"Are you okay bro?" Gavin bersuara memecahkan kesunyian yang dari tadi terjadi. "I'm okay Gavin. How about you? I'm sorry for what happened." Ucapku. "Nah... it's okay. Not your fault by the way. Don't think about it. I'm fine." Jawabnya. Kejadian tadi masih lagi bermain dalam fikiranku. Ini merupakan kali pertama aku menggunakan tanganku untuk kekerasan walaupun itu hanya satu tamparan. Eh salah, dua to be exact. Fahmi dan Adam akhirnya merosakkan hari-hari terakhirku di Malaysia.
Setibanya di rumah Gavin, aku memeluknya untuk kali terakhir sebelum aku berlepas ke US tiga hari lagi. Esoknya aku merancang untuk berjumpa dengan abang Fikri dan juga Datuk dan Datin untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum keberangkatankku. Selepas mengucapkan selamat tinggal, aku Kembali memacu pacuan empat rodaku menuju ke rumahku. Bagi memecahkan kesunyiaan di dalam kereta. Aku membuka playlistku. Namun lagu yang tidak aku jangka berkumandang, "Udah teleba – Hairi Francis" lagu Iban yang sudah lama aku letak dalam playlistku. Maksudnya terlalu mendalam untukku. Tanpa ku sedari, air mataku kini mengalir Kembali.
"Maafkan aku Shafiq. Aku tidak mampu untuk mengotakan janjiku". Air mataku kini deras mengalir seperti hujan yang membasahi bumi. Aku memberhentikan kereta ku di tepi jalan. Penglihatanku kabur disebabkan air mata yang tidak berhenti. Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya apa yang ku rasa kini. Aku di fitnah tanpa bukti. Namun kini semunya sudah jelas. Aku hanya peneman di kala dia kesunyian. Bila aku fikirkan itu, air mataku semakin deras. Pernafasanku kini menjadi singkat kerana esakkan tangisanku. "Ya Tuhan, apa salahku sehingga Fahmi melakukan semua ini terhadapku." Aku cuba untuk menenagkan diri. Namun fikiranku ligat memikirkan apa yang terjadi tadi.
Aku cuba untuk gagahkan diri untuk drive balik. Mampukah aku untuk berdepan dengannya esok sekiranya dia muncul ketika aku berjumpa dengan Datuk dan Datin esok? Gagahkah aku? Selepas sampai di rumahku. Aku terus masuk ke bilikku. Hatiku masih lagi sakit. Aku mengambil phoneku dan terusku menekan phone no Marvin.
"Hello Mar. Sorry ganggu malam-malam macam ni. Busy ke?" Tanyaku. "Hello Ren. Boss call tak kan la nak cakap busy." Guraunya. Namun tiba-tiba suaranya bertukar menjadi risau. "Ko kenapa Ren? Kenapa suara ko macam ni? Ko nangis lagi ke?" Tanya nya. "Ermmm... tadi saya jumpa Fahmi dengan Adam. Hati saya sakit Mar. Dia sempat tuduh saya curang. Padahal harini saya ada farewell dengan kawan kerja sebelum saya flight lusa." Jelasku. Kini air mataku kembali berlinangan. "Tak guna punya Fahmi. Memang nak kena dia ni!" Nada suara Marvin menunjukkan dia marah.
Aku cuba untuk tenangkan diri. Aku tidak mahu kekecewaan yang aku rasa sekarang mempengaruhi Marvin dan Felix sekali gus. "Mar... ko masih simpan kan surat saya bagi ko masa saya visit korang dua haritu?" Tanya ku. "Masih... kalau ikutkan hati memang tak nak simpan dah. Kenapa?" Tanya Marvin. "Mar... saya nak awak bakar surat tu. Surat dah tak ada maknanya." Jelasku. Marvin menjawab dengan nada terkejut. "Betul ni Ren? Saya tak salah dengar kan?" Marvin bertanya untuk kepastian. "Awak boleh buat apa-apa je dengan surat tu Mar." Jelasku. Selepas selesai sesi meluahkan perasaan dengan Marvin, aku terus memutuskan talian kerana aku harus menghubungi abang Fakri.
"Hello Darren... apa cerita call abang malam-malam macam ni?" Suara garau abang Fikri di hujung talian. "Abang free tak esok?" Tanyaku. "Free je. Kenapa? Nak belanja abang makan ke?" Jawabnya. Sabtu kan mana ada yang kerja. "Haa... jumpa adik kat tempat biasa esok. Pastu adik nak minta tolong abang sikit esok." Ucapku. "Beres boss. Jumpa esok." Balasnya dan terus mematikan talian.
Sudah agak lama aku tidak meluangkan masa bersama abang Fikri sebab busy dengan kerjaku. Dia pun busy. Hujung minggu aku dipenuhi dengan Fahmi namun kini semuanya berubah. Aku lebih banyak masa untuk diriku. Aku Kembali seperti diriku yang dulu. Busy dengan kerja. Namun esok merupakan satu kelainan sebab aku kena berjumpa dengan Datuk dan Datin untuk mengabarkan keberangkatanku ke US sekali gus menyatakan berakhirnya hubungan aku dengan Fahmi. Aku tahu semua ini sukar untuk ku lakukan tapi semuanya mesti dilakukan untuk kedua-dua pihak. Tambahan pula, Fahmi sudah Bahagia dengan kehadiran Adam di sisi. Aku tidak mahu hubungan kami menjadi teka teki di mata Datuk dan Datin.

YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...