12

283 17 10
                                    

Hari ini merupakan hari ke lima aku tidak membalas apa-apa yang berkaitan dengan Fahmi termasuklah Text dengan phone call. Aku penat. Hati aku dah hancur. Memadaikah aku mengorbankan perasaanku untuk insan bernama Fahmi. Apabila aku cuba untuk membuka Kembali hatiku untuk orang lain namun semuanya berakhir dengan dia memilih kekasih pertamanya. Jujurku katakan, aku tidak membenci Fahmi atau Adam. Aku tahu aku siapa. Aku dengan Adam berada di taraf yang berbeza di hati Fahmi. Namun aku redha. Aku terima semua kehendak-Nya. Jika ini yang Tuhan takdirkan aku terima.

Marvin ada juga meghubungi aku berkenaan dengan Fahmi. Namun aku minta supaya perkara ini tidak memburukkan hubungan persabahatan antara mereka. Aku tahu Marvin sangat marah dengan apa yang telah Fahmi lakukan tapi aku tidak mahu semuanya disebabkan olehku. Aku sudah berjanji di depan kubur Arwah Shafiq yang air mata ini tidak akan mengalir untuk Fahmi lagi. Aku harus kuat. Daddy dan Mummy sudah mengetahui perkara ini namun semuanya aku diamkan untuk Datuk Fauzi dan Datin Azlina. Hal ini kerana, aku tidak mahu mereka sedih. Daddy dan Mummy menyokong setiap apa yang aku lakukan.

"Ring...Ring..." Phone di meja kerjaku tiba-tiba berbunyi. "Hello, Dr Darren speaking." Jawabku. "Hello Darren. Dr Ayiesah here. Can you please come to my office now?" Aku terkejut sebab menerima panggilan daripada HOD orthopaedic department. Tanpa membuang masa, aku terus bergegas ke biliknya. Kenapa aku tiba-tiba di seru? Aku ada buat salah apa-apa ke? Selalunya orang yang kena masuk bilik dia bila report pesakit tak lengkap or ada masalah yang berlaku dengan keputusan surgery atau sebaliknya.

Setibanya di pintu bilik beliau, aku terus mengetuk pintunya. "Come in." Satu suara di dalam bilik menjemputku untuk masuk. "Hi Dr Darren. Have a sit." Pelawanya. Aku tanpa sepatah kata terus patuh dan duduk menghadapnya. Biliknya dipenuhi dengan buku-buku medical dan juga research paper. "I just got a called from Prof Edward regarding their offer for you to continue your specialization but you haven't given them any reply. Can I know why?" Alamak. Prof Edward dah call sini pula dah. Tambahan Prof Ayiesah memang kenal Prof Edward. Masak la aku.

"Dr Darren? Are you listening to me? Awak ada masa depan yang cerah. Awak hanya perlukan satu tahun setengah sahaja kat sana. What are you waiting for? Grab the opportunity. Bukan senang nak dapat tawaran macam tu. Tambah lagi memang saya recommend awak kat Prof Edward because I saw someone with potential. Awak boleh ubah persepsi dan mentality orang kita, awak seorang physio dan juga seorang pakar orthopaedic. If nothing holding you back over here please accept their offer ya." Leter Prof Ayiesah.

Hampir satu jam juga aku dalam bilik beliau. Semua leteran itu membuka Kembali mataku. Sebab aku tidak terima tawaran tersebut kerana adanya Fahmi tapi kini semuanya sudah berbeza. Fahmi dah ada Adam. Mungkin ini peluang terbaik untuk aku meneruskan pengajianku. Tambahan pula, minggu depan merupakan due date.

"Amboi Darren. Jauh termenung. Dengar cerita ko kena seru dengan Prof Ayiesah." Suara Dr. Gavin mengejutkanku. Sebab sibuk memikirkan apa yang Prof katakana aku lupa untuk tengok kiri kanan sehingga tidak perasan yang Gavin dengan Carrie memerhatikan dan mengikutiku dari tadi. "Nothing much. She told me to accept the offer." Balasku ringkas. Gavin dan Carrie saling berpandangan. Mereka berdualah kawanku bila berada di hospital. Walaupun Carrie department lain namun kami bertiga memang selalu bersama bila ada masa terluang. "So? Do you agree?" Tanya Carrie. "This time... nothing is holding me back." Balasku. "How about him?" Sambung Carrie lagi. "He just a history. He already found someone new." Jawabku. Walaupun perit namun aku bagi satu senyuman kecil. Gavin dengan Carrie hanya tunduk diam. "Sorry about that. I don't know that both of you already..." Belum sempat Carrie menghabiskan ayatnya, Gavin terus menyikunya. Aku hanya mampu tergelak melihat telatah mereka berdua. "I really gonna miss both of you." Ucapku.

Keesokkannya, aku menyampaikan hasratku kepada Mummy dan Daddy. Mummy agak keberatan untuk membenarkan ku. Ye la. Dulu pun aku lari ke US sbb arwah Shafiq. Sekarang mungkin sebab Fahmi. Namun aku tidak mahu mereka berfikir demikian. Aku menjelaskan kenapa aku mengambil keputusan seperti itu. Akhirnya Mummy mempersetujui keputusanku. Daddy hanya mengikut sahaja. Aku tidak perlukan persetujuan dari Fahmi dalam keputusan ini, kerana sedikit sebanyak keputusan yang aku ambil ini adalah disebabkan olehnya. Aku tahu kehadiran diriku tidak mempunyai makna baginya. Mungkin aku akan memaklumkan kepergianku pada Datuk Fauzi dan Datin Azlina sebelum keberangkatanku ke US nanti.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now