10

402 22 8
                                    

Dah sebulan sejak aku bersetuju untuk membuka hati yang telah lama tertutup kepada insan yang bernama Fahmi. Adakah aku merasa Bahagia? Ya. Tapi ada sesuatu yang kadang-kadang mengganggu fikiranku. Perasaan yang tidak dapat aku jelaskan dengan kata-kata. Part of my heart masih lagi meragui tingkah laku Fahmi terutama sekali sejak akhir-akhir ini. Ya la, aku sibuk di hospital sebab ingin menghabiskan specialization ku dalam bidang orthopaedic, namun Fahmi busy dengan kerja-kerja di office. Namun kadang kala dia keluar dengan kawan-kawannya.

Aku bukan jenis yang meragui sesuatu tanpa bukti namun semuanya aku diamkan sahaja. Kerana ingin menjaga hati masing-masing. Hubungan yang baru sahaja kmi bina ini masih lagi dalam keadaan yang agak rapuh. Aku tidak mahu menimbulkan apa-apa persengketaan antara diriku dengan dirinya. Tambahan pula semua ahli keuarga sudah mengetahui bahawa aku dengan Fahmi sudah declair untuk menjadi pasangan kekasih, ini termasuklah Marvin dengan Felix.

Banyak nasihat yang aku terima terumata dari Marvin, sahabatku sejak dari bangku sekolah lagi. Walaupun berjauhan namun kami masih lagi berhubung macam biasa termasuk lah budak Felix tu. Hubungan kami dah memang macam adik beradik. Saling menyokong antara satu sama lain bila dalam kesusahan.

"Eh Darren, jauh mengelamun. Memikirkan siapa tu? Pakwa you ke?" Sergah Dr Carrie menyedarkan diriku dari lamunan. Dr Carrie adalah rakan sekerjaku yang bersama-sama denganku dalam orthopaedic. "Eh Carrie, tak ada lah. Just fikir patut ke tak saya terima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UK dimana tempat aku menamatkan DPT ku dulu dalam bidang orthopaedic." Jelasku.

"Wah... kenapa tak pergi je? Setahun je kan? Ke awak tak nak tinggalkan pakwa awak? Bawa la dia sekali." Tambah Dr Carrie sambil tertawa. Aku hanya mampu tersenyum. "Bukan tak nak terima Carrie. Business saya kat sini sapa nak monitor. Saya tau semua staff saya boleh dipercayai. Tapi hati ni berat nak tingggalkan apa yang telah saya bina dengan titik peluh sendiri." Jelasku walaupun apa yang Carrie cakap tu ada betulnya. Bukan senang nak melakukan LDR. Dah la aku ni jenis yang tak suka berjauhan.

"Awak dah bincang dengan pakwa awak ke?" Tanya Carrie lagi. "Belum lagi. Saya tak rancang untuk bagitau pun sebab saya tak pasti saya akan terima ke tak." Jelasku. Mungkin ini yang terbaik. Aku ingin selalu ada dengan Fahmi. Aku ingin ad ajika dia memerlukan seseorang. Aku bersyukur dengan tawaran itu, tapi bagiku rezeki ada dimana-mana.

Harini berlalu seperti biasa. Masuk kerja awal pagi balik malam. Namun apabila aku membelek phoneku. Kosong. Tak ada satu pun pesanan dari Fahmi. Ini terjadi hampir satu minggu. Kalau bukan aku yang menghantar WhatsApp dulu, memang susah untuk melihat Fahmi menghantarnya dulu. Namun kadang-kadang dia akan reply selepas satu ke dua jam walaupun nampak statusnya online. Namun semua itu aku diamkan. Mungkin dia busy kot dekat office. Sebab sebelumnya Uncle Fauzi ada bagitau yang dorang tengah handle projek besar.

Tanpa membuang masa, aku menekan no phone Fahmi. Mana la tau boleh dinner sama-sama untuk malam memandangkan jam baru menunjukkan jam 8 malam. Namun panggilanku diakhiri dengan tidak dijawab. Aku cuba untuk kali yang kedua dan panggilanku diangkat.

"Hello awak." Kataku. "Hello... ni siapa ye?". Satu suara yang tidak ku kenali menjawab panggilanku. Aku lihat balik ke skrin telephone ku. Ya ni memang no phone Fahmi. Tapi kenapa orang lain yang jawab. "Saya kawan dia, boleh saya tahu siapa di talian. Kalau tak silap ni phone Fahmi kan? Jawabku lagi. "Darren? Awak sapa eh? Kenapa awak call boyfriend orang malam-malam macam ni? Dah tak ada kerja lain ke? Nak rampas boyfriend orang pula? Dahla dia tak save no phone awak kat dalam phone dia. So jangan mimpi ya. Saya Adam by the way. BF Fahmi." Jawapan dari insan yang bernama Adam itu sungguh mengejutkan dirku sehingga ku mendengan satu suara yang amat aku kenali. "Sayang, siapa yang call?" Itu suara Fahmi.

Tanpa membuang masa, aku terus meletakkan phone. Hatiku hancur. Sayang? Apa semua ini? Ya Tuhan. Aku mohon. Tunjukkan kepadaku apa yang Engkau ingin aku tahu. Doaku dalam hati. Air mataku mengalir tak dapat ku tahan. Adakah hubungan yang baru ingin dibina ini akan berakhir seperti ini.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now