhku tiba-tiba aku mendapat satu panggilan dari Marvin. Dorang dua ni tak sah kalau tak call. Bukan call biasa lagi tu. Siap video call lagi. Namun aku layankan sahaja. Sebab sekarang mereka tengah busy dengan project besar yang diketuai oleh Daddy. Tambah lagi kakak sendiri pun turun padang. Memang busy la mereka alamatnya.
"Ha... apa cer call saya ni?" Ucapku sebelum mereka sempat mengatakan apa. "Laaa... cepat nampak. Belum sempat orang nak cakap apa-apa." Ucap Felix. Aku hanya mampu tergelak kecil sahaja melihat telatah mereka berdua. Mereka berdua ni memang tidak ada life agaknya. Sebab tu dua-dua single. Ke mereka berdua ni something. Namun aku diamkan sahaja. "Ha... ye la... ye la... korang cakap la." Balasku. "Kitaorang jumpa Fahmi semalam masa meeting dengan semua staff yang terlibat dengan projek. Tapi dia macam takut-takut dengan kitaorang. Yang paling tak boleh blah nya... dia hanya diam sahaja masa kitaorang lunch sama. Dad (Cara Marvin dan Felix panggil Daddy) ajak dia lunch sekali la sebab tak kan la tak ajak kan." Ucap Marvin panjang lebar.
"Korang jangan la gertak dia. Tak kesian ke kat dia? Dahla dia jauh dari family dia. Tunang dia sekali." Ujarku. "Kesian tak kesian. Kalau ikutkan hati memang hinggap penumbuk kat muka dia tu." Balas Marvin. "Eleh Mar... ko cakap je tu kan... tapi tak sampai hati nak buat kan sebab ko pun anggap dia macam abang ko kan." Kami bertiga terus gelak. Ada je topik yang kami bualkan. Bila berbual tentang Fahmi. Aku terfikir apa yang Alfi bagitau aku haritu. Aku tidak pasti sama ada aku harus masuk campur dalam hubungan dorang ke tak. Tapi kalau aku tidak bagitau hal ini, kesian pula.
Perbualan aku dengan Alfi beberapa hari yang lepas memang mengejutkan. Aku tidak sangka yang Adam boleh pergi sejauh itu. Aku tidak sangaka ada manusia yang mempunyai hati sebusuk itu. Dia memang mempunyai PhD yang memang Dean list punya (*PhD = perasaan Hasad Dengki). Namun Fahmi dah membuat pilihan dia. aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat dia. Semua pendedahan yang Alfi lakukan itu sepatutnya dia kemukakan kepada Fahmi namun kenapa harus aku yang menangung semua ini.
"Ren... kenapa senyap je? Fikir pasal apa tu? Takkan cakap pasal Fahmi terus rindu dia kot?" Felix dan Marvin terus tergelak. "Eh... mana ada la." Balasku. "BTW, korang kenal ke Ex BF Adam sebelum dia balik dengan Fahmi?" Ku lihat perubahan di muka kedua-dua muka mereka berdua. Yang paling tak boleh brain, boleh pula dorang dua diam. Jadi memang mereka saling mengenali nampaknya. "Hello... saya tengah cakap sorang ke?" ucapku lagi. "Sebenarnya memang kitaorang saling mengenali. Sebab Ex dia tu senior kitaorang semasa kat uni dulu." Balas Marvin. "Kenapa tiba-tiba ko tanya pasal dia Ren?" sambung Marvin lagi. "Nama dia Alfi kan?" Ujarku.
YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...