17

319 19 46
                                    

"Encik Fahmi, kemungkinan awak kena berada di side lebih lama dari yang di jangka tapi awak ada kebenaran untuk balik pada hujung minggu tapi kalau tiada apa-apa yang mustahak encik Fahmi kena stay kat sana." Perkataan itu masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiranku. Berita ini aku terima apabila urgent meeting sebentar sahaja nanti. Adakah ini hukuman yang abah bagi kepadaku? Tidak mengapa. Aku sahut seruan ini. Aku tahu aku mampu dan aku yakin Adam akan okay sahaja. Tambahan pula kami sudah sah sebagai tunang.

Aku hanya mempunya hujung minggu ini sahaja untuk bersama dengan Adam. Isnin aku dah kena flight ke Sarawak. Itu tidak menghiraukan aku. Benda yang membuatkan aku risau adalah aku akan bekerja bersama Marvin dengan Felix. mereka berdua merupakan orang yang ditugaskan untuk mengetuai projek ini seperti diriku. Sejak perkara itu, hubungan kami bertiga menjadi sangat dingin. Sehingga kini kami sudah tidak berhubung. Aku tidak tahu apa yang Darren cakap jepda mereka semasa dia bersama mereka beberapa bulan yang lalu. Aku cuba untuk berfikiran positif namun tidak mampu. Macam mana aku hendak menjalankan kerja bila berdepan dengan dorang dua nanti. "Tidak mengapa Fahmi. Berani kerana benar, takut kerana salah!" Kata hatiku cuba untuk menenangkan diri.

Harini merupakan hari terakhir sebelum aku mengorak Langkahku ke Sarawak. Aku akan tinggal di rumah yang telah disediakan. Hal ini kerana, aku kena stay lama dari yang telah ditetapkan. Aku mengucap syukur kerana aku tidak stay satu rumah dengan Marvin dan Felix, sebab kalau tak mesti aku akan berasa sangat kekok. Semua telah diatur, malah flight tiket aku pun hanya satu Haluan. Flight balik hanya akan dibeli sekiranya projek itu berjalan dengan lancar. Finger cross! Lagi cepat lagi bagus. Aku tidak sanggup untuk berjauhan dengan tunang kesayanganku. Inginku bawa Adam sekali tapi dia menolak kerana dia pun kena kerja dan untuk minta perlepasan yang lama bukan mudah.

Dua hari yakni sabtu ahad itu aku penuhkan masaku dengan Adam. Tambahan pula dia memang dia akan stay di condoku bila tibanya hujung minggu. Aku cukup bersyukur kerana Adam ada di sisiku. Namun kadang-kadang perasaan curigaku itu ada, tipu la kan kalau kita tidak mempunya perasaan insecure lepas apa yang pernah terjadi dulu. Namun semuanya aku diamkan sebab aku dah berjanji yang aku menerima Adam yang telah berubah untukku. Adam merelakan dirinya diperlakukan seperti apa pun pada hujung minggu ini. Sebab lepas ni mungkin lebih dari satu minggu kami tidak akan berjumpa. Aku haruslah memberikan nafkah batin kepada bakal 'isteri'ku.

Kini hari yang tidak aku ingin telah tiba. Adam mengambil cuti pada isnin tersebut semata-mata untuk menghantarku ke airport. KLIA dari condoku tidak lah begitu jauh. "Take care sayang. Jangan nakal-nakal okay." Ucapku sebelum aku mencium dahi Adam. "Kalau bae balik nanti bae bagitau." Sambungku lagi. "Sayang takkan nakal la bae. Sayang kan dah jadi tunang bae." Balasnya lalu mencium tanganku. Selepas itu, aku terus menyerahkan kunci keretaku kepadanya. "Nah... sayang guna la kereta bae sepanjang bae tak ada ni. Letak kat rumah pun bukan ada yang guna pun. Baik sayang guna la buat sementara waktu." Ucapku. Kulihat satu senyuman di wajahnya. "Betul ke ni bae? Sayang bae." Ucapnya dengan penuh kegembiraan. Hasratku untuk menghadiahkan dia sebuah kereta bila kami sudah berkahwin nanti namun semua itu aku simpan untuk diriku sendiri. Aku dan Adam berpelukan sebelum aku masuk bilik perlepasan. Adam berlalu pergi sambil melambaikan tangan kepadaku. Aku akan merindu insan ini. Hatiku hanya mampu berdoa semoga Tuhan jagakan dia untukku.

Flight ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam empat puluh lima minit. Namun semuanya berjalan dengan selamat. Setibanya di sana, aku terus call abah bahawa aku sudah selamat sampai. Hari ini aku hanya diarahkan untuk berehat di rumah yang telah ditetapkan sebelum meeting dengan Tan Sri Daniel esok. Bukan hanya aku akan berjumpa dengan Marvin dan Felix esok, malah aku akan melihat sendiri orang yang abah sangat hormati dan segani yakni bapa Darren. Di rumah dimana aku ditempatkan serba lengkap dengan semua benda termasuka kereta. Kereta bukan calang-calang, iaitu Ford Ranger. Tanpa aku sedari, rupanya rumah itu merupakan rumah milik keluarga Darren. Rumah itu khas untuk menempatkan tetamu atau rakan kerja yang datang dari jauh. Patutlah semuanya dijaga dengan rapi. Aku mencuba untuk menghubungi Adam namun tidak dapat. Semuanya masuk ke dalam voice mail. Mungkin dia sambung tidur kot. Mungkin aku akan cuba balik malam nanti.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now