Part 2

53 18 6
                                    

Pintu rumah mereka terbuka dan ternampaknya susuk tubuh Shadow dengan jaket kulitnya masuk ke dalam beserta beg galasnya.

Shadow : "Sorry sangat-sangat aku lambat balik. Ada urgent yang tak dapat dielakkan."

Vector : "Oh, selamat pulang."

Shadow : "Tiket flight aku terpaksa postpone sebab hujan lebat sangat dekat sana."

Vector : "Kau pergi mana?"

Shadow : "Kan aku dah cakap yang aku makan angin dekat China sebelum ini."

Vector : "Ada eh?"

Vector membuat muka tertanyanya ke arah Shadow.

Shadow : "Ada.... Kau yang tak ingat."

Shadow hanya mampu membuat muka menyampah dengan muka tidak bersalah Vector.

Vector : "Eheheh.... Tak ada apa-apa buah tangan untuk aku ke?"

Shadow : "Ada. Dalam beg baju aku. Pergilah tengok. Urm.... An? Kenapa?"

Shadow berkerut dahi melihat Randy yang nampak sangat stress di atas sofa.

Shadow : "K... kenapa dengan dia?"

Lynx : "Dia stress dengan kau."

Shadow : "Apahal? Sebab aku balik lambat? Aku tak boleh elak itu. Sorrylah.... Kalau aku tahu jadi macam ini, aku ambil tiket awal sedikit. Ini pun aku baru turun dari flight. Tak singgah ke mana-mana pun."

Shadow menjelaskan dengan teliti perihal yang melanda dirinya.

Randy : "Haiz.... Kepala aku sakit."

Shadow : "Aaa.... Sinilah aku urutkan. Salah aku pun kan? "

Shadow terus berjalan ke arah Randy dan terus mengurut kepala Randy yang nampak sangat berserabut.

Shadow : "Apahal kau nampak serabut sangat ini? Tak akan sebab aku lambat, kau dah teruk macam ini?"

Randy : "Actually.... Aku tak nak cakap tapi... adik aku masuk wad."

Kesemua mereka terkejut mendengarkan khabar berita daripada Randy.

Vector : "Adik lelaki kau yang paling kecil itu ke?"

Randy : "Adik aku ada seorang sahaja.... Kau ini sudah kenapa?"

Vector : "Oh?"

Sekali lagi, Vector menonjolkan wajah tidak bersalahnya itu.

Shadow : "Kau ini.... Sudah berapa lama kenal dengan kita orang? Okeylah. Adik beradik aku ada berapa?"

Vector : "Ada dua. Kau dan adik angkat kau."

Shadow : "Ha, ye. Abang aku kau nak tendang ke mana?"

Vector : "Ouh.... Lupa yang kau ada abang."

Shadow hanya mampu memandang sahaja wajah sepuluh sen Vector. Sememangnya tidak makan saman punya manusia si Vector itu.

Shadow : "Apa sahaja yang kau ingat?"

Belum sempat Shadow dan Vector berlarutan dengan isu itu, Lynx lekas bertanya kepada Randy.

Lynx : "Adik kau masuk wad kenapa, An?"

Randy : "Kanser paru-paru. Dah tahap tiga time aku call mak aku tadi."

Sekali lagi Randy memicit kepalanya yang sudah biul itu. Agaknya urutan dari Shadow kurang berkesan baginya.

Shadow : "Oh.... Kesiannya. Adik kau itu kecil lagi."

Tiba-tiba Xiwen yang dari dalam bilik air, keluar dan menerjah ke arah Shadow.

Xiwen : "Shadow! Kau dah balik. Nak buah tangan dari China."

Shadow : "Kau utamakan buah tangan daripada aku?"

Xiwen : "Ahahah.... Best melancong?"

Shadow : "*Pishang melancong seorang-seorang."

*Bosan*

Xiwen : "Ahahah.... Itulah.... Lain kali ajaklah aku."

Shadow : "Aku dah ajak, kau orang yang busy sangat."

Berkerut dahi Xiwen apabila Shadow berkata sedemikian.

Xiwen : "Okeylah. Lain kali kita melancong sama-sama ye?"

Shadow : "Tak nak. Kau bagi fake hope sahaja."

Tatkala itu, Vector sempat lagi menyanyi lagi 'BTS- Fake Hope'. Cuma liriknya sudah di olah sedikit untuk menyamai situasi sekarang.

Vector : "I'm so sick of this fake hope~ fake hope~ fake hope~"

Xiwen juga tidak terkecuali terikut nyanyian Vector itu.

Xiwen : "I'm so sorry but it fake hope~ fake hope~ fake hope~"

Shadow sudah menggaru kepala melayankan perangai tak betul mereka berdua.

Shadow kemudiannya menggeliat dan menggosok-gosok belakangnya yang terasa lenguh itu.

Vector : "Eh, dah melancong pun penat lagi?"

Shadow : "Sakit badanlah. Aku silap tidur dekat dalam flight tadi. Naik motor lagi."

Randy : "Kau pergilah rehat. Kau itu baru turun dari flight. Mesti tengah penat. Sorry aku buatkan kau susah hati."

Ujar Randy dengan nada yang serba salah.

Shadow : "Eh, tak. Aku faham. Aku pun stress kalau benda macam itu terjadi kepada family aku."

Xiwen : "Urm.... Kenapa ini?"

Xiwen yang tidak tahu menahu apa-apa hanya terpingar-pingar.

Vector : "Masalah family. Tiada siaran ulangan. Siapa suruh lambat?"

Xiwen : "Alaa.... Apa dia?"

Shadow : "Maaf, kalau nak siaran ulangan kena bayar."

Vector : "10 dolar untuk setiap perkataan."

Xiwen : "Mahal gila. Kau orang ini kejamlah."

Lynx : "Kejam is awesome."

Boleh pula Lynx menyampuk tidak tentu fasal.

Xiwen : "Aaah...."

Shadow : "Mana dua ketul kawan kau itu, Vector? Senyap sahaja?"

Shadow bingkas menukar topik perbualan mereka. Agak janggal suara si Cackle tidak kedengaran di dalam rumah itu.

Vector : "Dia orang berdua ada dekat tingkat atas."

Randy : "Catz demam teruk."

Shadow : "Pula dah...."

Lynx : "Tinggal berdua dengan si Cackle memanglah."

Shadow : "Aku nak ajak Catz bercuti sekali tetapi dia ada photoshoot untuk filem dia itu."

Vector : "Makin famous si Catz sekarang."

Shadow : "Biasalah itu."

Kemudian....

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now