"Bukan main lagi lembut suara ko Fahmi jawab call dia." Sergah mama dari belakang. Abah hanya mampu mengucapkan senyuman dengan usikkan mama terhadapku. Ya. Memang aku nekad untuk berubah kerana aku nak mulakan hidup baru dengan insan yang bernama Darren. Parents aku pun tak ada apa-apa bantahan malah memberi sokongan moral yang sangat padu.
Rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan insan yang bernama Darren tu esok. Lepas apa yang terjadi seminggu yang lepas memberikan kesan yang cukup besar dalam hidupku. Ye la. Sebelum ni jenis yang touch and go je. Tapi hari tu kena sebijik depan muka, kena prank lg. Sejak saat itu, saya nekad untuk tidak menggunakan aplikasi topeng kuning tu lagi atau yang sewaktu dengannya.
"Jauh ko mengelamun Fahmi. Fikir pasal Dr Darren ke?" Pertanyaan dari abah itu mengejutkan saya dari lamunan yang tak tahu berapa lama. "Abah tahu anak abah macam mana orangnya. Fahmi tak payah nak kelentong abah dengan mama. Perubahan Fahmi sekarang ni membuatkan hati mama dan abah sejuk. Bukan macam masa Fahmi dengan Adam dulu. Keluar sampai awal pagi. Kadang-kadang sampai tak balik rumah." Sambung Abah lagi. "Tapi satu je abah nak pesan kat Fahmi. Kalau Fahmi dah mula sayangkan Darren tu, jaga la hati dia dengan baik. Jangan pernah sesekali Fahmi lukakan hatinya. Sebab abah dengan mama kenal sangat dengan Darren." Jelas abah lagi.
"Baik abah. Fahmi janji. Fahmi tak akan melukankan hati Darren. Fahmi akan jaga dia seperti menatang minyak yang penuh. Fahmi akan ingat pesanan abah." Jawabku ringkas. Namun saya dapat melihat senyuman kegembiraan terukir di wajah abah dan mama.
Keesokannya,
"Abah cepat la. Nanti lambat pula untuk appointment abah dengan Dr Darren. Kang dia marah pula." Teriakku dari bawah.
"Eh budak ni. Kalau ya pun sabar la dulu. Sekarang ni baru nak masuk jam 8.30 kan. Kan appointment abah jam 10. Macam dia pula yang ada appointment dengan Dr Darren." Jawab abah sambil menuruni anak tangga diikuti oleh mama. "Kalau ye pun rindu tu, makan la dulu. Penat Mak Jah masak sarapan tau." Sampuk mama. Saya hanya mampu mengukirkan senyuman atas usikkan mama dan abah.
Selesai sarapan pagi. Jam menunjukkan jarum 9 pagi. Tanpa membuang masa, saya terus menghidupkan enjin kereta BMW milikku. Kereta ini la yang menjadi peneman hidupku. Kereta ini juga yang saya beli cuma untuk menarik anak-anak ikan untuk menjadi santapanku. Namun itu dulu, sekarang kereta ini akan menjadi kereta yang akan berbakti di dalam hidupku setiap kali hati ini merindui insan yang bernama Darren. Selepas abah memasukki keretaku. Tanpa membuang masa, pacuan empat rodaku menyusuri jalan menuju ke arah klinik Dr Darren. Sepatutnya, perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa selama 20 minit je.
Benda yang tak diingini berlaku pun berlaku. Jalan jem teruk. Waze menunjukkan waktu sampai dalam masa 10.20 pagi. Ni mesti accident teruk ni. Kalau tak, tak akan jem teruk macam ni. Bisik hatiku.
"Abah rasa baik Fahmi call je Darren bagitau yang kita lambat. Kalau dia tak sempat nanti, abah boleh tunda appointment ke hari lain." Kata abah. Dalam hatiku berdoa minta-minta la Tuhan makbulkan doa supaya saya boleh berjumpa dengan Darren harini. Ye la. Seminggu tak call, whatsapp pun tak. Just semalam je sempat berbual kejap. Tanpa membuang masa, saya terus menggapai handphone dan menekan nama nya.
"Hello." Suara yang amat ku rindu menjawab panggilanku. Sungguh ku rindu insan ini. Insan yang mengajarku erti cinta sebenar.
"Hello awk... saya dengan abah mungkin lambat sikit ni sebab jalan jem. Kemungkinan smpai dalam 10.20 macam tu." Jelasku.
"Boleh je. Sebab saya memang dah kosongkan jadual saya untuk uncle harini. Tambah lagi nanti nak keluar makan kan." Jawabnya. "Take you time. Drive safely and see you soon. Bye." Jawabnya lagi. Mana la hati lelaki ku tak cair dengan orang yang caring macam ni. Bagi kat sapa-sapa pun mesti cair.
YOU ARE READING
Fairy tales Cinta Kita
RomanceMenceritakan kisah cinta PLU yang semua idam-idamkan. My first writing. Sila bagi komen dan vote ya guys. Love you guys...