6

695 18 2
                                    

Saya tahu yang saya patut mengikut rasa hati. Hati ini mengatakan bahawa Fahmi still tak berubah lagi. Hati yang ingin memberi dia peluang dah tutup kembali. Kalau bukan kerana uncle Fauzi memang tak la saya nak kisah pasal dia. Makan malam tiga hari yang lepas merupakan tanda-tanda yang menunjukkan ketidaksediaan Fahmi untuk melangkah lebih jauh untuk satu hubungan yang kekal.

Apa yang terjadi tiga hari lepas membuatkan saya sedar yang jangan senang sangat nak buka hati untuk orang yang ada masa lampau yang kita tidak tahu. Walaupun mungkin dia ingin berubah tapi kalau tak bersungguh pun tak guna. Seperti biasa, kalau saya nak tahu orang tu betul-betul serious. Saya akn selidik sampai lubang cacing. Bukan saya nak jadi pysco tapi ini orang katakana langkah berjaga. Sediakan paying sebelum hujan katakan. Saya pun installed la aplikasi topeng kuning tersebut. Bila fikir balik, saya installed benda tu pun untuk ajar sikit si Fahmi ni. Tapi sekarang aplikasi tu memang saya takkan install lagi.

Makan malam dengan Fahmi saya rancang dengan teratur dan semuanya menjadi. Bukan nak kata saya jahat tapi saya taknak kecewa macam orang lain yang terima orang secara bulat-bulat. Saya bagitau driver saya untuk datang ambil Fahmi tu semua saya dah rancang dari awal. Padahal saya tak balik pun. Saya tengah mempersiapkan aplikasi topeng kuning. Kenapa? Sebab Fahmi wujud. Jadi memang betul la dia active benda tu. Saya edit gambar saya supaya dia tak perasan orang itu adalah saya. Namun gut feeling saya tak pernah salah sebab pancingan saya mengena. Siap la ko kali ni Fahmi. Nak sangat kan. Depan saya nak cakap sayang-sayang bagai.

"Hi". Saya memulakan conversation di aplikasi topeng kuning. Selepas beberapa minit baru dia reply. Busy juga mamat ni. Bua tapa je la kat rumah dia tu sampai lambat reply.

"Hi gak adik cute'. Amboi. Bukan main lagi dia mengayat. Tapi yang penting dia tak kecam bahawa itu adalah saya.

"Bua tapa tu? Macam dekat je? Free ke sekarang?" ayat ku cuba untuk menarik pancingan yang sudah mengena.

"Baru sampai rumah ni. Tadi keluar makan. Free je kalau nak jumpa. Datang la rumah saya kalau dekat. Tambah lagi hidup membujang ni. Best gak kalau ada orang teman malam ni." Boom... kantoi. Dasar jantan gatal. Tapi saya teruskan permainan tersebut. Location semua dia bagi. Dia bagitau kalau dah sampai nanti baru dia turun untuk jemput.

Padahal pada masa tu saya dah memang kat dalam Kawasan condo dia. Selepas 10 minit baru la saya bagitau yang saya dah sampai. Saya tunggu kat dalam kereta. Dalam 2 minit saya melihat satu susuk tubuh berjalan menuju ke arah keretaku. Dia menggunakan seluar three quarter hitam dan singlet warna putih. Nampak tak permainan dia kat situ. Namun langkah dia terhenti. Mungkin dia perasan itu kereta saya kot.

Tanpa membuang masa. Saya keluar dari kereta dengan senyum sinis. Apabila saya keluar. Saya tatap muka dia mula berubah. Mungkin ni nightmare dia kot. You play the wrong game Fahmi.

"Hi Fahmi." Sapaku.

"Eh awak. Apa yang awak buat kat sini? Bukan awak cakap yang awak dah balik ke?" dengan nada yang ketakutan.

"Saya rasa awak dah tahu kot kenapa saya kat sini. Awak yang bagi saya location tadi suruh saya datang sebab awak duduk bujang kan? Apa lagi? Best kalau ada orang yang teman?" jawabku sinis.

Dia diam seribu Bahasa. "Awak... please jangan bagitau perkara n ikat abah dan mama. Saya tak nak mereka risau dan kecewa dengan apa yang telah saya buat. Saya tau saya salah. Saya tak patut layan semua benda ni." Saya terkejut tiba-tiba saya melihat air mata jernih jatuh di pipinya. Dia terus mengeluarkan phone miliknya. "Saya nak awak jadi saksi bahawa saya akan delete semua aplikasi yang berkaitan dengan scandal ni." Dia mematikan katanya di situ dan terus menekan butang "delete". Saya terpaku melihat tindakannya tapi saya takkan mudah terpedaya. Sebab ada je yang delete applikasi tu depan boyfriend dorang tapi bila dah jauh install la balik. Well... depan lain belakang lain.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now