Haze melepaskan peluru tepat pada perut Catz sebelum sempat Catz bertindak lebih lanjut.
Mereka semua sangat terkejut menyaksikan sendiri rakan mereka di tembak di depan mata kepala sendiri.
Cackle : "C... Catz!"
Xiwen : "Sejak bila dia terlepas daripada kau?"
Cackle : "Aku rasa dia dah duduk dekat sini tadi. "
Suasana menjadi semakin tegang. Darah kini mengalir dengan lebatnya daripada luka tembakan pada perut Catz.
Haze : "Itu akibatnya jikalau kau orang tak mendengar arahan."
Catz : "Tsk.... Ianya memang sakit.... Sangat menyakitkan... tapi...."
Dalam keadaan Catz yang cedera itu, dia masih lagi mampu untuk membuat serangan ke atas Haze. Catz menarik rambut Haze dan menghentak kepalanya dengan kuat di atas meja makan itu sehingga hidungnya berdarah.
Mereka langsung tidak menyangkakan yang Catz akan bertindak sedemikian. Serba sedikit jiwa Shadow sedikit tersentak melihat keberanian Catz yang di luar jangka itu.
Catz : "Kau sentuh kawan-kawan aku, maksudnya kau tempah maut daripada aku! Kau ingat kita orang ini binatang ke? Kita orang pun manusia jugalah! Kau tak ada hak nak melayan kita orang ini macam sampah!"
Mereka semua sangat terkejut dengan Catz yang sudah mula naik angin. Sangat mirip kepada Incredible Hulk yang sedang mengganas.
Haze juga terkejut dengan apa yang menimpa dirinya itu. Tidak sangka Catz yang kelihatan lebih kecil berbanding dengan mereka yang lain mempunyai kekuatan yang begitu dahsyat.
Catz : "Kalau kau nak berlawan sangat, lawan dengan aku sahajalah!"
Shadow : "Nanti dulu, Catz!"
Belum sempat untuk Shadow bertindak apa-apa, Haze segera memanggil bantuan.
Haze : "Pengawal!"
Kemudian, terdapat ramai pengawal yang masuk ke dalam bilik vip tersebut. Mereka menarik Catz dengan lasaknya tanpa memikirkan keadaannya yang sudah pun cedera.
Shadow tidak tahan lagi dengan segala benda yang terpaksa dilihatnya.
Shadow : "Aku terima cabaran kau!"
Keadaan bilik yang begitu kacau-bilau itu kian mereda apabila Shadow menerima cabaran Haze.
Shadow : "Aku akan berlawan dengan kau dalam gelanggang sangkar bodoh kau itu. Kalau aku menang, aku nak kau lepaskan kawan-kawan aku dan jangan berani kau nak usik lagi dia orang!"
Haze : "Heh.... Kalau aku menang pula, flower boy dan dia akan menjadi milik aku punya."
Haze berkata sambil jari panjangnya menunding ke arah Catz yang sedang di heret keluar daripada situ.
Shadow : "Kau memang mencabar aku, Haze. Jangan ingat yang aku akan berlembut lagi dengan kau."
Haze : "Heheh.... Same goes to you too. Sila bawa dia pergi segera."
Cackle : "Jangan! Catz!"
Pengawal yang sedang memegang Catz dengan erat terus membawanya pergi. Catz pula sudah kehabisan tenaga untuk melawan mereka.
Mereka yang lain-lain di halang oleh orang bawahan Haze daripada mendekati Catz.
Shadow : "Woi? Perlawanan belum mula lagi!"
Haze : "Bertenang.... Dia adalah habuan kita. So dia kena diasingkan."
Xiwen : "Ini gilalah! Dia tengah cedera."
Haze : "Neh.... Dia akan okey."
Shadow bertambah geram melihat reaksi Haze yang begitu selamba berkata begitu seolah-olah tiada apa-apa yang serius berlaku.
Shadow : "Dia cedera disebabkan kau dan kau sesuka hati sahaja heret dia macam binatang!"
Haze : "Itu salah dia sendiri. What ever. 30 minit untuk kau prepare sebelum perlawanan. Jumpa lagi 30 minit."
Haze terus berjalan pergi meninggalkan mereka di situ.
Shadow : "Tak guna!"
Shadow terus menghempas meja makan di dalam bilik itu. Rambutnya dikusutkan seperti pesakit mental.
Xiwen : "Sh... Shadow...."
Shadow : "Ianya salah aku. Salah aku yang terlalu takut ini. Kenapa? Kenapa aku takut sangat tadi? Aku ini memang pengecut."
Vector : "Urm.... Shadow. Semua orang akan berasa takut. Nak dibandingkan dengan kita orang ini, kaulah yang paling berani sebenarnya."
Cackle : "Ye. Aku lagilah. Kecut.... Dia pegang pistol tadi. Lepas itu dia tembak Catz...."
Mereka yang masih berada di sisi Shadow terus menerus memberi kata-kata semangat tanpa jemu.
Shadow : "Aku akan menangkan perlawanan ini dan selamatkan kau orang. Aku berjanji dengan diri aku."
Xiwen : "Itulah semangatnya. Siapa dia Dark Shadow yang menjadi juara gusti bertahan itu?"
Shadow : "Aku."
Xiwen : "So just go for it!"
Shadow : "Aku perlukan bilik untuk bersiap dan aku tak akan biarkan sampah masyarakat itu ambil alih kita semua."
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Teen FictionGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...