19

323 16 57
                                    

Aku masih terkaku selepas apa yang terjadi sebentar sahaja tadi. Aku tidak menyangka yang Adam sanggup melakukan semua itu. Mengkhianati kepercayaan yang telah aku baerikan kepadanya. Adakah ini karma yang harus aku tempuhi selepas apa yang aku buat terhadap insan bernama Darren. Bila aku fikirkan nama itu, aku fikir kebodohan aku sendiri sehingga menyebabkan air mataku tidak berhenti untuk mengalir. Ya Tuhan... ko ampuni apa yang telah aku lakukan. Aku tahu aku berdosa terhadap Darren. Berilah aku satu lagi peluang untuk menjadi yang terbaik untuknya.

Tanpa aku sedari, aku hanya terjaga keesokkan paginya. Aku tidak menyangka aku tertidur di atas lantai tanpa menukar pakaianku. Apabila aku melihat cermin, mataku kelihatan sdikit bengkak. Aku mesti menangis seperti orang gila malam tadi. Apabila aku melihat phoneku, aku melihat miss called dari Adam. Hatiku berasa sangat sakit selepas apa yang terjadi. Belum sempat aku untuk mengalihkan perhatianku. Aku melihat satu pesanan ringkas dari Felix. Tanpa membuang masa, aku terus membuka apa yang terkandung dalam text tersebut. Hatiku bertambah pedih dengan apa yang aku lihat. Gambar Adam bermesra dan bercumbu dengan lelaki semalam. Tapi dari mana mereka dapat semua ini. Adakah mereka terlibat sekali dalam perkara ini? Dalam text tersebut menyatakan. "Saya harap awak bertabah Fahmi. Awak dah membuat satu pilihan yang akan membuatkan awak terluka. Namun itu terpulang kepada awak nak percaya ke tidak dengan apa yang saya hantar. Saya harap awak buka mata awak untuk menilai kaca dan permata. Sekian."

Belum sempat untukku membalas pesanan yang Felix hantar, sekali lagi phone ku berdering. Sekali lagi nama Adam keluar. "Bae... maafkan sayang... please... sayang janji tak akan buat lagi... kali ini sayang akan ikut bae ke Sarawak... sayang nak bae... please bae... maafkan sayang." Ucapnya di hujung talian.

"Maafkan awak? Sampai hati awak melakukan semua ini terhadapku Adam. Ko bermadu kasih sesuka hati awak kat belakang. Patutlah cakap busy tapi rupanya busy dengan jantan lain. Dasar murahan.!" Balasku.

"Oh... jadi sekarang awak dah tak nak panggil saya sayang dah la lepas apa yang jadi semalam? Awak ingat awak seorang je yang saya boleh dapat? Tapi awak memang bodoh kan... hahahaha... tak mengapa Fahmi kalau awak nak buang saya pun. Janji saya mampu menghancurkan hubungan awak dengan orang tu. Sekarang awakk tak dapat apa-apa pun. Hahahaha..." Balasnya. Mendengar apa yang Adam ucapkan aku terus mematikan talian. Tanpa membuang masa, aku terus memblock semua contact yang berkaitan dengan Adam. Dalam proses tersebut, air mata jantanku Kembali mengalir. Ya Tuhan, kenapa dia sanggup melakukan semua itu.

Aku tahu sekarang bukan masanya untuk bersedih. Aku harus membetulkan apa yang telah terjadi sebelum semuanya terlambat. Aku harus Kembali untuk memenangi hati insan yang bernama Darren. Aku tahu bukan mudah sebab aku bukan sahaja melukakan hati dia, tapi semua yang merestui hubungan kami berdua. Mungkin apa yang Felix itu betul, aku lebih elihat betapa berkilaunya kaca namun aku abaikan berlian yang sangat berharga. Namun kini dimana harus aku mulakan Langkah tersebut kerana aku sendiri tidak tahu dimana Darren berada selepas apa yang terjadi.

Adakah aku patut bertanya kepada Abah? Atau Marvin dan Felix? Aku tahu harus melalui semua ini jikalau aku berhasrat untuk Kembali kepada Darren. Aku tahu kali ini aku tidak akan sia-siakan usaha ini. Akan aku jadikan dia milikku selamanya. Tiada yang mampu untuk menghalangku lagi.

Disebabkan aku mempunyai masa untuk balik, aku mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan abah dan mama. Aku tahu mesti mereka risau sebab aku kurang menghubungi mereka, bukan disebabkan oleh ketiadaan connection tapi disebabkan aku menghabiskan masaku untuk Adam. Mungkin Tuhan ingin membuka mataku supaya lebih mendengar nasihat dan jangan derhaka kepada nasihat orang tua.

"Hi mama..." ucapku datang tanpa bagitau. "Eh... Fahmi... bila Fahmi balik? Kenapa tak bagitau abah atau mama awal? Kalau tak boleh mama suruh Mak Jah masak lauk kesukaan Fahmi." Ucap Datin dan terus mendekatiku. "Saja je nak bagi kejutan kat abah dan mama. Abah mana ma?" Balasku kerana aku tidak melihat susuk tubuh abah di ruang tamu. Selalunya hujung minggu dorang berdua ni macam belangkas, tak boleh berjauhan langsung. Mengalahkan orang yang baru kahwin. "Abah ko ada je kat belakang tu..." Balas mama. "BTW, kenapa dengan mata Fahmi tu? Macam bengkak je?" Ada apa-apa yang terjadi ke?" Sambung mama lagi. Memang betulla kita tak boleh sembunyikan semua benda dari parents kita.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now