23

375 17 2
                                    

Kini sudah beberapa bulan selepas aku kembali bekerja di office abah selepas tugasku di Sarawak selesai. Banyak benda yang aku rindu sepanjang keberadaanku di sana. Aku tahu siapa kawan dan siapa lawan. Aku tahu walaupun untuk mendapatkan sebuah kemaafan itu bukan mudah, namun aku percaya suatu hari nanti Marvin dan Felix akan terbuka hati untuk semua itu.

Darren? Menyesal? Tipu jika aku menyatakan aku tidak menyesal dengan semua yang telah terjadi. Aku terlampau mengikut kata hati yang menyebabkan insan yang ikhlas mencintaiku ikhlas. Aku tidak tahu mahu mula dari mana lagi. Sedih? Marah? Aku marah dengan diriku sendiri. Betul kata orang menyesal itu tidak pernah awal namun sekarang nasi sudah menjadi bubur. Aku tidak tahu di mana keberadaannya. Rindu? Yes... aku rindu dia. Kalau korang baca ni mesti korang marahkan dengan apa yang aku katakan ini.

Mesti korang fikir aku tidak layak untuk merindui Darren selepas apa yang telah aku lakukan. Aku menyesal. Namun jika ini kehendak takdir, aku redha. Aku berusaha untuk berubah kea rah yang lebih baik dari sebelumnya.

Adam? Dia ada buat cubaan untuk Kembali namun kali ini aku tidak akan membuat diriku ditipu lagi. Aku padamkan semua memori yang telah aku bina bersama insan yang Bernama Adam. Aku biarkan semuanya terkubur ditelan masa. Aku utamakan diriku untuk berubah menjadi yang terbaik. Kini dia telah menjadi masa silam yang telah membuka mataku seluar lautan dan pengajaran terbesar buat hidupku.

"Eh Fahmi, jauh termenung... terkenangkan siapa tu?" Sergah abah. Walaupun semakin dimakan usia namun beliau masih lagi seperti anak muda yang sentiasa bermotivasi dalam melakukan sesuatu. "Eh abah... bila sampai... terkejut Fahmi. Balasku. "Tak ketuk pintu pun." Tambahku. "Tak ketuk apanya... Dah nak roboh dah pint utu abah ketuk tapi taka da apa-apa jawapan pun. Apa lagi abah masuk je la..." Omelnya panjang. "Ada eh..." Sengehku.

"Ada apa abah cari Fahmi time-time macam ni. Ada benda yang nak dibincangkan ke?" Selalunya abah jarang masuk office ku jika tidak mempunya apa-apa yang mustahak. "Abah ada benda sikit nak cakap dengan Fahmi ni." Jelasnya walaupun jawapan tersebut sudahku duga. "Ada apa yang mustahak sangat abah nak discuss dengan Fahmi ni samapi tak boleh nak tunggu balik rumah?". Aku curious. Adakah pasal project yang aku kendalikan? Kalau pasal project, mesti abah akan menyuruhku masuk ke officenya.

"Fahmi tak nak sambung study ke?" Sambungnya lagi. Aku berdiam seribu Bahasa. Sambung study lagi tidak pernah terlintas dalam fikiranku. "Eh... tak nak la abah. Cukup la denga napa yang Fahmi dah ada sekarang ni. Tambah lagi kalau Fahmi sambung study, sapa yang nak jaga syarikat dengan abah." Jelasku cuba untuk mengelak. "Amboiii jawapan... sejak bila ko ambil berat pasal abah ni? Sejak Darren dah tak ada?" Abah terus mematikan perbualannya di situ. Kami diam seribu Bahasa. "Maafkan abah Fahmi. Abah tak berniat untuk sebut nama dia." Ucap abah dengan muka bersalah. "Eh... Tak apa la abah. Kami pun bukannya ada apa-apa pun. Benda dah lepas biarlah berlalu." Ujarku.

"Bagus la kalau Fahmi fikir macam tu. Pasal sambung study tu. Tan Sri Daniel ada cakap kat ayah yang ada university kat US ada buka PJJ punya course untuk Master dalam OSHA. Kalau Fahmi berminat abah boleh bagitau dia sebab kawan-kawan Fahmi, Marvin dengan Felix pun buat PJJ yang sama juga. Semua study secara online dan mungkin sekali sekala terpaksa pergi US." Ucapnya panjang. Marvin dan Felix pun ambil sekali? Tapi adakah mereka akan okay kalau aku join sekali perkara tersebut? Aku menjadi tak menentu. Ye la. Masa degree dahulu kami sama-sama graduate dan masih lagi rapat. Namun selepas apa yang terjadi aku tak tahu.

"Abah cakap ni pun sebab Tan Sri cakap dorang berdua yang suggest untuk Fahmi ambil sekali couse ni." Apa yang abah katakan membuat aku terkejut. Mereka yang menyarankan perkara tersebut. "Abah tahu apa yang terjadi. Mereka mungkin marah dengan Fahmi lepas apa yang berlaku namun mereka bersedia untuk memberi Fahmi peluang untuk membetulkan apa yang terjadi." Ucap abah sambil menatap wajahku. "Kalau abah setuju, Fahmi akan join. Tapi berapa lama course tersebut abah?" Tanyaku. "Lebih kurang satu tahu lebih juga kalau abah tak silap. Kalau Fahmi dah setuju, abah akan bagitau Tan Sri. Jumpa Fahmi nanti." Ucap abah lalu meninggalkan bilikku.

Selepas seminggu perbualan aku dengan abah berkaitan dengan program master tersebut. Tiba-tiba pagi ini aku mendapat satu pesanan WhatsApp dari Felix. Dia menyatakan bahawa dia dengan Marvin akan turun ke KL pada minggu depan untuk berjumpa dengan client. Mereka akan berada di KL selama 3 hari 2 malam. 1 hari kerja dan 2 hari lagi jalan-jalan. Mereka mengajakku untuk keluar bersama jika ada masa lapang tambahan pula mereka menyatakan yang mereka ada hal penting nak bagitau kat aku.

Aku hanya berfikiran positif. Mungkin mereka ingin memberitahuku berkenaan dengan program yang akan kami lalui itu nanti kot. Aku menyatakan hasratku untuk mengambil cuti di hari Marvin dengan Felix datang ke KL nanti.

"Abah... Fahmi nak minta cuti minggu depan sebab Marvin dengan Felix datang KL sebab ada kerja sikit dan dorang minta Fahmi teman. Boleh ke?" Ujar ku sambil menikmati sarapan pagiku. "Cuti lah Fahmi. Dah lama Fahmi tak ambil cuti lepas balik dari projek di Sarawak tu. Luangkan lah masa dengan kawan-kawan tu." Balas abah tanpa bertanya banyak soalan. "Kitaorang akan stay dekat condo Fahmi nanti." Balasku.kembali. "Terpulang la Fahmi. Fahmi dah besar dan pandai jaga diri kan." Sampuk mama. "Tapi nanti ajak la dorang datang rumah kalau sempat." Sambungnya lagi. Aku hanya mampu tersenyum.

Hari yang dinantikan pun tiba di mana ketibaan Marvin dengan Felix ke KL. Aku berjanji untuk menjemput mereka di KLIA kerana mereka akan tinggal di condo ku. Keadaan di KLIA pada waktu pagi agak lengang. Mereka menggunakan flight terawal dari sana kerana ingin berehat sebelum esoknya berjumpa dengan client. Aku hanya menurut. Tambahan pula ku sudah mengambil cuti untuk perkara tersebut. Just esok maybe aku pishang sebab mereka berdua ada kerja yang perlu dibuat.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan tertera nama Felix. "Hello Fahmi... saya dengan Marvin baru nak keluar ni. Ko tunggu kat gate mana?" Kedengaran suara garau Felix di talian. "Saya tunggu korang dekat gate no 3 ni. Ko tau juga kan kereta saya yang mana satu?" Jawabku. Tak sabar rasanya nak berborak dengan mereka walaupun Marvin masih tidak bergitu mesra terhadapku. Aku tahu mungkin masih susah baginya untuk memaafkan aku setelah apa yang aku lakukan. Namun aku terima semua itu jika ini balasan yang bakal aku terima.

Setelah Felix mematikan panggilan, aku terus keluar dan menunggu mereka berdua di luar. Kurang dari 5 minit, aku melihat susuk tubuh mereka berdua lalu aku melambaikan ke arah mereka berdua. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke arahku. Nampaknya, mereka berdua hanya membawa hand carry sahaja. Biasa la lelaki kan... bawa apa yang perlu je. Tanpa berbual panjang. Kami terus masuk ke dalam kereta dan aku terus memandu pacuan 4 rodaku menuju ke arah condo milikku. Kami kebanyakkan masa hanya mendiamkan diri.

Setibanya di parking condoku, aku melihat mereka berdua tengah tidur dengan nyenyaknya. Biasa la flight awal pagi kan. Mesti masih mengantuk lagi. Aku tanpa membuang masa terus mengejutkan kedua-dua mereka. Mereka terus terjaga dan kami bertiga terus keluar dari kereta. Aku menunjukkan arah ke condoku. Setibanya di rumah, Felix dan Marvin terus merebahkan badan mereka.

"Eh... korang berdua nak sambung tidur ke macam mana ni? Ke nak makan?" Tanyaku melihat keadaan mereka berdua yang hampir melelapkan mata. "Nak tidur kejap la... dalam tengah hari kita keluar terus la kalau awak okay." Balas Marvin. Felix memang dah terbongkang tak sedarkan diri. "Okay la kalau macam tu. Saya nak kemaskan bilik korang berdua kejap." Kataku. Aku melihat kedua-dua mereka sudah lena di atas sofa. Aku tanpa membuang masa terus mengemas bilik tetamu. Walaupun ada 3 bilik namun aku hanya menggunakan 2 bilik sahaja dan bilik yang paling kecil kosong. Setelah selesai mengemas bilik, aku melihat jam di dinding menujukkan 11:45 pagi. Aku terus bergerak ke ruang tamu dan melihat Marvin tengah duduk sambil menatap phone miliknya manakala Felix masih lagi tidur.

"Eh... dah bangun. Pegi la bersiap... dah nak tengah hari ni. Pergi mandi dulu. Bilik air ada kat situ." Kataku kepada Marvin. Tanpa membuang masa dia terus mengambil towel dan keperluan untuk mandi di bag nya dan terus bergerak ke arah bilik mandi. Sesudah itu, aku terus mengejutkan Felix dari tidur lenanya. "Felix... bangun la... dah nak tengah hari dah ni... nanti lambat pula kita nak gerak." Aku melihat Felix membuka matanya dan terus melihat kea rah tempat Marvin tidur tadi. "Dia dah pergi mandi dah, tak payah nak tengok-tengok sangat. Pergi mandi kat bilik saya tu." Jelasku apabila melihat aksi mamai si Felix.

Setelah semuanya selesai. Kami pun kelaur dari Kawasan condo milikku dan pertama sekali mencari tempat makan. Setelah semuanya selesai. Kami keluar sehingga lewat malam. Berkongsi banyak cerita. Aku berdoa di dalam hati agar hubungan kami ini akan kekal sampai bila-bila. Aku berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now