20

307 18 55
                                    

Sejak aku mengarahkan supaya daddy membenarkan Fahmi bercuti untuk balik ke semenanjung, aku masih lagi belum mendengar sebarang update dari dua orang reporter setiaku. Marvin dan menceritakan bahawa Alfi merupakan senior dorang semasa di uni dulu. Alfi agak rapat bersama mereka bertiga sehingga la Adam hadir dalam hidup mereka sehingga menyebabkan perpecahan antara mereka. Adam memilih Alfi walaupun pada asalnya dia bersama dengan Fahmi. Adam menyatakan dia sudah tiada jodoh dengan Fahmi kerana takdir sudah menentukannya. Tapi kini malah dia datang Kembali dan melawan takdir tersebut. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Fahmi.

Bila teringatkan tentang Fahmi, kini hubungan aku dengan Desmond semakin merapat. Namun aku cuba jarakkan dan cuba membuat boundries yang sepatutnya. Aku tidak mahu terikat atau mempunya apa-apa hubungan yang tidak sepatutnya. Memang tidak dinafikan bahawa Desmond mempunya daya tarikan yang sangat tinggi namun bukan bagiku. Mungkin kini hatiku sudah tutup untuk benda yang bernama cinta. Aku sudah simpan jauh. Sejak berkenalan dengan Desmond dia seperti tidak kisah orang mengetahui statusnya sebagai seorang insan yang menyukai kaum sejenis. Begitu juga dengan diriku sebab bagiku tiada yang memalukan untuk mejadi diri sendiri. Tapi itu bukan bermaksud aku akan melakukan open relationship seperti yang Desmond lakukan.

Walaupun baru berkenalan, namun banyak benda yang aku perhatikan pada Desmond. Tambahan dia stay di condo yang sama denganku. Kadang-kadang apabila dia bertandang ke condoku apabila kami mempunya cuti yang sama. Di situ lah dia menyatakan bahawa menyukai kaum sejenis. Namun aku hanya mengiyakan. Aku tidak peduli semua itu, yang penting dia ikhlas untuk berkawan denganku. Kadang-kadang aku menjadi tempat dia untuk meluahkan perasaan kerana kebanyakkan 'BF' dia semuanya in open relationship. Aku bukan tidak menyokong apa perkara tersebut. Aku tahu kenapa orang tidak mahu untuk ada commitment dalam hubungan sejenis kerana mereka takut dikecewakan. Jadi lebih baik jadi no string attached. Tapi bagiku satu hubungan yang kekal itu penting walaupun nampak mustahil tapi akan aku buktikan bahawa benda tersebut wujud.

Tiba-tiba fikiranku terhenti oleh satu panggilan dari orang yang tidak ku sangka. Datuk Fauzi. Kenapa agaknya dia call waktu-waktu macam ni. Kebetulan aku tidak bertugas pada hari ini. "Hello uncle." Jawabku tanpa membuang masa. "Hello Darren... Darren sihat ke?" Balasnya. "Syukur... Darren sihat je ni. Ada apa uncle call ini? Ada something happens masa treatment ke?" tanyaku tanpa membuang masa. "Eh... tak la... treatment semua okay. Tapi tu la. Sentuhan orang lain tidak sama seperti yang Darren buat. Mungkin mereka takut kot sebab uncle ada title." Ucapnya sedikit mengeluh. Memang betul Datuk Fauzi tidak bermegah dengan title yang dia ada. Baginya dia datang ke tempat kita untuk mendapatkan rawatan bukan untuk menjaja title yang dia ada. "Syukur la kalau semua okay. Jadi kenapa uncle call ni?" Ujarku. Jarang beliau akan call sekiranya tidak mempunya sesuatu untuk diberitahu.

Tanpa membuang masa beliau terus membuka cerita. "Semalam Fahmi ada balik ke rumah. Dia bercerita dengan aunty yang dia terjadi antara dia dengan tunang dia." ucapannya terhenti di situ. Aku terkaku apabila aku mendengar perubahan suara di hujung talian. Aku tahu beliau sangat sedih dengan apa yang telah terjadi. Beliau menceritakn apa yang Fahmi ceritakan kepadaku. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku tidak menyangka bahawa Adam sekejam itu. Malah dia hadir dalam hubungan kami hanya kerana dia tidak mahu Fahmi Bahagia bersama orang lain. Dasar gay murahan! Aku tidak tahu kenapa aku merasakan dadaku seperti terbakar. Kenapa aku tidak terajang ke Adam tu dulu Ketika aku mempunyai peluang. Jadi apa yang Alfi bagitau tu adalah fakta dan bukannya auta. Fahmi dan Alfi menjadi mangsa mainan Adam. Hebat permainan dia.

Aku hanya mampu memberikan nasihat yang aku sendiri tidak pasti. Hal ini kerana aku dengan Fahmi sudah mempunyai apa-apa hubungan. Namun aku cuba yang terbaik. Tapi yang membuatkan aku terkejut yang beliau menyatakan yang beliau tidak akan melakukan apa yang dia lakukan dahulu yaitu ingin menyatukan aku dan Fahmi. Hal ini kerana dia tidak mahu aku kecewa lagi. Namun aku hanya mampu berdiam sahaja. Sepanjang perbualan tersebut aku lebih banyak berdiam dan hanya akan bersuara apabila perlu sahaja.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now