5

740 17 0
                                    

Sudah seminggu sejak Darren datang ke rumah keluargaku untuk makan malam dan sejak dari hari itu juga la aku mengetahui kenapa insan yang bernama Darren Ng menutup pintu hatinya dengan serapat-rapatnya. Sejak malam itu juga hubungan aku dengan Darren boleh dikatakan bertambah baik. Aku pun takt ahu kenapa. Adakah dia berbuat demikian sebab saya tahu rahsia dia. Atau abah ada cakap something kat dia yang saya tak tahu? Banyak benda yang bermain di fikiran. Sebelum ni cara dia membalas chat Whatsapp sangat tidak memberansangkan sehinggakan chat saya dibiarkan blue tick sahaja.

Tapi tidak sekarang. Kalau saya chat mesti dia akan reply. Walaupun kadang-kadang lambat. Apabila itu terjadi, dia akan meminta maaf. Saya menjadi bingung dengan perubahan yang cukup drastic yang dia lakukan. Tapi perkara itu membuatkan hati ini makin tertarik kepada insan ini. Sedikit demi sedikit dia menunjukkan sikap dia yang sebenar. Hati ini berbunga-bunga setiap kali menerima chat dari dia, terutama sekali apa bila dia reply chat saya pada minggu lepas.

"Hi Fahmi"

"Sorry sebab lambat reply, sebab saya dah tidur dan tak larat nak reply chat awak semalam. Sampai rumah mandi dan terus tidur."

"Awak sengaja dengar eh perbualan saya dengan abah awak? Tapi kalau awak dengar sampai situ je tak apa la. Jangan je kesemuanya sekali."

"Benda dah lepas awak. Nak buat macam mana. Walau apa yang saya buat pun tak boleh nak bawa dia balik ke pangkuan saya."

"Thanks for care. BTW, good morning Mr Playboy. Kerja elok-elok ya. Take care."

Hati sapa yang tak berbunga bila dapat reply dari crush macam ni. Tanpa membuang masa, saya mempelawa dia untuk makan malam bersama. Hanya kami berdua kali ini. Tak ada parents saya. Yang paling membahagia hati ini, bila dia bersetuju untuk makan bersama. Saya menjerit dan melompat kegembiraan. Crush nak dinner sama. Walaupun macam budak-budak tapi saya tidak peduli. Nasib baik la stay kat rumah sendiri. Tapi yang sedihnya, dia hanya free pada hujung minggu sahaja. Jadi kena la saya bersabar untuk menatap wajah comel seorang doctor itu.

Waktu berlalu dengan cukup pantas, esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Saya dah bagitau abah dengan mama yang saya tak balik minggu ni sebab ada urusan. Tak nak la bagitau dorang yang saya ada temu janji dengan Dr Darren. Tapi yang peliknya saya yang ajak keluar tapi tempat makan dia yang tetapkan, ye la dah dia yang nak drive esok. Dia just cakap yang saya belanja, tempat makan dia yang akan settlekan. Tapi itu tak menjadi satu masalah janji dia nak keluar dengan saya.

Perkara menggembirakan macam ni harus dikongsikan bersama dengan dua orang sahabatku. Mesti dorang terkejut ni. Tanpa membuang masa, terusku gapai handphone ku dan terus aku membuat panggilan video secara berkumpulan dengan Marvin dengan Felix. Tanpa menunggu lama, mereka menjawab panggilanku.

"Hi guys... korang apa khabar? Sihat ke? Tanya ku.

"Ko mimpi apa tiba-tiba buat video call ni Fahmi?" Tanya Marvin.

"Mesti ada something ni kan. Aku tengok muka ko pun berseri-seri ni." Sambung Felix

"Mesti la ada... kalau tak, takkan la aku nak call korang waktu-waktu macam ni." Jawabku sambil mengukirkan senyuman lebar.

"Tak payah nak tersengeh macam kerang busuk la Fahmi. Ko keluar makan dengan Darren kan malam esok?" Aku terkejut dengan soalan yang Marvin ajukan. Macam mana dia tahu? Darren bagitau dorang ke?

"Jadi korang dua dah tau la ni? Siapa yang bagitau? Darren ke? Jadi kejutan saya tak menjadi la ni?" Nadaku sedikit kecewa.

"Relax sudah. Haah... Darren yang bagitau. Tapi tak secara direct la. But nice guessing kan Marvin. Haritu dia ada tanya pandangan kitaorang, ada satu mamat poyo tu ajak dia keluar dinner, mana tempat best untuk makan berdua? Jadi kalau dah term poyo tu keluar sapa lagi. Mesti la ko kan. Sebab ko je yang x putus asa usha dia." Felix dan Marvin terus ketawa.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now