16

295 21 13
                                    

Sudah tiga bulan aku bertugas sebagai seorang orthopaedic surgeon sekali gus kadang-kadang sebagai seorang physiotherapist. Aku bangga dengan apa yang telah aku capai hingga kini. Aku cukup bersyukur kerana mempunyai orang yang mendukung kerjayaku. Banyak tawaran yang telah aku terima sekiranya aku pulang ke Malaysia nanti. Prof Ayiesah sudah memberitahuku beberapa hospital sudah mula untuk mengorak Langkah untuk memasukkan namaku ke dalam hospital masing-masing. Buat masa kini, aku hanya ingin mengambil pengalaman yang tidak mampu aku dapatkan di Malaysia. Di bawah bimbingan Prof Edward bukan lah sesuatu yang mudah. Setiap hari aku menghadap X-Ray atau pun MRI. Walaupun sebagai seorang physiotherapist pun itu merupakan pengetahuan yang sangat berharga kerana mereka pun akan menangani kes-kes orthopaedic juga.

Kadang-kadang aku rindu akan Malaysia. Rindu suasana di sana. Rindu telatah pesakit aku di sana. Aku rindu untuk bercerita dengan arwah Shafiq. Aku sempat juga berkunjung ke kubur arwah bersama dengan familynya sebelum aku berangkat. Mengucapkan ucapan selamat tinggal bukan senang apabila bersama dengan orang yang kita sayang. Fahmi sudah tidak lagi wujud dalam kamus hidupku walaupun kadang-kadang Marvin dengan Felix selalu bertanya bagaimana keadaan aku. Adakah aku merindui Fahmi. Jawapan aku hanya satu. TIDAK! Hatiku sudah tertutup untuk benda yang namanya cinta. Aku menyerah kepada takdir. Aku terima sekiranya ini kehendakNya.

Hari-hariku dipenuhi dengan schedule kerjaku. Aku tidak pernah mengeluh kerana aku tahu bahawa begini lah aku yang dulu. Begini la keadaanku semasa aku kehilangan arwah Shafiq suatu Ketika dulu. Oleh sebab itu lah aku selalu dimarahi oleh Marvin dan Felix. Daddy dan mummy menyerahkan semua tanggungjawab memarahiku kepada mereka. Sedangkan kakakku pun tidak seperti mereka. Aku tahu mereka risau namun hanya dengan cara ini aku mampu untuk menengkan diri. Disebabkan itu juga la aku mampu untuk membina kerjayaku di Malaysia tanpa bantuan Daddy. Businessku aku bangunkan sendiri dengan titik peluhku sehinggakan aku mampu membuka beberapa cawangan di beberapa buah negeri.

Hanya disebabkan staff di tempat aku bertugas sekarang mengenaliku membuatkan aku agak mudah untuk menyesuaikan diri di sini. Tambahan pula kawan-kawan DPT ku dulu mempunyai klinik yang berdekatan dengan tempatku. Setiap hariku ada sahaja tetamu yang datang bertandang ke condo milikku. Aku hias condo tersebut menjadi sangat mewah sesuai mengikut cita rasaku. Apabila tetamu sentiasa bertandang maka aku kena la masak untuk mereka. Memasak juga bukan perkara yang asing buatku cuba apabila di Malaysia aku tidak mempunya peluang untuk masak kerana Mak Jah tidak membenarkanku untuk masuk ke dapur kerana dia menyatakan kalau aku masuk ke dapur untuk masak habis apa pula tugas dia nanti.

"Darren... did you finish the task that I gave you just now?" Ucap Prof. Edward menyedarkan aku dari lamunanku. Aku tidak tahu berapa lama aku mengelamun sehingga aku tidak perasan yang Prof Edward masuk ke dalam bilik studyku. "Good job Darren. No wonder Prof. Ayiesah recommended you and I'm glad that you accept the offer. I have no regret to share all the knowledge that I know to you." Ucapnya lagi. "My pleasure prof." Balasku. "By the way, we'll gonna have a laminectomy surgery later and I want you to access me." Tambahnya lagi. "Roger that prof." Balasku lagi. Di sini memang tidak asing lagi surgery yang melibatkan tulang belakang. Semua ini disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat. Kebanyakkan pesakit yang memilih untuk menjalankan surgery kebanyakkannya merupakan mereka yang tidak mampu bertahan dengan rawatan complimentary. Rawatan complimentary memang akan memakan masa tapi akan membantu jika mereka bersabar. Apabila mereka melakukan apa-apa jenis surgery sudah tiada U-turn di situ. Sepanjang tiga bulan aku di sini, kebanyakkan pesakit yang datang kepadaku, aku arahkan untuk mendapatkan rawatan physiotherapist selama 3 bulan secara intensive dulu sebelum mereka memilih untuk menjalankan surgery.

Ramai pakar orthopaedic di sini yang tidak menyukai caraku namun tidak aku endahkan. Selagi Prof Edward tidak menyatakan itu salah maka akan aku teruskan apa yang aku lakukan. Setelah beberapa jam dalam OT, aku dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setelah selesai melakukan apa yang patut, aku terus mengorak Langkah untuk Kembali ke condoku. Setibanya di condoku, aku terus mandi. Selesai sahaja mandi, tiba-tiba aku mendengar phoneku berdering. Tanpa membuang masa terus aku dapatkan phoneku kerana aku takut itu merupakan panggilan dari hospital. Hal ini kerana telah meletakkan namaku sebagai doctor on stanby sekiranya ada sebarang kecemasan yang memerlukan bantuanku.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now