Kini Fahmi sendiri sudah mengatuhi siapa Syafiq. Apabila mengingat kembali kejadian tempoh membuatkan aku berasa segan untuk berdepan dengan Fahmi. Ye la. Sapa suruh nangis kan. Memang aku tidak dapat menahan sebak bila mendengar nama Syafiq diutarakan. Orang yang sangat aku rindu. Walaupun dah lama dia pergi tapi hati ini masih lagi menjadi miliknya.
Seperti biasa, sebelum melabuhkan mata, aku akan meneliti calendar di atas meja kerja ku. Mana lah tahu ada appointment penting ke. Tanpa diduga, esok merupakan hari lahir arwah Syafiq. Seperti kebiasaannya, setiap tahun aku akan berkunjung ke kubur arwah. Well, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita, untuk meluah.
Keesokkan harinya, aku tidak ke klinik kerana aku akan menziarahi kubur arwah Syafiq. Aku ingin bersedirian pada hari ini. Ingin mengiat kembali kenangan manisku bersama Syafiq. Dapatkah aku mendapatkan pengganti Syafiq? Yang sebaik dia? Yang semanis dia? Tiba-tiba lamunan aku terhenti dengan deringan handphone ku yang tertera nama Fahmi.
"Hai awak. Free tak harini? Kalau free boleh la lunch sama-sama or we can have a dinner together. I'll be on my way to..." tanpa sempat Fahmi menghabiskan ayatnya, terus aku mencelah. "Sorry Fahmi, I'm not available the whole day. Sorry." Terus ku letak panggilan tersebut.
Hari ini aku tidak mahu diganggu oleh siapa-siapa. Kerana hari ini sahaja lah aku dapat bersama dengan Syafiq.
Lexus LC 500 ku menuju laju ke jalan raya. Menuju ke kampung halaman Syafiq dimana dia dikembumikan. Memang sudah ku hafal jalan menuju ke destinasi. Kalau dari rumahku kira-kira mengambil masa dalam 45 minit. Dalam perjalanan, aku dihiburkan dengan radio Era FM kegemaranku. Handphone ku letakkan dalam silent mode. Aku menikmati lagu-lagu yang dikumandangakan di radio, tiba-tiba air mataku menitis apabila lagu "Menahan Rindu – Wany Hasita". Sungguh dalam maksudnya jika dihayati dari hati yang duka sepertiku.
Tanpa ku sedari, aku sudah sampai di destinasi yang dituju. Sesampainya di sana. Aku mengambil langkah menuju ke kubur milik arwah. Ku lihat kubur miliknya terjaga rapi. Mungkin ayah selalu datang untuk membersihkan kot kalau tak pun adik beradik Syafiq yang lain.
Aku hanya berdiri dan mula meluahkan apa yang terjadi dalam kehidupan seharianku. Bagaimana aku merindui dia. Air mataku seperti tidak mahu berhenti. Semakin aku bercerita, semakin deras air mataku mengalir. Aku tidak dapat menahan sebak. Namun air mataku tiba-tiba berhenti apabila aku mendengar sapaan suara seseorang. Aku terus mengesat air mataku.
"Selamat pagi. Dr Darren ke tu? Tanya ayah Syafiq, Encik Zulkiply. "Ya ayah. Ni saya Darren. Ayah apa khabar?" Tanyaku lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayah. Aku melihat wajah ayah semakin dimakan usia. "Ayah sihat nak. Dah lama ke sampai?" Tanyanya lagi.
"Baru je sampai ayah. Ayah sorang je ke datang?" Tanya ku ringkas. "Haa' ayah sorang je. Yang lain mungkin kejap lagi sampai la tu." Jelas ayah. "Ayah tengok setiap tahun Darren datang apabila hari lahir arwah Syafiq. Mesti arwah sangat bersyukur dapat orang sangat penyayang macam Darren. Tapi ayah nak pesan, ayah tak nak Darren salahkan diri Darren dengan apa yang terjadi pada arwah. Tuhan dah tentukan segalanya. Kita tak boleh nak buat apa nak." Jelas ayah panjang lebar. Tiba-tiba air mataku yang tadinya berhenti kini kembali mengalir.
Aku tahu tak baik untuk menangis di kubur seseorang kerana seakan-akan kita tak merelakan dia pergi dengan tenang. Ayah datang dekat kepadaku lalu memelukku. "Ayah tahu apa yang awak lakukan kat keluarga ayah Darren. Awak senyap-senyap masukkan duit ke dalam simpanan ayah dengan mak kan? Awak dah banyak sangat berkorban untuk keluarga kami Darren. Ayah tak tahu nak balas jasa Darren macam mana. Sampaikan ayah malu nak bersemuka dengan Darren kadang-kadang. Adik-adik arwah kadang-kadang bertanya kenapa Darren tak datang rumah. Ayah dengan Mak sampai tak tahu nak jawab macam mana. Dorang dah anggap Darren sebagai abang dorang sendiri untuk mengganti tempat arwah." Esakkan ayah.
YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...