15

260 21 21
                                    


Setelah Darren keluar dengan teman lelaki barunya. Api kemarahanku mulai memuncak. Aku tidak tahu kenapa. Namun semuanya aku tujukan ke arah abah. "Sampai hati abah tampar Fahmi kan? Depan Darren dengan boyfriend baru dia pula tu. Mana Fahmi nak leta muka Fahmi lepas ni?" Ujarku dengan nada sedikit tinggi. Aku tahu aku tidak seharusnya melakukan ini namun perasaan yang tidak aku faham dalam diri kini menguasaiku. Adakah aku marah sebab Darren dengan Bf barunya? Tak mungkin.aku kini tengah Bahagia bersama Adam. Tambahan aku membawa Adam ke rumah orang tua ku untuk memperkenalkan dia sebagai tunangku.

"Fahmi... cukuplah nak... cukup lah untuk awak nak salahkan Dr Darren yang tidak berdosa tu. Mama tak nak awak menyesal nanti." Datin Azlina menyampuk. "Dia datang mengadu domba kan? Tappi bagus juga la dia tunjuk kesalahan dengan BF baru dia. Tak sia-sia Fahmi tinggalkan orang macam tu." Sambungku. Adam hanya berdiam diri sambil memeluk tanganku. Mungkin perkara itu yang menahan diriku dari meneruskan amarahku.

"Mengadu domba? Dia tak pernah pun mengadu kata bah tentang apa yang Fahmi dah buat. Malah dia menyuruh abah untuk menerima semua keputusan Fahmi dengan hati yang terbuka. Fahmi tahu tak?!" Suara abah dah berubah. "Abah tahu semuanya sebab abah upah orang untuk follow Fahmi. Abah tahu semuanya Fahmi. Berhenti lah untuk salahkan orang yang tidak berdosa. Lepas ni abah tak akan masuk campur dalam keputusan yang Fahmi inginkan." Jelas abah lagi. "Jadi ini lah Adam yang sebelum ini pun pernah bersama dengan awak kan? Apa-apa pun keputusan awak berdua. Abah harap Fahmi fikir betul-betul." Sambung abah terus berlalu pergi diikuti oleh mama.

"Bae... abah bae okay ke tu? Kenapa abah bae macam marah sangat? Ke abah bae tak suka sayang?" Pertanyaan Adam memecahkan keheningan selepas abah dan mama pergi. "Eh... Tak ada la... mungkin abah still marah dengan mamat tadi tu kot." Ujarku acuh tak acuh. Takkan Adam tak faham lagi apa yang terjadi. "Siapa sebenarnya mamat tu bae?" Tanya Adam lagi. "Dah la sayang. Jangan fikir sangat. Yang penting sekarang ni sayang dah jadi milik bae." Ucapku lalu mencium dahi Adam.

Malam itu kami makan di luar sementara meraikan hubungan kami rasmi sebagai tunang. Abah menyatakan yang aku boleh membuat keputusan sendiri. Kini aku memutuskan untuk mengikat hubungan aku dengan Adam. Pada malam itu, aku menghadiahkan Adam satu cincin berlian sebagai tanda dia telah menjadi milikku. Aku hanya mampu berdoa supaya hubungan kami nanti direstui oleh abah dan mama malah dari Marvin dan Felix juga.

Sebenarnya aku merindui kedua-dua sahabatku itu. Sejak aku Kembali kepada Adam hubungan kami menjadi dingin. Ini semua disebabkan oleh jantan tak guna si penggadu domba tu la. Kalau tak aku dah boleh untuk berkongsi kegembiraan aku dengan dorang dua. Aku hanya mampu berharap yang aku tidak akan berjumpa dengan Darren lagi. Aku tidak mau kehadiran dia akan mengganggu kebahagiaan yang sedang ingin aku bina. Jauh di lubuk hati kecilku menyatakan aku akan menyesal dengan apa yang telah aku lakukan namun semua iu aku tidak endahkan.

Malam ini merupakan kebahagiaan bagiku. Kini kau boleh bersetubuh dengan Adam tanpa ada lagi rasa bersalah. Aku kini tidak dimiliki oleh insan yang bernama Darren. Tubuh Adam aku nikmati dengan penuh kasih sayang malam ini. Ini merupakan tubuh yang hanya akan menjadi milikku sorang. Walaupun pada suatu masa dulu tubuh itu pernah aku miliki namun kemudiannya menjadi milik orang buat sementara waktu. Aku yakin yang kini Adam sudah berubah. Dia tidak akan mengulanginya lagi, kerana dahulu kami hanya sepasang kekasih namun kini kami sudah bertunang.

Kini sudah hampir tiga bulan aku bersama dengan Adam sah sebagai tunang. Namun hubungan aku dengan abah masih agak dingin. Insan yang bernama Darren pun sudah tidakku dengari lagi namanya. Walaupun kadang-kadang aku pergi ke tempat dia selalu pergi namun tidka ku lihat bayangnya. Aku pun tidak tahu kenapa aku berbuat demikian. Namun aku hanya mengikut kata hati. Mungkinkah aku merindui insan itu? Ah tak mungkin. Dia hanya tempat untukku melepaskan bosan je. Tak lebih.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now