13

303 18 11
                                    

Sejak mendapat panggilan dari Marvin dua hari lepas, hatiku menjadi tidak tenteram. Adakah ini punca Darren senyap dan tidak reply satu pun dari text ku. Semuanya diakhiri dengan blue tick atau pun tidak dibaca langsung. Adakah Darren tahu kini aku dan Adam sudah bersama atau adakah dia masih marah sebab aku tidak menjawab panggilan daripadanya Ketika aku sedang sibuk bermadu kasih dengan Adam haritu. Memikirkan perkara ini membuatkan aku serabut.

Kenapa aku perlu serabut? Bukankah ini yang terbaik? Sebab aku sudah dapat Adam balik dan sekarang dia bukan siapa-siapa. Dia sepatutnya sedar diri. Kalau dia sedar diri mungkin ini keputusan yang dia akan buat.

"Bae... jauh temenung. Fikirkan apa tu?" Terus ada mencium pipiku. Kini aku dan Adam tinggal bersama di condo milikku. Aku gelisah kerana alas an untukku tidak balik ke rumah abah dan mama hanya kerana Darren. Namun kini status kami sudah jad begini. Semuanya akan jadi satu masalah nanti bila abah tahu yang aku Kembali bersama Adam. Hal ini sebab, sebelum ni aku keluar aku hanya guna nama Darren. Darren la penyelamat hubungan aku dengan Adam. Dengan Adam lain, aku boleh dapat apa yang aku nak. Dia pandai puaskan aku. Hampir setiap malam kami menjalinkan hubungan intim. Itu merupakan satu kepuasan buatku.

"Eh... mana ada bae termenung... bae Cuma kagum dengan performace sayang malam tadi. Makin mantap." Jelasku terus aku kiss mulut Adam. "Ada-ada je bae ni. Sayang nak mandi dulu. Ke bae nak mandi sama? Boleh kita continue dalam bilik mandi pula." Pelawa Adam manja. Aku apa lagi, bagai disorongkan batal la jawabnya.

Setelah semuanya selesai, aku dan Adam bersiap untuk pergi kerja. Aku kena hantar dia ke tempat kerja dulu sebelum aku mengorak Langkah ke office. Selepas Adam keluar dari kereta dan menuju ke tempat kerja nya. Aku terus mengeluarkan phone dan mencuba lagi nasib untuk text Darren. Namun semuanya masih sama. Tiada jawapan.

Aku tidak tahu apa yang harus aku rasa. Namun aku berasa sedikit kecewa dan sedih. Mungkin aku sayang kat dia? Tapi perasaan itu sangat sulit untuk aku tafsirkan. Aku merasakan aku kehilangan sesuatu namun tidak cukup terasa tapi jauh di dalam lubuk hatiku menangis. Namun perasaan itu aku buang jauh kerana aku berasa sangat Bahagia sekarang. Aku tidak mahu kehilangan Adam lagi. Aku akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk hubungan ini kekal. Aku akan perjuangkan hubungan ini. Aku akan bawa Adam berjumpa dengan abah dan mama satu hari nanti. Aku nak buktikan yang Adam pun sebagus Darren.

Setibanya di office, aku mendapat satu pesanan yang abah memanggilku ke office. Aku dah kalut dah. Memang salah aku gak sebab selalu masuk office sejak dua menjak ni. Maklumlah kena hantar 'wife' pegi tempat kerja dia dulu mesti la masuk lambat. Aku dah garu kepala. Aku nak bagi alasan apa pula kali ni. Takkan aku nak jual nama Darren. Nak guna nama dia pun aku kena tengok tempat gak. Takkan semua benda nak jual nama dia. Tambah lagi dengan hubungan kitaorang yang dah kat hujung tanduk macam ni.

Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke bilik abah lalu ku ketuk pintu biliknya. "Masuk." Datuk Fauzi memberi arahan. Aku tanpa membuang masa terus membuka pintu dan masuk ke bilik dan ku tutup Kembali pintu. "Ada apa abah cari Fahmi?" Tanyaku memulakan bicara. "Haiii..." Datuk Fauzi mengeluh. "Apa nak jadi dengan ko ni Fahmi. Dah seminggu ni ko asyik datang lambat ke tempat kerja. Semua staff cakap pasal perangai kamu. Mana abah nak letak muka abah ni Fahmi? Kerja ko pun lambat hantar. Kita tengah dealing dengan projek besar pun ko boleh main-main. Apa nak jadi denngan ko ni?" Suara abah sedikit meninggi.

"Tadi pagi Fahmi pergi breakfast dengan Darren dulu sebelum masuk kerja. Tak perasan pula masa berlalu dengan cepat." Aku cuba untuk memberi alasan. "Don't bullshit me Fahmi. Ko keluar dengan siapa dua tiga hari ini? Jangan cuba nak bawa nama Dr Darren dalam hal ini sebab abah tahu he's not around." Apa yang keluar dari mulut abah membuatkan aku kaku. Darren outstation? Kenapa aku tidak tahu dan macam mana abah boleh tahu?

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now