21

359 18 34
                                    

Kini sudah masuk dua hari sejak aku kembali ke Sarawak. Namun tidak banyak perbezaan yang aku rasa. Rasa sakit di hati masih lagi segar. Luka tersebut seperti tidak berlaku sebarang proses penyembuhan. Rasa bersalah terhadap Darren. Rasa bersalah terhadap Marvin dan Felix. Semua itu menghantui diriku. Aku tdak tahu mahu bermula dari mana. Aku seperti tidak sanggup untuk berhadapan dengan Marvin dan Felix. Namun semuanya aku pendam sebab aku tahu sekarang aku tengah bekerja. Aku harus befikiran professional walaupun kadang-kadang aku tidak mampu untuk menahan apa yang terpendam. Mungkin Marvin dan Felix tahu apa yang terjadi kepadaku kerana mereka kadang-kadang datang kepadaku untuk bertanya sekiranya aku mempunyai apa-apa masalah.

Aku cuba yang terbaik untuk melakukan tugas yang diberikan. Namun apabila aku balik ke tempat penginapanku, aku Kembali murung dan rasa kehilangan. Aku tidak tahu harus berbuat apa lagi. Kadang-kadang aku hilang selera makan, selepas makan dua tiga suap seleraku patah di situ. Aku lebih banyak melayan perasaan kekecewaan yang aku rasa kini. Aku tahu semua itu tidak bagus untuk kesihatanku namun aku sudah tidak berdaya untuk berbuat apa.

Aku masih ingat lagi apa yang abah pesan sebelum aku balik ke Sarawak. Aku tidak putus untuk berdoa untuk mendapatkan ketenangan sebab masa itu sahaja aku akan merasa lapang di dada. Tanpa aku sedari air mataku mengalir. Hidupku seperti tidak terurus. Mungkin ini balasan yang setimpal untukku. Aku redha. Aku terima semua ini dengan hati yang terbuka walaupun sakit sekarang kerana aku tahu pasti ada sesuatu yang baik menantiku selepas semua ini selesai.

Adam tidak pernah lagi cuba untuk menghubungiku. Itu sudah cukup membuatku bersyukur. Aku kini dilukai oleh insan yang sama. Mungkin dalam kamus hidupku tiadanya pepatah pisah tak akan berbuah dua kali. Kalau ada meski aku dilukai dan dikhianati oleh insan yang sama. Mungkin masa itu aku buta dengan perkataan cinta pertama, namun aku mengabaikan cinta terbaik ysng sedang aku genggam pada masa itu. Sekarang bagaimana harus aku mendapatkan kemaafan dari insan yang bernama Darren? Yang pling menjadi tanda tanya... dimanakah keberadaan dia sekarang?

Banyak benda yang cuba untuk aku lakukan untuk menjejaki dia namun semuanya sia-sia. Aku tidak mendapat sebarang klu untuk mencari dimana dia. Firasat ku menyatakan bahawa benda yang aku cari sekarang ada bersama dengan Marvin dan Felix namun aku terlalu takut untuk menghadap mereka berdua bahkan aku tidak berhak untuk mendapatkan nya walaupun aku mahu. Aku juga kenal Mravin dan Felix macam mana orangnya. Mereka tidak akan memberitahuku dengan begitu mudah selepas apa yang telah aku lakukan.

Kini hampir satu minggu selepas apa yang terjadi antara aku dan Adam dan hampir masuk empat bulan selepas perpisahan aku dengan Darren. Patutkah aku berputus asa dengan usaha yang aku lakukan sekarang. Aku cuba untuk menghubungi Darren melalui Facebook namun semuanya diakhiri dengan kekecewaan. Tidak ku jumpa. Adakah dia dah block acc ku? Ah! Memang aku layak pun kena block lepas apa yang aku buat. Tiba-tiba terdetik dalam fikiranku untuk membuka list block dalam FBku. Aku terkejut apabila aku melihat nama Alfi kena block. Aku tidak pernah block ALfi walaupun dia telah merampas Adam daripadaku dulu. Aku tahu itu pilihan Adam. Tanpa membuang masa aku terus unblock accnya.

Tiba-tiba aku mendapat pesanan yang sepatutnya aku dapat epat bulan yang lepas. Sebelum aku menerima Adam Kembali dalam hidupku sehingga membuatkan aku menyesal sehingga saat ini.

"Hi Fahmi. Saya tahu mungkin awak dah tak anggap aku sebagai kawan ko lepas apa yang jadi dahulu. Aku memang tidak berniat untuk merampas Adam dari ko. Tapi dia yang datang sendiri kepadaku. Dia menyatakan bahawa dia dengan ko hanya kawan rapat dan tidak lebih daripada itu. Disebabkan perkara itu, saya dan korang bertiga putus persahabatan. Saya menyesal gak kerana dengar sangat cakap Adam masa tu. Tolong maafkan saya ye. Tujuan saya menulis semua ini bukan untuk memburukkan siapa-siapa atau membuat korang jadi kawan saya balik. Tak. Namun saya buat ini sapaya awak berhati-hati lah sebab Adam tahu awak ada hubungan dengan sorang doctor. Baru beberapa hari yang lepas dia brea up dengan saya dan bercadang untuk Kembali kat awak. Dia kan lakukan apa sahaja supaya dia dapat Kembali kepada awak. Namun itu terpulang kat Fahmi nak percaya ke tidak. Perangai Adam masih tidak berubah dari dulu. Dia akan makan belakang. Dia jenis binatang yang mempunyai nafsu serakah. Tidak cukup seorang untuk memuaskan dia. Saya redha untuk melepaskan dia pergi lepas saya tahu perangai sebenarnya. Saya harap awak dapat text ini sebelum semua terlambat."

Begitu lah pesanan yang aku dapat dari Alfi. Tanpa aku sedari, air mata ku jatuh. Kenapa baru sekarang aku dapat semua ini. Kenapa baru sekarang semuanya terbongkar. Ini mesti kerja Adam block semua ni. Sebab aku tidak pernah melakukan semua itu. Hal ini kerana, dia yang selalu log in ke dalam acc ku. Aku tanpa membuang masa terus membalas chat tersebut walapun sudah terlambat.

"Hi Alfi. Thanks for the reminder. Saya tahu saya dah sangat terlambat untuk mengetahui semuanya. Namun saya still berharap yang saya dapat baca semua ini empat bulan yang lepas. Kini semuanya sudah terlambat. Hubungan saya dengan Darren dah berakhir disebabkan oleh Adam. Saya tidak menyangka dia sanggup melakukan semuan ini. Mungkin ini juga merupakan kebodohan saya sendiri kerana sanggup menerima dia Kembali tanpa berfikir panjang. Saya tidak pernah benci atau ada perasaan yang tak baik. Saya terima apa yang telah terjadi dulu dengan hati yang terbuka walaupun saya agak terluka. Saya turut bersimpati dengan apa yang telah awak lalui sepanjang awak dengan Adam. Saya sangat faham dengan apa yang awak lalui. Harap lepas ni hubungan kita akan jadi seperti dulu." Balasku panjang,

Tiba-tiba aku mendapat panggilan video melalui messanger. Aku cuba untuk berkelakuan normal walaupun sebentar sahaja tadi aku baru sahaja menangis. Aku lap sisa air mata yang masih tersisa.

"Hello Alfi... ada apa tiba-tiba call ni?" Selepas aku menekan butang hijau. "Ko okay ke Fahmi?" Balasnya. "Saya okay je. Kalau tak pun saya kena okay gak." Balasku. Aku dah mulai berasa sebak. Tapi tak mungkin aku akan menangis di depan Alfi. "Ko kat mana sekarang? Kalau ko free nanti boleh la kita jumpa." Ajaknya. "Saya kat Sarawak ni Alfi. Ada project sekarang. mungkin lagi 2 minggu baru saya balik semenanjung balik. Project kat Bintulu sama dengan Marvin dan Felix." Ucapku. "Okay la kalau macam tu. Ada gak la orang yang teman ko buat masa sekarang." Ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri. Menemaniku? Mungkin dia fikir hubungan aku dengan mereka berdua masih seperti dulu. "Eh... kenapa diam je? Saya ada salah cakap ke? Sorry la kalau saya ada tersalah cakap." Ucapnya selepas melihat aku mendiamkan diri. "Eh... tak ada la. Just hubungan kami tak serapat dulu selepas apa yang terjadi antara aku dengan Darren." Alfi terpaku sekejap selepas mendengar apa yang aku katakana.

"Kenapa pula? Ko cerita la kat aku kalau ko tak keberatan." Balasnya. "Ko ingat lagi tak Tan Sri yang sponsor Marvin dan Felix masa study dan pemilik syarikat tempat mereka bekerja sekarang?" Ucapku. "Gila tak kenal. Antara syarikat yang banyak orang idamkan untuk bekerja kot. Tapi rezeki mereka katakana." Balasnya. "Sebenarnya... Darren tu anak Tan Sri Daniel. Mereka bertiga merupakan sahabat baik atau lebih macam adik beradik dah." Jelasku.

"Jadi maksud ko... mereka bertiga memang dah kenal lama? Tapi macam mana mereka berdua tidak pernah mendedahkan dia kepada kita?" Ucap Alfi dengan nada terkejut dan ingin tahu. "Mungkin mereka cuba untuk melindungi dia. Sebab Darren ada masa lampau yang agak menyayat hati." Jelasku lagi. "So, basically ko dah melukakn hati adik dorang la ni?" Ujarnya. "Hurmmm... macam tu la gayanya. Tapi Marvin dan Felix dan warning awal dah dulu. Tapi saya abaikan semuanya bila Adam datang balik." Balasku. "Tabahkan diri bro. Saya faham apa yang awak lalui. Adam dah merosakkan hubungan persahabatan kita suatu masa dulu. Saya harap lepas ni kita tidak akan termakan lagi tipu daya dia. Saya bersimpati dengan apa yang telah terjadi dengan hubungan awak." Ucapnya panjang.

Selepas berbual agak lama. Akhirnya aku dan Alfi mengakhiri VC kami. Sahabat yang aku hilang disebabkan oleh insan yang bernama Adam. Tak apa Adam. Aku doakan yang terbaik untuk ko. Aku tak salahkan ko apa atas apa yang terjadi. Aku tahu mungkin ini yang harus aku tempuh sebelum aku boleh merasai manisnya satu kebahagiaan.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now