Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi. Kelihatan dua orang staff ku, Mariana dengan Nadia sedang menyediakan fail pesakit masing-masing. Tiba-tiba Fakrul menyapa dari belakang.
"Selamat pagi Doktor... selamat pagi semua... dah breakfast ke semua?" Tanya dia selamba
"Dah". Jawab Mariana dengan Nadia.
"Pagi Rul... Baru nak pegi... sebab patient pertama pun jam 9.30 pagi jadi sempat lagi nak breakfast kejap." Jawabku terus meninggalkan mereka bertiga.
Klinik milikku ini tidak la besar tetapi jumlah pasakit yang datang boleh mencecah dalam 40 orang satu hari. Walaupun staff hanya kami berempat. Namun itu bukan penghalang untuk kami memberikan yang terbaik untuk pesakit yang datang. Begitu juga dengan klinik-klinik milikku yang lain. Walaupun klinik milikku berada merata di seluruh negeri, namun diriku tidak pernah risau kerana diriku percaya mereka membuat yang terbaik. Tidak pernah ada yang mengecewakan dari mereka. Mereka telah diriku anggap sebagai keluarga sendiri dalam melakukan perkerjaan. Tiada sebarang pergaduhan di tempat kerja sebaliknya saya galakkan perbincangan dalam membuat sesuatu keputusan.
"1 2 3 4 5 I love you 6 7 8 9 I love you... every day and night I love you". Handphone ku berdering. Ku lihat nama Fahmi tertera di skrin. Tanpa membuang waktu terus ku jawab.
"Hello, selamat pagi. Maaf mengganggu. Ni Dr Darren ke?", kedengaran satu suara yang sangat macho di talian.
"Hello, ye saya. boleh saya tahu siapa di talian?" Jawabku. Ye la kita kena la bertanya. Sebab saya tak bagi no phone kat orang yang tak dikenali.
"Sorry klau saya mengganggu waktu Dr. Sy Muhd Fahmi. Boleh panggi Fahmi je. Saya nak buat appointment dengan Dr boleh tak untuk abah saya, Datuk Fauzi. Dia ada slip disc. Sekarang ni tengan in pain? Bila saya boleh bawa dia datang ye?" Jawab Fahmi Panjang lebar.
"I see. Datang lepas lunch hour boleh tak? Sebab pagi ni jadual saya agak padat." Terangku.
"Boleh. Jumpa petang nanti ya Dr comel." Fahmi membalas terus memutuskan talian.
Aku tergamam. Comel? Dia kenal aku ke? Mungkin dia tengok profile kat internet kot. Ye la kan. Sekarang ni semua benda boleh dapat dari internet kecuali no phone personal saya. Dari mana mamat ni dapat no aku ni. Stalker kot. Atau pun bapa dia yang dapatkan. Datuk Fauzi? Macam pernah dengar nama. Ahhhh... bukan dia sorang nama Fauzi. Xpe la. Baik aku makan cepat. Ak terus menghabiskan sarapanku dan balik ke klinik untuk memulakan tugasku seperti biasa.
Seperti yang dijanjikan. Tepat jam 2 petang, kelihatan susuh tubuh seorang jejaka yang cukup menarik perhatian. Putih, tinggi dan yang paling penting sekali handsome. Dia tidak keseorangan ditemani oleh seorang lelaki dan wanita yang berada dalam usia pertengahan tahun. Aku terkejut kerana mereka tidak asing bagiku kecuali lelaki yang mungkin benama Fahmi itu.
"Eh Uncle... Aunty... kenapa tak cakap datang... kalau tak boleh Darren sediakan makanan sikit." Kataku menyambut kedatangan Datuk Fauzi dan Datin Azlina. Ku hulurkan tangan kepada kedua mereka termasuk jejaka yang belum lagi aku kenali.
"Eh Darren." Jawab Datuk Fauzi. "Uncle ingatkan Darren masih kat luar negara". Sabungnya lagi lalu menyambut salamku.
"Laaa Darren ke ni? Dah besar Panjang dah sekarang. Lama tak jumpa. Tan Sri dengan Puan Sri Sihat ke? Tanya Datin Azlina terus menyambut salam.
"Mereka sihat aunty. Ni pun hujung minggu ni saya nak kena balik Sarawak untuk berjampa dengan mereka sebab daddy suruh balik" Jawabku Panjang.
"Lupa nak kenalkan. Ni anak uncle, Fahmi. Dia la yang called untuk buat appointment untuk uncle tadi." Ucap Datuk Fauzi. "Darren tak pernah jumpa dia pun sebab dia study kat luar dulu." Sekarang ni tengah tolong uncle kat syarikat. Tambah lagi bila uncle sakit macam ni. Dia la harapan uncle." Sambungnya lagi. Fahmi terus menghulurkan tangan dan terus ku sabut dengan senyuman. Dia pun menguntumkan senyuman. Manis sekali tambah lagi dengan lesung pipinya.
YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomansaMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...