11

324 15 21
                                    

Adam Omar... Kenapa kau muncul bila hatiku sudah mula terbuka untuk menerima yang lain. Dia lah insan yang selaluku rindu. Aku cuba untuk membenci insan tersebut tapi aku gagal. Cintaku padanya mengalahkan perasaan benciku. Walaupun dia selalu melukai hatiku dengan mempunyai hubungan dengan orang lain. Sudah beberapa kali kantoi tapi ku tutup sebelah mata kerana cinta sehingga lah dia melakukan hubungan intim dengan jejaka lain di depan mataku. Dari saat itu aku memutuskan hubunganku dengannya walaupun sakit. Setelah hampir satu tahun dia menghilang dan kini dia berada di depanku. Walaupun kini sudah hampir sebulan aku menjalinkan hubungan dengan insan yang bernama Darren. Aku tidak pernah menceritakan kisah lampauku kepada Darren kerana aku tahu semua itu tidak penting. Namun aku hanya membagitahu dia bahawa ada orang yang cuba untuk menggangguku walaupunku tahu orang tersebut adalah Adam.

"Hi awak... tak kan dah lupakan saya." Perkataan yang keluar dari mulut ada mengejutkan aku dari lamunanku. "Hi... awak buat apa dekat sini" Balasku. Adam datang mendekatiku tanpa segan silu terus memegang tanganku. "Mestilah nak jumpa awak." Jawabnya. Aku cuba untuk melepaskan tanganku dari genggamannya namun tidak mampu. Aku merasa kehangatan dari genggaman itu. Genggaman tangan yang aku rindu. Aku hanya mampu membiarkan sahaja. Jauh di dalam hatiku, aku merasa sangat gembira. Hatiku kembali berbungan dengan kehadiran Adam sehingga aku boleh melupakan siapa Darren dalam hatiku.

"Awak dah ada pengganti saya ke?" Pertanyaan Adam membuatkan aku tersedak sehingga makanan yang ku kunyah hampir keluar. "Pengganti? Sungguh jauh untuk saya lakukan. Awak tahukan betapa sayangnya saya kat awak." Balasku. "Kalau macam tu... boleh tak kita balik macam kita yang dulu-dulu. Saya rindu kita yang dulu." Ucapan yang keluar dari mulut Adam membuatkan aku semakin gembira. "Saya janji lepas ni saya tak akan ulang apa yang telah saya buat kat awak. Saya akan jadi yang terbaik untuk awak." Sambungnya lagi. "Sayang... benda yang lama jangan di ungkit. Kita start dari awal ya." Balasku.

Kini sudah satu minggu aku menjalinkan hubungan dengan Adam dan pada masa yang sama aku masih lagi menghubungi Darren walaupun tak sekerap dulu. Aku hanya akan menghubungi dia bila Adam sibuk dengan kerjanya. Adakah aku membuatkan Darren seperti Pelepas sunyiku? Ya... Adakah aku berasa bersalah? Sedikit... kalau korang dalam posisi saya pun korang akan buat benda yang sama kan? Bukan mudah untuk move on dengan cinta pertama kita tambahan pula kini dia Kembali. Aku dengan dengan Darren hanya baru dalam process untuk berkembang tapi aku yakin tiada yang akan terluka bila aku memutuskan untuk Kembali kepada Adam.

"Bae... kenapa termenung ni... Makan la... kejap lagi nak kena masuk keja balik kan..." sapaan Adam membuatkan aku terjekut dari lamuan. Tidak ku sangka aku mengelamun Ketika tengah makan. "Sorry sayang. Bae nak pegi toilet kejap." Aku terus berlalu ke toilet dan handphoneku, ku tinggal di meja makan. Tiada ada benda yang perlu ku risau sebab Adam tidak boleh membuka phoneku. Tambahan pula no Darren sudahku padam dari contact list. WhatsAppnya telahku mute untuk satu tahun dan achive.

Sekembalinya aku dari toilet, aku melihat Adam menjawab panggilan phone menggunakan phoneku. Terusku bertanya, "Siapa tu sayang." Terus ku lihat Adam meletakkan phoneku. "Entahlah Bae... dia cakap kawan bae. Tapi macam nak mengorat bae je cara cakap. Apa lagi. Sayang maki la." Jelas Adam. Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah Adam. Betapa rindunya aku kepada insan yang kini Kembali menjadi penyeri hatiku ini. Ketika keluar dengan adam. Phoneku akan aku letak dalam silent mode. Apabila abah call. Aku akan cakap tengah keluar dengan Darren. Jadi semuanya akan lepas. Sebab mereka sangat sayang kat Darren. Darren adalah Pelepas semuanya.

Selepas menghantar balik Adam ke rumah sewanya. Aku Kembali ke condoku. Pada malam itu, aku tidak mahu Kembali ke rumah abah dan mama kerana aku tidak mahu kantoi baru balik dari club sebab mereka tahu bahawa Darren tidak akan pergi ke tempat-tempat seperti itu. Sesampainya di condoku, aku melihat calendar di bilik kerjaku. "Anniversary 1 bulan dengan Darren". Cepatnya masa berlalu tapi nama tersebut sudah tidak memberi banyak sangat impak dalam hidupku selepas kehadiran Adam. Aku menghantar pesanan WhatsApp kepada Darren untuk mengajaknya keluar dinner esok memandangkan aku memang dah lama tidak berjumpa dengannya atas kesibukkannya di tempat tambahan pula, kini aku ada Adam sebagai peneman. Aku berani untuk membawanya keluar pun sebab esok malam kena OT kat tempat kerja. Adam cuba kuli sahaja, bekerja sebagai electrical engineer. Jadi waktu kerja tu kenalah ikut boss. Jadi apabila Adam tiada di sisiku, bolehlah aku keluar dengan Darren.

Fairy tales Cinta KitaWhere stories live. Discover now