Catz di bawa ke sebuah bilik kebal dengan sebuah katil didalamnya. Jasadnya yang cedera dihempaskan di atas lantai bersimen dengan kasar.
Catz : "Argh.... Kulit aku terbakar. Ianya memang menyakitkan... sangat...."
Catz meradang kesakitan pada kesan tembakan diperutnya itu.
Tanpa dia sedari, dia ternampak seseorang sedang tidur di atas katil dengan berselimut di dalam bilik itu. Siapakah itu?
Catz : "Ada oranglah...."
Catz pun menggagahkan diri untuk melihat gerangan siapakah yang sedang baring di atas katil tersebut.
Kepalanya tidak memikirkan ancaman yang akan melanda dirinya. Sebaliknya dia hanya memikirkan cara untuk meringankan kesakitan pada kesan tembakan itu sahaja.
Dia perlahan-lahan menyelak selimut tersebut dan alangkah terkejutnya dia melihat orang yang sedang berbaring di situ adalah orang yang mereka cari-cari selama empat hari.
Catz : "Ex?"
Yang paling mengejutkan, Lynx hanya memakai seluar pendeknya sahaja tanpa sebarang pakaian sampingan lain. Lynx pun dengan perlahan terbangun dan dia juga turut terkejut melihat Catz yang berada bersamanya.
Lynx : "Apa yang kau buat dekat sini?
Catz : "Kita orang mencari kau. Kau... mana pakaian kau?"
Catz memandang Lynx daripada atas sampailah ke bawah. Sangat aneh kerana Lynx bukannya jenis yang suka mendedahkan tubuhnya.
Lynx : "Haa.... Jangan fikir benda yang tak senonoh. Aku penat sangat ini."
Catz : "Kau okey ke?"
Lynx : "Tak. Mestilah tak. Aku di paksa minum dua botol arak malam tadi dan sekarang aku rasa kepala aku berpusing."
Catz : "Kita orang di beritahu yang kau kena kerja di private bar dia orang?"
Lynx : "Ye. Bar untuk bapa ayam dan lelaki gay. Jerk.... Mata aku dah tak suci tengok dia orang buat benda tak senonoh secara terang-terangan."
Catz langsung tidak menjangkakan keadaan bar itu sebegitu. Sejurus itu juga dia memikirkan perkara buruk yang mungkin berlaku kepada Lynx.
Lynx : "Aaa.... Maruah aku dah calar-balar."
Catz : "Kau ada terlibat buat something itu juga ke?
Lynx : "Jangan di tanya. Aku tak tahu. Masa first day dan malam tadi, aku mabuk sangat dan tak sedar apa-apa. Aku harap tak ada benda mengarut yang berlakulah. HIV aku, memang naya hidup lepas ini."
Catz : "Better kau tak payah fikir fasal itu. Kita fikir bagaimana hendak keluar daripada sini."
Lynx : "Bagus idea itu. Cumanya sekarang ini, aku rasa nak marah. Apahal kau orang ke sini pula?"
Catz : "Kita orang nak tolong kaulah, mangkuk! Argh-!"
Catz kembali meradang kesakitan apabila dia mendesak dirinya untuk berdiri.
Lynx : "Catz, kau okey tak?"
Lynx bingkas turun daripada katil dah melihatkan keadaan Catz yang terduduk di atas tanah.
Catz : "Dia tembak aku dekat perut tadi."
Lynx kemudiannya ternampak baju Catz yang lencun dibasahi darah.
Lynx : "Teruk. Darah kau masih lagi mengalir ini."
Lynx memakai pakaiannya dan mencari idea untuk menghentikan pendarahan pada luka Catz.
Lynx : "Kau kena tahu, dekat dalam ini panas. Sebab itu aku buka pakaian aku. Nasib baik aku tak buka semuanya hari ini."
Lynx mengambil selimut yang berada di atas katil dan terus mengoyakkannya.
Lynx : "Angkat baju kau."
Catz mengangkat bajunya dan Lynx membalut luka Catz dengan berhati-hati.
Catz : "Jangan ketat sangat."
Lynx : "Aku tahulah. Luka kau nampak macam melecur."
Catz : "Dia tembak aku depan-depan."
Lynx : "Actually... aku dah ada kunci untuk kita keluar."
Catz : "Habis itu? Kenapa tak keluar?"
Lynx : "Aku memang nak keluar hari ini tapi kepala aku sakit pula. Itu yang aku decide nak tidur dulu. Tiba-tiba kau orang pula tempah maut ke sini."
Catz : "Hmm?"
Catz hanya memandang wajah Lynx dengan mata yang sedikit kuyu.
Lynx : "Berhenti pandang aku macam itu. Jom kita keluar."
Catz : "Shadow.... Dia tengah berlawan dengan Haze."
Lynx terkesima mendengar kata-kata Catz.
Lynx : "Apa?"
Catz : "Haze itu ahli gusti di bawah syarikat yang sama dengan Shadow. Dia memang berdendam dengan Shadow dari dulu lagi. Kalau Shadow menang, kita selamat. Kalau tak, kita akan kekal dekat sini. Lagipun dia orang sudah lama perhatikan kita ketika kita bekerja sebagai pelayan sebelum ini."
Muka Lynx mula gelisah.
Lynx : "Jadi semua ini sudah di rancang awal oleh dia orang. Dia orang ada cakap tak yang dia orang akan lawan dekat mana?"
Catz : "Dekat gelanggang sangkar? Aku pun tak pasti.... Ex...? K... kenapa mata aku kabur ini?"
Catz tiba-tiba terhuyung-hayang dihadapan Lynx.
Lynx : "Catz?"
Catz sudah pun rebah tidak sedarkan diri.
Lynx : "Sh*t! Catz! Dia hilang banyak sangat darah ini. Gragh!"
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Teen FictionGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...