4

725 17 4
                                    

Hari yang tidak diingini telah pun tiba dimana hari untuk makan malam bersama keluarga Datuk Fauzi. Kalau ikutkan hati nak tolak tapi disebabkan Datin Azlina beriya mengajak terpaksa la aku akur. Kalau si mamat poyo tu yang ajak memang tak la aku nak datang. Nasib baik la uncle dengan aunty ni kawan baik papa. Uncle Fauzi sekeluarga pernah stay kat Sarawak for few years dulu. Dari situ la mereka berkenalan dengan daddy. Mereka bukan saja kenalan untuk busniness namun mereka dah macam ahli keluarga kami sediri.

Sepanjang aku mengenali keluarga uncle Fauzi, tak pernah pun kenal si Fahmi tu. Just kenal kak Hawa je. Tapi sikap dorang dua ni sangat berbeza. Kak hawa seorang yang sopan tapi adik dia ni poyo sangat. Mungkin sebab kena manja sangat kot, sebab tu perangai macam tu. Masa kecil-kecil dulu selalu juga la family kami berjumpa. Mungkin pernah kot jumpa dengan mamat Fahmi ni just tak register kat otak. Maklum la budak lagi.

Lamunan ku terhenti bila tiba-tiba satu suara menyapa ku dari belakang. "Baru sampai ke? Jemput la masuk. Datuk sekeluarga tengah tunggu doctor kat meja makan." Kata wanita yang seakan-akan umur Mak Jah. Wanita tersebut membawaku ke tempat makan yang telah disediakan. Kemas juga rumah agam milik uncle Fauzi ni. Semua barang dalam keadaan tersusun.

Sesampainya di meja makan, ku lihat Datuk Fauzi, Datin Azlina dengan Fahmi sedang berbual-bual di meja makan. Setibanya melihatku, Datuk terus menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, diikuti oleh Datin dan tidak ketinggalan Fahmi. Selepas selesai bersalaman, aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Fahmi. Banyak benda yang kami bualkan ketika makan, pasal kerja, busniness, kesihatan dan juga pasangan hidup. Uncle Fauzi dengan Aunty Azlina sebenarnya serba sedikit mengetahui kehidupanku. Apa yang pernah terjadi kepada diriku. Hal ini sebab, semasa pengajian MBBS ku di university tempatan, mereka juga banyak membantuku. Tu pun sebab daddy yang bagitau yang saya sedang melanjutkan pelajaran di semenanjung.

Tapi tetap juga mereka tidak pernah menceritakan apa-apa tentang Fahmi dan kewujudan Fahmi tidak pernah aku ketahui sehingga la mereka mengunjungi klinik miliku tempoh hari. Handsome juga Fahmi ni kata hatiku. Namun semua itu aku simpan hanya di dalam hati. Hatiku masih ku tutup rapat dan tidak ku ketahui bila dan siapa yang dapat membuka pintu hatiku lagi.

Selesai makan malam, Datuk Fauzi mengajakku ke bilik atau pejabat di rumahnya untuk berbual seketika. Aku tanpa berfikir panjang hanya menurut kehendak Datuk. Aku melihat Fahmi mengikut Datin Azlina ke ruang tamu manakala aku mengikut Datuk ke pejabatnya. Sebaik sahaja tiba di biliknya, pintu ku tutup rapat dan Datuk mula bertanyakan soalan yang selama ini selalu aku hindari.

"Darren macam mana sekarang ni? Masih tertutup pintu hati selepas apa yang terjadi pada arwah Syafiq?" Satu nama yang amat menyakitkan keluar dari mulut uncle Fauzi. Aku hanya tunduk dan diam membatu.

"Uncle tahu. Bukan senang untuk melupakan orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Tapi jangan Darren siksa arwah macam tu. Arwah pun mesti nak Darren bahagia. Mulakan lah hidup baru. Uncle tahu bukan senang tapi uncle yakin Darren boleh. Daddy Darren dah mula risau sebab Darren sibuk dengan business Darren. Travel sana travel sini hanya untuk melupakan apa yang telah terjadi. Uncle bukan nak menyebuk hal peribadi Darren tapi uncle dah anggap Darren macam anak uncle sendiri. Apa yang menimpa arwah Syafiq bukan kemahuan siapa-siapa. Tuhan lebih sayangkan dia. Tapi kita tinggal harus meneruskan kehidupan kita." Sambung Datuk Fauzi panjang lebar.

Tanpa ku sedari air mataku mengalir membasahi pipiku. Syafiq merupakan seorang yang sangat aku sayangi, orang paling aku cinta. Namun jodoh kami tidak panjang apabila dia terlibat di dalam satu kemalangan. Sebagai seorang doctor. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mengalami pendarahan yang terus yang menyebabkan dia kehilangan nyawa. Selasai sahaja housemanship selama dua tahun berakhir. Aku terus melanjutkan pelajaran ku untuk DPT. Keputusan ini aku ambil kerana aku tidak sanggup untuk melihatkan satu lagi kematian kerana perkara tersebut akan mengingatkan aku kembali kepada arwah Syafiq.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now